dua puluh empat

827 118 0
                                    

Selepas sahaja mandi dan menukar pakaian , aku mula keluar dari bilik air.

Aku pandang sekeliling ruang bilik tidur namun kelibat Taehyung langsung tak ditemui.

Tadi bukan dia ada dekat bilik ni ke ?

Aku garu kepala perlahan sebelum mula melangkah keluar dari bilik tidur.

Bunyi bising yang datang dari arah dapur menarik perhatian aku. Aku mula mengorak langkah menuju ke arah dapur.

"Kau buat apa ni , Taehyung ?" aku terus menyoal sebaik sahaja tiba di dapur.

Melihatkan dia yang tak mandi tu lagi dengan apron berwarna merah jambu sedang memasak di dapur.

"Eo ? Kau dah bangun dah Ji Eun ?" dia tersenyum petak kepada aku.

Aku mengerutkan dahi memandang dia. Aku nak marah dia tapi aku rasa penat sangat nak berperang mulut dengan dia sekarang ni.

Selepas sahaja selesai menghabiskan aktiviti memasaknya , dia terus menghidangkan makanan makanan itu di atas meja dapur.

Aku hanya memerhatikan dia tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

"Jemput lah makan"

Dia mula menarik tubuh aku menghampiri meja makan. Kerusi meja ditarik dan dia menyuruh aku untuk duduk.

Aku hanya diam.

Duduk sahaja di meja makan tersebut , sup rumpai laut dan nasi bersama dengan juadah yang lain menghiasi pandangan aku.

"Aku takdelah pandai masak sangat tapi kira boleh lah ni kan. Dah ni je masakan yang aku sempat belajar dengan Jin hyung"

Aku hanya diam.

"Ji Eun , kenapa ni sayang ? Ada rasa tak sedap badan ke ? Ke kau nak apa apa ke , hm ?" Taehyung mula bertanya risau.

Aku menggeleng perlahan. "Kau tak kerja ke ?"

"Kerja"

"Dah tu kenapa kau ada dekat sini lagi ? Nanti kena marah macam mana ?" aku mula menyoalnya semula.

Aku tak nak dia kena marah nanti sebab aku. Tu je.

Dia menghadiahkan aku segaris senyuman. Dia mula mengambil tempat di sebelah aku. Wajah aku ditatapnya.

"Aku akan pergi tapi lepas aku suap kau makan"

"Taehyung , aku boleh makan sendiri lah"

"No no no. Aku nak kau rehat je dekat rumah ni"

Semangkuk bubur itu terus dia ambil. Bubur itu dikacau dengan sudu sebelum dia mula mencedoknya dan meniup perlahan bubur itu.

Sesudu bubur dihalakan kepada aku. "Cakap aaaaahhhh"

"Taehyung , kau tahu tak yang kau dah lambat sekarang ni ?" aku ketap bibir rapat.

Dia melepaskan keluhan.

"Fine then. Tapi bagi lah aku suap kau sekali je please ?" Taehyung mula membuat mimik muka comel.

Aku melepaskan keluhan sebelum mengangguk perlahan.

"Yeaahhh nah nah aaahhhh"

Aku tak banyak cakap macam tadi , terus aku makan sesudu bubur ayam yang Taehyung halakan pada aku.

"Alolo pandainya budak comel ni makan" dia mengusap rambut aku lembut.

Aku hanya tergelak kecil.

"Nah makan sendiri. Aku nak mandi and bersiap pergi kerja"

Aku hanya mengangguk.

Dia terus bangkit dari tempat duduknya. Matanya masih tidak lekang dari memandang aku.

"Aku maybe balik lambat so jangan tunggu aku tau. Aku pergi dulu sayang"

Sisi kepala aku dipegangnya erat sebelum kucupan lembut singgah di dahi milik aku.

Aku hanya tersenyum.

Taehyung mula melangkah pergi meninggalkan aku.

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now