dua puluh lima

795 114 0
                                    

Taehyung's

"Lambat kau datang harini ?"

Jimin di sebelah aku tiba tiba sahaja menyoal sebaik sahaja aku tiba di dalam bilik mesyuarat ini.

Aku hanya diam dan tidak menjawab soalan Jimin.

"Nasib pagi tadi punya interview Namjoon hyung cover and cakap kau ada urusan sikit yang nak kena settle"

Sekali lagi aku berdiam diri.

Langkah aku dan Jimin bersama dengan ahli yang lain diaturkan menghampiri meja mesyuarat itu.

Kami mula mengambil tempat di kerusi kerusi yang disediakan di meja mesyuarat tersebut.

"Aku dengar dari Jin hyung pagi tadi kau datang rumah awal pagi ambil ubat. Aku tak rasa kau yang demam"

Kata kata Jimin membuatkan aku menoleh memandang wajahnya dengan pandangan kosong.

"Girlfriend kau yang demam ke ?"

"Demam panas" aku perbetulkan kenyataan dia.

Dia hanya tersenyum seraya mengangguk perlahan.

Ahli yang lain semua dah tahu yang aku ada teman wanita. Dan diorang tak kisah pun jikalau aku ada teman wanita.

Cuma dorang suruh aku berjaga jaga lah. Jangan sampai berita ni tersebar. Nanti bukan nama aku je yang jatuh.

Nama Bangtan dan Bighit sekali.

"Okay saya suruh kamu semua berkumpul dekat dalam bilik ni untuk bincangkan tentang schedule kamu semua pada hari esok" Bang PD-nim mula bersuara.

Kami semua memberi perhatian penuh kepadanya.

"Okay start esok kita kena pergi UK sebab ada rancangan TV yang kita kena hadirkan diri , lepastu pula kita akan ada fan-meeting dekat Japan so dalam minggu ni korang punya schedule padat lah"

Aku tersentak.

Bibir aku diketap rapat.

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now