empat belas

946 132 22
                                    

"Ji Eun , meh sini meh"

Aku yang baru sahaja ingin masuk ke dalam bilik terhenti langkah apabila mendengar suara Taehyung.

Aku memandangnya dengan sebelah kening diangkat ke atas. Dengan keadaan Taehyung yang sedang berbaring di atas katil biliknya dalam gaya bersantai di pantai.

Tangan kanannya menahan bahagian tengkuknya supaya kepalanya tidak terjatuh manakala kedua dua belah kakinya terlunjur di atas katil.

"Kenapa ?"

"Sini laaaa"

Taehyung terus mengubah posisinya kepada duduk. Kedua dua belah tangannya didepakan seperti ingin memeluk aku.

"Meh kat Taehyung meh"

Aku menggeleng kepala perlahan dan berikan pandangan budak-ni-gila-ke-apa kepadanya.

Langkah aku terus diaturkan menuju ke arahnya. Ruang di atas katil di sebelah Taehyung mula menjadi tempat dudukku.

Dia terus memusingkan tubuhnya menghadap aku dan menghadiahkan aku senyuman lebarnya.

"Ni dah kenapa ?"

"Sayang suka budak budak tak ?"

Aku terdiam buat seketika. Cuba untuk memikirkan jawapan bernas kepada soalan yang ditujukan Taehyung.

Aku mengangguk.

"Suka. Tapi yang dengar cakap jelah"

"Nak tak kita buat baby sama sama ?"

Mata aku membulat mendengar cadangan Taehyung. Kedua dua belah pipi aku terus membahang sehingga berona merah.

"Eh eh sayang blushinggg" dia ketawa sendiri.

Aku jeling dia tajam sebelum memukul bahu dia kuat. Taehyung mengerang kesakitan dan mengusap bahunya perlahan.

"Auchhh sakitlah sayang !"

"Dasar pervert !"

"Alaaaa pervert dengan sayang je"

Taehyung tiba tiba merangkak ke arah aku. Sebab takut punya pasal , terus aku tendang dada dia kuat buatkan dia terjatuh ke belakang.

"Auchh ! Kuatnya sayang saya ni !"

"Ha berani dekat ? Orang tibai dia karang !"

"Ohhh nak wrestling ehhh ? Meh meh kita bukak gelanggang WWE"

Ribut tak , gempa tak , tiba tiba sahaja lengan aku ditarik Taehyung laju dan dia mula mengepitkan lengan aku dengan kedua dua belah kaki aku.

"Yahhh ! Lepaskan aku sekarang !" aku menjengilkan mata ke arahnya.

"Tak nak" dia menjelir lidah.

"Kau jangan sampai aku tendang kau sampai ke pluto ha jangan main main"

"Aigoo... tak padan dengan kecik dengan pendek dia nak sepak orang yang lagi besar dari dia ni"

"Ohhh kau berani ehhh ?!"

"Alolo garangnya budak busuk ni"

Taehyung tergelak kecil lalu mencuit hidung aku lembut. Tak tahan punya pasal , aku gigit jari telunjuk Taehyung.

"Yahhh HAN JI EUN !"

"Kata nak bukak gelanggang WWE , ha meh sini mehh !"

Maka aktiviti gelanggang WWE kami berterusan dengan aktiviti lawan pukul bantal.

Kedua dua kami ketawa tanpa henti sambil memukul antara satu sama lain dengan bantal tidur.

Jadi , macam ni ke hubungan cinta ?

Walaupun tak nampak macam sweet sangat tapi aku gembira sebab mempunyai hubungan cinta ini.

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now