satu

1.9K 182 5
                                    

" Perempuan miskin !"

" Budak ni tak layak pun berkawan dengan kita "

" Buruknyaaaa !"

" Kenapa kau bercakap dengan dia ? Kau nak kena sumpah dengan sumpahan lonely dia tu ke ?"

" Dia dengan sampah takde beza "

" Aku dah cakap , perempuan tu bawak malang "

" Baik mati jelah !"

" Kau fikir kau penting sangat ke dalam dunia ni ?"

" Tuhan pun tak pandang perempuan macam kau "

Aku memejam mata rapat. Membiarkan sahaja angin sepoi sepoi bahasa meniup perlahan rambut aku sehingga berterbangan di udara.

Sambil aku cuba menenangkan diri , telinga aku mendengar dengan teliti lagu yang aku pasang bersama dengan earphone.

"You've show me , I have reason"

"I should love myself"

"My breath , the path I walked"

"It all answers for me"

Aku membuka mata aku semula.

Lagu yang aku pasang aku terus hentikan. Tangan aku dinaikkan ke atas dan perlahan lahan mencabut kedua dua earphone dari telinga.

Pemandangan dari rooftop ini aku perhatikan semula. Melihat padang , pokok pokok dan bus stop.

Keadaan di sekolah agak sunyi memandangkan pelajar yang lain semuanya sudah pulang ke pangkuan keluarga mereka.

Dan hanya tinggal aku seorang di sini.

Aku menjatuhkan telefon pintar bersama dengan earphone di atas lantai.

Aku mengorak langkah menuju ke arah dinding batu paras dada aku.

Perlahan lahan aku naik ke atasnya dan berdiri tegak di atas itu.

Harini merupakan hari terakhir aku untuk melihat bumi ini.

Hari terakhir untuk aku tersenyum , menangis dan terbeban dengan masalah sendiri.

Selepas sahaja aku pergi , kesakitan yang aku rasa akan hilang begitu sahaja.

Perlahan lahan senyuman aku mula terukir. Di detik detik terakhir sebelum aku mati , aku perlu ukirkan sebuah senyuman.

Supaya aku takkan menyesal dengan apa yang aku buat.

Aku memejam mata aku rapat sebelum melangkah ke hadapan.

Air mata aku mula mengalir deras di saat tubuh aku terapung di udara.

Selamat tinggal , dunia.

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now