29

112 21 1
                                    

“Han, sayang!”

“Iya, ibu?” aku terus mengetak papan kekunci bagi menghentikan seketika filem bila terdengar jeritan ibu.

“Sini, turun sekejap. Ada seseorang dalam panggilan ingin berbicara dengan kamu.”

Aku kerutkan dahi, berasa pelik bila ada orang call aku menggunakan telefon rumah sedangkan aku sendiri tidak tahu nombor telefon rumah apa. Tapi mengabaikan perasaan, aku tetap mengatur langkah turun ke bawah. Kelihatan ibu sedang memegang gagang telefon sambil menekup corong mikrofonnya.

“Siapa ibu?” tanya aku sedikit berbisik.

Ibu menjongket bahunya. “Tak tahulah siapa. Tapi suara lelaki.”

Dahi aku bertambah kerut. Gagang telefon sudah bertukar tangan pada aku, lantas dilekapkan ke telinga. Aku diam mahu mendengar suara siapa di hujung talian sana, sambil mata aku memandang ibu yang kembali ke depan televisyen, menonton drama kegemarannya.

Lama aku senyap, bunyi helaan nafas kedengaran dari sana sebelum deheman kecil.

“Siapa iya?”

“Juliet?”

Mendengar suara itu bergema, jantung aku melompat dari tempatnya. Mata aku cepat melihat ke sekeliling memastikan yang aunty tiada berdekatan, lantas tangan aku menekup bahagian bawah gagang telefon. Supaya perbualan kami tidak juga kedengaran kuat.

“Jungkook? Ada apa awak call?” bisik aku, perlahan.

“Kau takkan mengelak dari aku?”

Aku mengetap bibir. Masih berawas-awas sekiranya aunty muncul dari mana-mana. Lelaki ini pun satu, tanpa angin ribut petir, berhari-hari senyap tiba-tiba call. Sudahlah guna telefon rumah. “Cakap jelah, ada apa?”

“Sudah genap seminggu aku memikirkannya, Han. Maaf, tapi aku tidak boleh melakukannya.”

“Lakukan apa?”

“Melupakan kau,” aku terus terdiam beribu bahasa. Kedengaran dia menarik nafas dalam sebelum berbicara lagi. “Maafkan aku, tapi aku tetap akan mencuba lagi. Jika kau tolak, aku akan cuba lagi. Lagi, dan lagi. Berikan aku peluang, bagitahu aku, apa yang kau dengar tentang aku, apa sahaja. Aku akan jelaskan. Tapi tolong jangan meminta untuk aku melupakan kau, aku benar-benar tak mampu.”

Jantung berdebar-debar. Cukup sekadar mendengar bait kata yang meluncur keluar dari mulutnya, sekalian jiwa aku tergoncang. Tapi tidak sempat aku membalas apa-apa, suara aunty yang menjelma tiba-tiba membuat aku huru-hara.

“Jungkook, kita tak boleh bercakap lama-lama sekarang—”

“Aku akan datang ke situ esok.”

“Jangan,” aku berbisik agak keras. Sempat aku mengerling ke arah aunty yang sudah duduk bersebelahan ibu. “Uhm, awak jangan kecil hati ya, tapi aunty saya tegas sikit. Dia tak seberapa suka bila saya berkawan dengan awak.”

“Aku seorang pengecut kalau aku berkawan dengan kau secara bersembunyi. Jangan risau, aku akan berusaha mengambil hatinya.”

Aku mengeluh. Sekalipun aku halang, dia akan tetap dengan kata-katanya. “Saya tak boleh kata tidak, kan.”

Aku mendengar sengihannya. “Kalau begitu, sampai jumpa esok. Uhm, Han?”

“Iya?”

“Terima kasih kerana tidak mengelak, aku sudah cukup lega dengan mendengar suara kau sekarang.”

Aku juga, aku juga merasakan hal yang sama.

*****

[DC] Romeo : Our First MetOnde histórias criam vida. Descubra agora