tiga puluh satu

768 113 2
                                    

Perlahan lahan mata aku terbuka.

Kedua dua mata aku mula ditenyeh dengan jari jemari sendiri. Mata yang terasa berat untuk dibuka aku gagahkan juga untuk dibuka.

Mata aku meliar memandang sekeliling , namun kelibat Taehyung langsung tidak kelihatan.

"Dia dah pergi kerja ke ?"

Aku mula turun dari katil dan berjalan keluar dari bilik tidur. Kepala yang terasa gatal aku mula garu.

Aku rasa demam aku dah surut.

Memandangkan aku punya batuk dengan selesema dah hilang dah.

Baru je aku nak pergi ke ruang tamu , tudung saji yang diletakkan di atas meja makan di dapur menarik perhatian aku.

Aku terus sahaja mengorak langkah menuju ke arah dapur. Seperti biasa , Taehyung mesti masakkan aku sarapan sebelum dia pergi kerja.

Aku tersenyum.

Sticky note yang ditampal di permukaan tudung saji itu aku ambil dan mula membaca apa yang ditulis.

i'm sorry sayang , aku kena pergi luar negara untuk uruskan hal kerja. aku nak bagitau semalam tapi budak kecik tu dah tidur dulu haha

Aku tersenyum.

apepun aku takkan lupa untuk call dan chat kesayangan aku ni okay ? so nanti aku call jangan tak angkat pulak tau •3•

kalau kau nak keluar ke apa nanti beli barang , kau guna kad aku dekat bilik okay ?

love you sayang <3

— jejaka paling hensem

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now