lima belas

891 130 0
                                    

"Nak tengok apa apa movie tak ?" Taehyung menyoal.

Hari sudah pun malam. Punyalah lama kitorang main lawan bantal sampai Taehyung tak habis habis terlentang jatuh katil , tengok tengok dah malam dah.

"Movie apa ?"

"Anything ?" dia mengangkat kening.

"Tak payah lah. Penat lah"

Dia tersenyum.

Aku dan Taehyung terus duduk di atas katil. Dia terus memeluk tubuh kecilku erat dan kepala aku pula disandarkan pada dada miliknya.

Aku tak nafikan yang aku sukakan hangat badannya.

"Oh aku lupa nak tanya" aku terus dongakkan kepala bagi memandang wajahnya.

Mendengarkan sahaja kata kata aku dia juga turut menundukkan kepala bagi memandang wajah aku.

"Kau takde kerja ke harini ?"

Dia tergelak kecil. "Dah malam macam ni baru kau nak tanya ke ha ?"

"Takdelah , aku lupa"

"Takde. Lagipun semalam kitorang dah ada banyak schedule so harini Bang PD-nim bagi kitorang rehat seharian"

"Maknanya esok kau busy balik lah ni ?"

Dia terdiam.

Dia memandang wajah aku dan ketawa. Hidung aku mula dicuitnya lembut membuatkan aku terkejut.

"Kenapa ? Dah mula rindu boyfriend hensem kau ni ke ?"

Aku terus mengalihkan pandangan. "Perasan betul"

"Hey aku tak perasan okay. Berbillion fans aku semua cakap aku hensem tau"

"Hm yela tu fans kau"

"Dah tu kau date aku sebab apa ?"

Aku tergelak. "Suka seseorang bukan sebab dia lawa ke atau kacak. Kalau nak suka seseorang kena lah tengok personaliti dan hati dia baru betul"

Wah wah wah , jap aku bangga dengan diri aku jap.

"Habistu sekarang kau nak kata aku buruk lah ni , hm ?" ujar Taehyung dengan nada tak berpuas hati.

Aku ketawa kecil mendengar luahan tak puas hatinya itu. Sampai ke situ dia overthinking alahai lelaki ni kan.

"Mana ade lah Taehyung"

Aku mengangkat kedua dua belah tangan aku dan memegang kedua dua belah pipinya dengan tangan aku membuatkan mulutnya termuncung ke hadapan.

Melihat sahaja wajah dia dalam keadaan begitu , aku ketawa kecil.

"Apa ? Kelakar sangat ke muka aku ni ha ?"

"Yes of course ! Kelakar sangat sangat" aku ketawa kuat.

Disebabkan tak puas hati dengan jawapan aku , Taehyung tak mahu kalah. Dia juga membuat perkara yang sama kepada aku.

Dia memegang kedua dua belah pipi aku dengan tangannya kuat membuatkan bibir aku jadi muncung macam itik.

Dia ketawa kuat.

"Aku patut tangkap gambar kau sekarang ni dan share dekat status aku bila birthday kau nanti tau , Ji Eun"

"Yahhh !"

"Alolo garangnya budak bucuk ni"

Belum sempat aku nak pukul dia , dia terus peluk aku erat.

Jantung aku berdegup laju.

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now