sepuluh

1K 144 9
                                    

Malam mula menjelang.

Taehyung memasukkan kata laluan di dalam peti password di pintu rumahnya. Selesai sahaja memasukkan kata laluan , pintu terus terbuka.

Dia mula melangkah masuk ke dalam rumahnya. Suasana rumah yang gelap gelita menyambut kedatangannya.

Matanya meliar memandang sekeliling sambil tangannya mula menanggalkan mask berwarna hitam yang dipakainya ketika itu.

Senyuman segaris mula terukir di wajah kacaknya tatkala matanya mula tertancap pada seorang perempuan yang sedang berbaring di atas sofa ruang tamu.

Sudah terlelap barangkali.

Perlahan lahan langkahnya diaturkan menghampiri gadis itu. Ji Eun yang sedang tertidur di atas sofa itu ditatapnya.

Dia mula duduk di lantai berhadapan dengan sofa itu. Wajah Ji Eun yang sudah pun terlelap itu ditatapnya lama.

"Tunggu saya balik ke , sayang ?"

Senyumannya terukir. Perlahan lahan tangannya mula mengusap rambut Ji Eun. Rambut panjang Ji Eun yang menutupi dahinya ditolak ke belakang telinga.

 Rambut panjang Ji Eun yang menutupi dahinya ditolak ke belakang telinga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nak tidur pun still cantik" Taehyung tergelak kecil.

Dia mula mendaratkan kepalanya di atas sofa bersebelahan dengan tempat Ji Eun sedang berbaring.

Kepalanya ditolehkan ke arah gadis itu. Matanya masih tidak lepas dari memerhatikan setiap inci wajah gadis itu.

Taehyung memandang sekilas ke arah tangan teman wanitanya sebelum tangannya mula memegang erat tangan gadis itu.

"Hari ni Tae penat hmmmm" Taehyung menatap wajah Ji Eun.

"Lepas photoshoot , ada interview pasal album baru , lepastu nak shoot untuk keluaran perfume baru. Diorang ambil Bangtan jadi model. Habis semua tu ingat dah boleh rehat dah tapi ada meeting dengan Bang PD-nim pulak haihhh"

Taehyung melepaskan keluhan berat. Sungguh , hari ini merupakan hari yang memenatkan bagi dirinya.

Bukan sahaja hari ini namun hari sebelum sebelum ini dan juga hari akan datang dia pasti akan bertambah sibuk dan penat.

"Tapi walau sepenat mana pun dan sesibuk mana pun Tae , Tae takkan biarkan perempuan yang Tae sayang ni tidur sorang sorang setiap malam. Never" Taehyung tersenyum nipis.

Walaupun Ji Eun sedang tidur dan tidak dapat mendengar dan melihat dia ketika itu , namun dia tetap tersenyum lega.

Tangan Ji Eun diangkatnya perlahan sebelum tangan gadis itu menjadi mangsa kucupan lembutnya.

"Goodnight sayang"

Matanya mula dipejam rapat.

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now