enam belas

876 132 0
                                    

"Ji Eun"

"Hurm ?"

Aku mendongakkan kepala ke atas bagi memandang wajah Taehyung. Dia tidak menundukkan kepalanya memandang aku.

Kepalanya masih setia memandang hadapan. Tidak langsung memandang wajah aku.

"I'm sorry" ujarnya perlahan.

Sebelah kening aku terangkat mendengar kata katanya.

"Untuk apa ?"

"Sebab aku tak boleh nak jadi teman lelaki yang baik untuk kau. Aku... tak boleh nak spend time dengan kau macam pasangan lain buat dan aku..."

Kepalanya ditundukkan ke bawah bagi memandang aku. Mata aku dan dia saling bertemu.

"Dan aku tak boleh nak reveal dekat orang tentang kau"

Aku hanya tersenyum tawar.

Aku hampir terlupa yang Taehyung ini merupakan Kim Taehyung dari kumpulan BTS.

Lelaki ini merupakan permata di bumi Korea. Permata yang sangat dikenali ramai dan disanjungi ramai.

"Takpe. Aku faham"

"Betul ni , hm ?"

Aku anggukkan kepala perlahan.

Lagipun aku tak kisah pun sebenarnya kalau dia sorokkan identiti aku sebagai teman wanita dia.

"Kim Taehyung" aku memanggil namanya perlahan.

"Hurm ?"

"Honestly , aku takut sebenarnya. Sebab selama aku hidup , hari hari aku hanya berakhir dengan sesuatu benda yang teruk. Setiap malam aku menangis dan setiap malam aku bersedih"

Taehyung hanya mendiamkan diri.

"Semua ni buatkan aku rasa takut nak hadap dunia yang kejam ni. A-aku takut sangat sangat sampaikan aku rasa aku tak penting pun dalam dunia ni"

Aku pejamkan mata aku rapat. Bibir aku sudah mula bergetar. Bila bila masa sahaja aku akan menangis.

"Setiap malam aku rasa pahit. Like a bitter night. Semuanya terlalu pahit untuk aku telan dan terima realiti ini"

Keadaan hening buat seketika sebelum Taehyung mula bersuara.

"Han Ji Eun. Kau merupakan perempuan yang paling penting dalam hidup aku. Perempuan yang aku sayang lebih dari nyawa aku sendiri"

Aku tergamam.

Tiba tiba Taehyung menarik dagu aku ke atas bagi memandang wajahnya dengan jarinya lembut.

"Dan aku janji yang aku akan jadi kan malam kau manis sentiasa. Like a sweet night"

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now