dua puluh lapan

741 111 0
                                    

Dalam hujan yang lebat.

Kim Taehyung berjalan seorang diri menuju ke arah pondok perhentian bas untuk menaiki bas bagi pulang ke rumahnya.

Dia hanya membiarkan sahaja rintik rintik hujan yang membasahi bumi ini mengenai tubuhnya.

Entah kenapa mindanya terasa kosong sahaja. Sedih barangkali kerana tidak dapat meluahkan perasaan kepada perempuan yang diminatinya.

Tiba tiba langkah Taehyung terhenti.

Apabila dia tidak lagi merasakan rintik rintik hujan mengenai tubuhnya. Seperti ada sebuah bumbung yang melindunginya.

Dan baru dia sedar ketika itu ada sekaki payung berwarna kuning di atasnya yang sedang melindungi dirinya daripada terkena hujan.

Perlahan lahan kepalanya dinaikkan ke atas dan matanya bertembung dengan mata perempuan di hadapannya.

Riak wajahnya berubah.

Kerana perempuan itu ialah Han Ji Eun.

"Yah , kau nak demam ke apa ?" tanya Ji Eun.

Dipandangnya wajah Taehyung dengan pandangan pelik kerana Taehyung tidak langsung berkata apa apa kepadanya.

"Kalau kau nak ambil payung ni , ambil lah. Aku bagi dekat kau lagipun rumah aku dekat dekat sini je"

Senyuman manis Ji Eun berikan kepada Taehyung. Namun riak wajah Taehyung masih sama.

Ji Eun menarik pergelangan tangan Taehyung lalu memaksa Taehyung untuk memegang pemegang payung.

"Gunakan payung ni tau"

Senyuman manis diukirkan Ji Eun sebelum dia ingin melangkah pergi meninggalkan Taehyung.

Namun belum sempat dia ingin beredar , Taehyung lebih pantas menarik tubuhnya membuatkan langkahnya terhenti.

Sisi pinggang gadis itu ditariknya laju membuatkan tubuh Ji Eun tertarik ke hadapan mengenai tubuh Taehyung.

Mata Ji Eun membulat. Terkejut dengan tindakan lelaki itu.

"Aku suka kau"

Ji Eun terkebil kebil.

"Aku suka kau , Han Ji Eun"

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now