lapan

1K 161 11
                                    

Taehyung dah pun keluar pergi kerja. Dan sekarang hanya tinggal aku seorang sahaja di dalam rumahnya ini.

Aku pandang sekeliling. Setiap satu per satu tempat di dalam rumahnya ini aku perhatikan.

Langkah aku terhenti di hadapan walk-in closet milik Taehyung. Masalahnya dekat sini , bukan hanya ada baju Taehyung. Baju perempuan pun ada sekali.

Baju aku ke ni ?

Dan maksudnya sekarang ni , aku tinggal dengan Taehyung dekat dalam rumah ni ?

Beberapa bingkai gambar yang terletak di atas meja ruang tamu menarik perhatian aku. Aku terus menghampiri ruang tamu.

Gambar gambar itu aku ambil dan lihat. Dan ianya merupakan gambar aku dan Taehyung.

Sedang bergelak tawa sambil dia memeluk tubuh aku.

Aku masih tak faham.

Macam mana sebenarnya benda ni semua boleh terjadi ?

Dan Taehyung yang aku jumpa sekarang ni memang betul betul merupakan V BTS.

Penyanyi terenal Korea tu. Penyanyi dalam kumpulan Bangtan Sonyeondan tu. Tak silap lagi.

Memandangkan dekat dalam bilik tadi ada bingkai gambar BTS bersama dan ada gamba besar Taehyung.

Jadi aku tahu Taehyung tadi memang Taehung BTS.

"Macam mana ? Terkejut ke ?"

Mata aku membulat. Aku terus memandang sekeliling. Namun tiada sesiapa.

Aku yakin aku ada dengar suara seseorang tadi.

"Ini aku lah. Lily. Guardian angel kau"

Mata aku membulat. Walaupun aku dah pandang sekeliling banyak kali tapi Lily masih tidak muncul. Hanya kedengaran suaranya sahaja.

"Aku dah tunaikan permintaan kau yang kau nak jadi teman wanita Taehyung. Jadi gunakan peluang ini dengan sebaiknya untuk bahagia okay ?"

"Tu-tunggu... a-aku tak faham" aku geleng kepala perlahan.

"Kau dan Taehyung merupakan kenalan rapat di highschool dulu dan korang berdua bercinta sampai sekarang"

"Well , maknanya sekarang kau tengah menjalinkan hubungan cinta dengan kpop idol. Tak ke menarik haha !"

"Ma-macam mana Taehyung..."

"Jangan risau , semuanya akan berakhir lepas kau bahagia. Kau gunakan peluang yang kau ada sekarang ni dan nikmati lah kebahagiaan yang kau ada"

"Kim Taehyung sayangkan kau Han Ji Eun. Dan dia percaya kau ialah teman wanita dia"

"Ta-tapi..."

"Jangan lah kau kekok dengan dia. Cuba happy sikit dapat couple dengan bias sendiri"

Aku terdiam.

Selepas sahaja dia berkata begitu , keadaan menjadi sunyi sepi semula.

Aku betul betul teman wanita Taehyung ?

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now