lima

1.1K 169 10
                                    

"Kenapa pagi pagi macam ni buat muka terkejut ni ha sayang ?"

Taehyung tergelak kecil lalu mencuit hidung aku lembut. Aku masih memaparkannya wajah terkejut.

Aku tak faham apa yang sedang berlaku sekarang ni !

Dengan Taehyung yang shirtless nya sekarang ni , macam mana aku nak hadap weh ?!

Dia mula mengesot di atas katil dan mengubah posisinya di belakang aku. Aku tak mampu nak cakap apa apa langsung dekat dia.

Katakan dekat aku , yang aku masih bermimpi.

"Serabutnya rambut awak ni Ji Eun" dia ketawa lagi lalu mengusap rambut aku lembut.

"A-awak..." aku terus tekup mulut.

Tunggu , aku boleh bersuara dalam mimpi sendiri ke ?!

Taehyung mencapai sikat rambut yang terletak di atas meja di sisi katil ini.

Dia mula menyikat rambut aku perlahan. Aku masih tergamam dan terkedu dengan tindakannya.

"Kesayangan saya ni suka kan bila saya sikat rambut awak macam ni ?"

Aku tergamam.

Dia betul betul Kim Taehyung ke ? Dia betul betul Kim Taehyung yang memegang stage name V dari BTS ke ?

Kalau tak , kenapa muka dia sebijik ? Atau aku yang angau Taehyung sebenarnya sekarang ni ?

Aku tergamam apabila Taehyung mula mengikat rambut panjangku dengan getah rambut berwarna hitam.

Selesai sahaja mengikat rambutku , dia mula mengucup ubun ubun rambutku lembut.

Mata aku membulat. Aku tergamam dengan tindakannya sekali lagi.

"Ji Eun masak untuk Tae tauuu !" Taehyung tersenyum petak.

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now