sembilan belas

807 120 0
                                    

Taehyung's

Aku terus terbaring di atas lantai practice room ini. Dada aku berombak turun naik dengan lajunya. Nafas pula tidak teratur.

Penat sangat sangat.

Dari pagi sampai malam ni schedule kitorang pack gila. Dengan interview lagi , photoshoot , meeting dan practice semua.

Aku sampai sekarang tak dapat nak tidur lagi. Tipulah kalau aku cakap yang aku tak penat langsung.

"Kau okay tak ni ?" Jimin datang menghampiri aku.

Sebotol air mineral dihulurkan kepada aku. Aku hanya menghadiahkannya senyuman puas sebelum tangan aku menyambut hulurannya.

"Gumawo"

Aku mula mengubah posisi dari baring kepada duduk. Botol mineral itu aku teguk rakus.

Sesekali ahli yang lain aku pandang buat seketika. Mereka yang lain juga turut sama seperti aku.

Semuanya penat. Berpeluh peluh semua.

"Lepasni ada practice lagi ke ?" aku menyoal kepada Jimin.

Jimin yang sedang meneguk air mineral itu terus menoleh memandang aku. Selepas sahaja meneguk air dia mula menjawab.

"Lepasni kita ada dua practice untuk dance lagu yang sama lagi. Lepas dah settle semua improve , baru done !"

Jimin menghadiahkan aku senyuman manisnya sehingga menampakkan eye-smilenya.

Aku hanya mengangguk faham.

Sementara yang lain sedang berehat sebentar , aku terus berlari ke belakang practice room bagi mencari beg aku.

Telefon pintar aku dikeluarkan dari dalam beg dan skrin telefon dibuka. Terkejut aku nampak banyak noti dari Ji Eun.

Aku tersenyum.

kesayangan💕 : taehyung
kesayangan💕 : balik bila ?
kesayangan💕 : busy lagi ke tae ?
kesayangan💕 : at least jawab lah
kesayangan💕 : taehyung !

Baru sahaja jari jemari aku ingin menaip balasan kepada mesej Ji Eun tiba tiba Namjoon dari belakang memanggil namaku.

"Tae , jom cepat practice !"

Aku gigit bibir bawah.

Telefon aku terus aku biarkan tanpa sempat membalas mesej Ji Eun.

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now