empat puluh tiga

729 105 5
                                    

"Han Ji Eun... Han Ji Eun..."

Aku tersenyum.

Aku memusingkan kepala memandang ke arah Taehyung yang berada di sebelah aku ini.

Daripada tadi dia asyik ulang ulang sebut nama aku. Dengan suara deep dia tu , astaga tak kuat aku jadinya.

"Kenapa kau asyik sebut nama aku je ni , hm ?"

"Cuma... aku nak nama tu sentiasa ada dalam ingatan aku. Dan wajah pemilik nama tu akan sentiasa menyambut aku ketika aku tengah gembira dan sedih"

Dia perlahan lahan memusingkan kepalanya memandang ke arah aku. Mata kami bertemu lama.

Tiba tiba sahaja dia mengucup dahi aku lembut membuatkan aku tergamam.

Dia tersenyum dan mula memusingkan kepalanya ke hadapan. Memerhatikan suasana bandar yang cantik.

"Kau pernah bagitahu aku kan ?"

"A-apa dia ?" aku hanya memandang dia yang tidak memandang aku.

Dia hanya menikmati sahaja pemandangan di hadapannya itu.

"Kau bagitahu aku yang kau sentiasa mengalami hari hari yang teruk kan ? Dan kau tak sukakannya. Kau bencikannya bukan ?"

Aku tersentak.

Perlahan lahan aku menundukkan kepala aku memandang ke bawah. Sejurus itu peristiwa ngeri mula ditayang semula di dalam minda aku.

"I said it's alright. One day it'll be a good day , for sure"

Mendengarkan sahaja dia berkata begitu aku terus mengangkat semula kepala ke atas dan memandang dia.

Dia perlahan lahan memusingkan kepalanya memandang ke arah aku. Mata kami saling bertemu.

"You won't be alone , Han Ji Eun. I'll be by your side always. And we'll be okay"

Bibir aku mula bergetar mendengar kata katanya. Entah kenapa aku rasa sebak.

"Kebahagiaan kau tu adalah kebahagiaan buat aku dan kesedihan kau tu adalah kesedihan buat aku. Tapi kalau kau sedih , aku perasaan sedih aku akan berganda"

Dia menarik aku mendekatinya. Dia memeluk pinggang aku erat dan wajahnya memandang wajah aku.

"Jadi aku nak kau sentiasa ketawa bersama dengan aku dan menangis lah di bahu aku. Mungkin aku takkan faham keperitan yang kau rasa , tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk faham kau. Aku kan boyfriend serba guna kau haha"

"Tae-taehyung..."

"Mungkin harini kau rasa teruk dan sedih tapi aku janji dengan kau , selama kau ada dengan aku , selama kau masih ada di sisi aku , aku akan jadikan kau perempuan paling bahagia dalam dunia ni"

Air mata aku mengalir.

"Because you are the most beautiful moment in my life..."

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now