dua puluh

824 124 0
                                    

Aku memandang sekeliling.

Aku meredah hujan lebat ini dan berlari ke arah pondok perhentian bas. Baju aku yang basah sedikit dek kerana hujan lebat aku pandang.

Haish , aku tak tahu mana pergi baju hujan dekat rumah Taehyung.

Aku jumpa dua payung je. Satu payung berwarna kuning satu lagi berwarna hitam.

Aku tengah pakai payung warna kuning tu manakala payung lagi satu ni aku bawa untuk Taehyung.

Aku decided nak tunggu Taehyung dekat bus stop ni. Memandangkan Taehyung akan turun di sini untuk pergi ke bangunan condo rumah dia.

Disebabkan aku tak boleh pergi ke blok bangunan Bighit , aku kena tunggu dia dekat sini jelah.

Aku memerhatikan rintik rintik hujan yang turun membasahi bumi.

Entah kenapa keadaan sekarang ni buatkan aku teringatkan sesuatu. Tapi aku tak ingat apa.

Disebabkan di tempat duduk bus stop ni ada beberapa stranger lelaki yang aku tak kenal , jadi aku tak nak duduk situ.

Terpaksa lah aku berdiri je kat tepi ni sambil pegang payung.

"Eo Taehyung !"

Senyuman lebar aku terukir. Pantas sahaja aku berlari ke arah sebuah kereta yang berhenti di hadapan bus stop ini.

Entah di mana silap aku , aku tergelincir dan terjatuh di tanah. Payung yang aku pegang terlepas dan terkena ranting kayu membuatkannya terkoyak.

Mata aku membulat.

Pa-payung aku...

Hujan lebat mula membasahi seluruh tubuh aku yang masih tidak mampu bergerak ini.

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now