dua puluh tujuh

752 114 0
                                    

Rintik rintik hujan lebat mula membasahi bumi Korea. Keadaan hujan lebat membuatkan semua orang sukar untuk melakukan aktiviti seharian mereka.

Seorang lelaki dengan tag nama Taehyung Kim sedang duduk di tempatnya di dalam kelas seorang diri.

Walaupun waktu sekolah sudah pun tamat dan ramai pelajar sudah pulang ke rumah , namun dia masih di situ.

Di tempat duduknya sambil termenung melihat hujan di luar melalui tingkap.

Telefon bimbitnya dikeluarkan dari dalam poket dan dipegangnya erat di atas meja.

Nombor perempuan yang dia minati dan suka itu mula didail.

Penat lelah dia mencari nombor perempuan itu dari kawan kawan perempuan itu , akhirnya dapat jugak.

Selama 2 bulan menyukai perempuan itu , hari ini dia memutuskan untuk meluahkan perasaannya pada perempuan itu.

Han Ji Eun.

Taehyung mula menarik nafasnya dalam dalam dan menghembuskannya perlahan. Cuba untuk menenangkan dirinya ketika ini.

Nombor telefon didail dan telefon ditekup di telinga kanannya. Menunggu panggilan dia dan perempuan itu untuk bersambung.

Kerana dia ingin meluahkan perasaannya melalui panggilan telefon.

Bibirnya diketap rapat.

Hampa.

Panggilan tidak terjawab. Perempuan yang dia minati tidak mengangkat panggilannya.

Taehyung melepaskan keluhan dan mendaratkan dahinya di atas meja belajarnya.

Adakah ini bermakna dia perlu move on ?

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now