tiga puluh tujuh

743 109 7
                                    

Aku gigit bibir bawah.

"Aishh kenapa aku tak mampu nak reply apa yang dia cakap kat aku"

Aku mula membenamkan muka aku ke dalam bantal tidur aku ini.

Telefon pintar pula entah ke mana hilangnya aku campak kat tepi tadi.

Aku tak tahu kenapa tapi aku malu.

Memang lah aku dengan Taehyung ni ada hubungan yang istimewa dan kami dah biasa bersemuka antara satu sama lain.

Tapi kenapa aku malu pulak ni ?

Muka yang aku benamkan pada bantal aku tarik balik. Kedua dua belah pipi aku kedua duanya dah mula membahang.

Aku mula memegang kedua dua belah pipi aku. Cuba untuk meredakan pipi aku dengan tangan aku yang sejuk ni.

Aku syak pipi aku dah merah dah ni.

"Nanti kalau video call dengan Taehyung dia perasan pipi aku dah memerah macam mana ?"

Aku geleng kepala laju. Tak boleh ke kalau aku cakap kat dia yang aku tak nak video call dengan dia ?

"Ta-tapi nanti dia merajuk dengan aku macam mana ? Satu masalah pulak nanti"

Aku ketap bibir aku rapat. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni.

Ting !

Kepala aku pantas sahaja ditolehkan ke arah telefon pintar yang berada tidak jauh dari aku ini.

Tangan aku laju sahaja mencapai telefon pintar aku. Aplikasi message aku bukak dan chat aku dan Taehyung dibuka.

boyfriend : malu ke tu sayang ?

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now