dua puluh enam

806 114 0
                                    

Aku hanya duduk memeluk kedua dua belah lutut di atas sofa. Rancangan TV yang dimainkan semuanya membosankan.

Sesekali aku terbatuk batuk perlahan.

"Haih kenapa lah kau boleh stuck kat dalam hujan semalam Ji Eun"

Aku geleng kepala perlahan. Kalau lah aku tak stuck dalam hujan semalam , mesti aku takkan demam panas sampai macam ni sekali.

Nasib baik demam aku dah perlahan lahan surut.

Badan aku dah tak panas cuma selesema dengan batuk batuk tu je belum hilang lagi. Aku cuma perlu makan ubat.

Nanti sihat lah tu.

Mata aku tertancap pada sebuah album CD yang ada di kabinet di bawah TV itu.

Aku terus menghampiri kabinet tersebut dan album CD itu aku keluarkan. Album CD itu aku lihat.

the most beautiful moment in life

Senyuman aku terukir.

Aku mula mencari tempat untuk memasang CD ini. Jumpa sahaja , aku terus pasang satu CD dan mula menonton video itu.

Video apa tu pun aku tak tahu tapi biar lah , aku nak tengok sebab bosan.

"Tae tengok lah sini !"

Ji Eun yang memegang kamera sambil merakam Taehyung di hadapan ketawa kecil melihat lelaki itu.

"Yahh , tengah jalan jalan macam ni pun nak ambil gambar ke ?" Taehyung geleng kepala perlahan.

"Bukan gambar lah ni video !"

"Dah tu kenapa ? Kau buat video sebab aku hensem sangat ke ?" Taehyung ketawa sendiri.

"Eeee perasannya pakcik ni !" Ji Eun memukul kepala Taehyung.

"Yahhh macam ni ke kau layan boyfriend hensem kau haaa ?"

Ji Eun ketawa kecil.

"Okay okay aku akan layan kau baik kalau kau buat aegyo. Cepat cepat !"

Taehyung ketawa kecil.

Kamera mula memberi perhatian sepenuhnya kepada lelaki berambut perang itu.

"Ehek aku malu la bongok !" Taehyung menutup mukanya dengan kedua dua belah tangannya.

"Okay fine aku nak balik ah ceni"

"Alaaaa Ji Eun ! Okay okay aku buat aegyo"

Ji Eun ketawa.

"Satu tambah satu gwiyomi ! Dua tambah dua gwiyomi !" Taehyung membuat mimik muka comel.

Dengan pipi yang sengaja dikembungkan dan mulutnya dimuncungkan ke hadapan mampu membuatkan Ji Eun ketawa.

"Bapak bapok gila !"

"Yahhhhh !"

Video tamat.

Aku tersenyum. Walaupun memori ni hanya dibuat buat sahaja dan aku sendiri tak tahu memori pasal benda ni.

Hanya Taehyung sahaja yang tahu tentang memori ini.

Senyuman aku pudar.

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now