lima puluh

1.2K 124 31
                                    

Mata aku perlahan lahan terbuka.

Mata aku meliar memandang sekeliling. Riak wajah aku mula berubah apabila menyedari yang aku sekarang berada dalam kelas.

Bell berbunyi dan pelajar pelajar lain mula mengemas barang untuk pulang ke rumah.

Aku pandang sekeliling dengan riak wajah yang keliru. Apa yang terjadi sebenarnya ? Bukan sepatutnya aku akan mati lepas je tinggalkan Taehyung ke ?

Lily kata dia nak ambil roh aku....

Bunyi rintikan hujan lebat di luar bangunan sekolah menyentakkan aku daripada lamunan aku.

Aku terus mengemas barang barang di atas meja aku. Bersiap sedia untuk pulang ke rumah.

Langkah aku terhenti apabila mata aku tertancap pada sekaki payung kuning yang disandarkan pada kaki meja aku.

Aku terdiam buat seketika.

Payung itu aku terus ambil dan keluar dari bangunan sekolah. Aku meredah hujan lebat di luar dengan menggunakan payung kuning aku.

Aku mengaturkan langkah menuju ke pondok perhentian bas untuk menaiki bas pulang ke rumah.

Disebabkan omma dan appa tak pernah ambil aku pulang ke rumah , jadi aku kena pulang ke rumah sendiri.

Jadi , maknanya aku dah kembali ke alam realiti.

Langkah aku terhenti tatkala aku tiba di pondok perhentias bas. Keadaan di sini sunyi sepi kerana tiada orang.

Aku hanya memerhatikan sahaja rintik rintik hujan yang turun membasahi bumi Korea ini.

Mata aku meliar memandang sekeliling. Riak wajah aku berubah apabila ternampak seorang lelaki berbaju kot hitam sedang berjalan seorang diri di tengah hujan.

Dia nak denam ke apa ?

Aku terus berlari ke arah lelaki itu dan memayungkan dia payung kuning yang aku pegang ini.

Tatkala aku mengangkat sahaja kepala bagi memandang wajahnya , riak wajah aku berubah. Mata aku membulat.

Ianya Kim Taehyung.

Tiba tiba dia menarik pinggang aku laju membuatkan badan aku tertarik ke hadapan dan dia memeluk pinggang aku erat.

"Found you , Han Ji Eun"

Mata aku membulat.

Situasi ini sama seperti mimpi yang aku pernah alami dahulu. Tapi yang berbezanya sekarang , Taehyung tidak berpakaian baju sekolah.

"Takkan lah aku nak biarkan kau malam malam pahit dan teruk kau menghantui kau seumur hidup kan ? Aku dah janji yang aku akan ceriakan malam malam kau menjadi manis. Like a sweet night. Jadi aku kena kotakan janji aku"

Aku tergamam.

"You were the umbrella above my head , the nights when cold rain fell on my shoulders. Having you by my side was a habit. I can't be without you. I need you back in my life , Han Ji Eun"

Seusai sahaja berkata begitu kepada aku , dia mula menarik wajah aku perlahan dan bibirnya mula mendarat di atas bibir aku.

Aku memejam mata aku rapat di saat dia mula mencium bibir aku. Aku membalas ciumannya lembut.

Air mata aku mengalir.

Di saat itu aku baru sedar tentang sesuatu perkara.

Kebahagiaan aku yang sebenar benarnya adalah lelaki itu.

Kim Taehyung.

Lelaki yang sentiasa berjanji akan mengubah malam malam pahit aku menjadi malam yang manis.

Like a sweet night.

• the end •

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now