empat puluh lapan

843 100 10
                                    

"Tae-taehyung aku..."

Kata kata aku terhenti apabila Taehyug memaksa aku untuk duduk di atas penutup jamban ini.

"Tae-taehyung..."

Dia mula membuang serpihan kulit kulit telur dari rambut aku dan baju aku ke dalam tong sampah kecil yang ada di dalam bilik air ini.

Dia ketap giginya rapat dan rahangnya mula mengeras. Dadanya berombak naik dan turun dengan lajunya. Seakan dia sedang menahan rasa marah.

"Haissshhhh !"

Dia menendang tong sampah kecil itu kuat sehingga terpelanting dan sampah sampah di dalamnya terkeluar dari tong sampah itu.

Bahu aku terhinjut kerana terkejut dengan tindakannya. Mata aku membulat memandang Taehyung yang tengah tahan geram dan marah.

Matanya mencerlung tajam ke arah aku.

"Kenapa kau tak lawan dorang sial ?! Kau faham tak yang kau lagi besar dari dorang tapi kenapa kau kecut sangat ha ?! Ah sial semua ni !"

Dia meraup wajahnya kasar dan meramas rambutnya kasar. Sekali pandang , aku tahu dia tengah serabut.

Bibir aku mula bergetar.

"Kau fikir kau budak kecik ke ?" dia memandang wajah aku.

"KENAPA KAU BIARKAN DIORANG BUAT MACAM TU JE DEKAT KAU SIAL ?!"

Air mata aku mengalir.

Perlahan lahan aku tundukkan kepala ke bawah. Bahu aku terhinjut hinjut menahan tangisan aku.

Melihatkan sahaja wajah garang Taehyung yang aku tak pernah lihat sebelum ini , membuatkan aku rasa lebih takut.

Taehyung selalu bercakap dengan aku dalam nada yang lembut. Tapi sekarang ni , aku tak kenal siapa lelaki di hadapan aku.

Dia...

Dia bukan Kim Taehyung yang aku kenal.

Riak wajah Taehyung mula berubah apabila menyedari yang aku sudah pun menangis selepas ditengking sebegitu olehnya.

"Ji-Ji Eun..."

Dia terus memeluk tubuh aku erat dan mengusap rambut aku perlahan.

"Ji Eun , aku mintak maaf sangat sangat. A-aku tak berniat pun nak marah kau macam tu. A-aku mintak maaf. A-aku cuma serabut dengan apa yang dah jadi"

Ubun ubun rambut aku dikucupnya lembut dan lama. Tidak langsung dia hiraukan bau busuk telur mentah yang melekat di tubuh aku.

Pelukan dileraikan dan dia memandang wajah aku. Ibu jarinya menyeka air mata aku yang mengalir deras di pipi.

"A-aku mintak maaf sangat sangat , Han Ji Eun"

"Kim Taehyung"

Dia memandang wajah aku. Mata kami saling bertemu.

"Boleh kau keluar sekejap ?"

Riak wajahnya berubah. Tapi dia ikutkan sahaja apa yang aku suruh dia. Dia perlahan lahan mula melangkah keluar.

Aku menangis.

Ini bukannya kebahagiaan yang aku inginkan. Bukannya ini yang aku mahukan dalam dunia ni. Bukan ini yang aku hendakkan.

Bahu aku terhinjut hinjut kerana menangis teruk.

"Aku fikir ni yang kau inginkan"

Aku terkejut mendengar suara asing yang tiba tiba sahaja kedengaran di dalam bilik air ini. Aku pandang sekeliling tapi tiada sesiapa.

Sampailah mata aku tertancap pada cermin sinki tandas. Di pantulan cermin itu ada seorang perempuan yang aku pernah lihat.

Lily.

"Jadi teman wanita Kim Taehyung BTS , bukan ini ke yang kau mahukan Han Ji Eun ?"

"A-aku silap"

"Kenapa ? Kau fikir menjadi teman wanita kepada bias kau sendiri merupakan sesuatu yang mudah ke ?"

Aku hanya mendiamkan diri.

"Kau mahu semua benda ni kembali kepada sediakala ke ?"

Aku terus mendongakkan kepala dan memandang tepat ke dalam anak mata Lily. Dia hanya tersenyum.

"Aku boleh bagi kau peluang. Untuk ubah semuanya. Belajar dari kesilapan kau sendiri , sayang"

Aku gigit bibir bawah aku.

•*•*•*•

Selepas sahaja membersihkan diri aku di dalam bilik air , aku terus keluar dari bilik air. Dan Taehyung berada di luar.

"Ji Eun ?"

Aku hanya mendiamkan diri.

"Look , aku mintak maaf sangat sangat okay ?"

Aku perlahan lahan berjalan menghampirinya. Kepala aku didongakkan ke atas dan aku menatap ke dalam anak mata Taehyung.

"Kim Taehyung"

"Hurm ?"

"Sejujurnya , aku hanya gunakan kau untuk cari kebahagiaan aku. Aku fikir bercinta dengan orang yang aku minat , adalah kunci bagi segala galanya. Tapi aku silap"

"Ji Eun aku—"

"Kenangan kita semua hanyalah palsu dan dibuat buat , Taehyung"

"Tunggu , aku tak faham"

"Menjadi seorang yang sangat istimewa dalam hidup kau. Jujur aku katakan , perasaan bahagianya aku tak tahu nak terangkan bagaimana. Tapi bila aku sedar , aku takkan pernah dapat peluang untuk bersama dengan kau walaupun dalam mimpi aku sendiri , Kim Taehyung"

"No Han Ji Eun , aku sayangkan kau sangat sangat"

Dia cuba untuk menyentuh tangan aku namun aku tepis laju.

"Kita tak ditakdirkan untuk bersama diakhirnya , Kim Taehyung. Itulah realiti yang kita patut terima"

Air mata Taehyung mula mengalir.

Dia terus menarik tubuh aku pantas ke dalam dakapan hangatnya. Dia mula menangis teresak esak.

Air mata yang aku tahan sebentar tadi akhirnya mengalir deras membasahi pipi aku jua.

"Aku sayangkan kau sangat sangat , Han Ji Eun"

Aku cuba untuk mengukirkan senyuman.

"Kau nak tahu tak ? Sepanjang kau tiada , aku curi curi masuk ke dalam bilik muzik kau. Dan aku cuba main alatan muzik kau"

"Dan aku tulis sebuah lagu untuk kisah hidup kita berdua. Tajuknya Scenery"

Aku mula meleraikan pelukan aku dan dia. Wajahnya yang sudah lencun dengan air mata aku pegang.

Bibir aku mula bergetar.

"Kau kata kau mahu bantu maniskan malam malam aku yang pahit kan ? Terima kasih. Terima kasih sangat sangat , Kim Taehyung"

Dia memandang wajah aku.

"We might not end up to be together but if you are there in those memories , it will be enough. Kau mungkin akan lupakan tentang aku , tapi aku takkan pernah lupakan kau"

Taehyung terus menarik wajah aku dan perlahan lahan bibir aku dan dia mula bersatu dengan lembut.

Air mata kami menjadi saksi hubungan kami.

Air mata kami menjadi saksi perasaan cinta kami.

Air mata kami menjadi saksi memori manis kami.

Air mata kami menjadi saksi ciuman hangat kami.

Dan air mata kami akan sentiasa menjadi saksi kepada kewujudan kami bersama.

"Aku sayangkan kau , Kim Taehyung"

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now