tujuh belas

839 130 0
                                    

Perlahan lahan mata aku terbuka.

Aku memandang sekeliling. Mata aku mula ditenyeh dengan jari sendiri. Sesekali persekitaran bilik ini aku perhatikan.

"Mana pulak Taehyung ni ?" aku garu kepala yang terasa gatal.

Pantas sahaja aku bangun daripada katil dan berjalan keluar daripada bilik tidur. Ruang tamu menjadi destinasi utama aku.

Namun Taehyung tidak kelihatan.

"Mana pulak dia pergi ni ?"

Aku berjalan ke arah dapur. Langkah aku terhenti tatkala mata aku jatuh pada tudung saji besar berwarna merah di atas meja.

Terdapat satu sticky note berwarna merah jambu berbentuk hati ditampal di atas permukaan tudung saji.

Aku mula mencapainya dan membaca bait bait perkataan yang tertulis di atasnya.

morning sayang

disebabkan princess ni bangun lambat sangat nah hadiah dari jejaka hensem :D makan elok elok tau sayang !

aku pergi kerja apa apa nanti chat okay ?

— future husband

Aku tersenyum seraya menggeleng kepala perlahan. Macam macam lah Taehyung ni kan.

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now