empat

1.1K 173 17
                                    

Dan aku terjaga.

Seperti mana mana drama klise , benda pertama yang aku nampak sekarang ini hanyalah siling putih.

Aku menghela nafas.

Aku dah agak apa yang jadi tadi semuanya sekadar mimpi je. Guardian angel mana wujud. Tu semua dongeng semata mata.

Aku perlahan lahan bangun dari posisi baring aku di atas katil. Tangan kanan aku diletakkan di atas katil sebagai penyokong.

Kepala yang terasa berat dan pening itu aku sentuh dengan tangan kiri.

"Kenapa pulak kepala aku rasa sakit ni ?" aku geleng kepala perlahan.

"Dah bangun ?"

Kepala aku pantas didongakkan ke atas tatkala telinga aku menangkap satu suara garau di hadapan.

Mata aku membulat.

Melihat seorang lelaki yang tidak berbaju dan hanya berseluar hitam panjang di hadapan aku.

Aku terus mengalihkan pandangan laju. Kedua dua tangan aku diangkat dan menutup mata aku.

Si-siapa lelaki shirtless tu ?!

A-aku dekat mana sebenarnya ?!

Telinga aku menangkap bunyi lelaki itu ketawa kecil. Tunggu , dia tengah gelakkan aku ke ?

Jap jap jap , ni mimpi ke ?

Tiba tiba kedua dua belah tangan aku yang menutup mata aku ditarik perlahan oleh seseorang.

Mata aku yang tertutup terus terbuka. Mata aku sekali lagi membulat apabila wajah lelaki itu berada betul betul di hadapan aku.

Ianya Kim Taehyung.

"Nak main buccakk buccakk pagi pagi dengan saya ke apa ?" dia tergelak kecil.

Mata aku dan dia saling bertentangan sebelum dia mengukirkan senyuman manis kepada aku.

Tunggu , ap-apa yang jadi ni ?

Aku terus memandang sekeliling. Dan baru aku sedar , aku bukannya berada di dalam bilik tidur aku sekarang ni.

Bilik ni nampak macam bilik hotel.

Tunggu , aku buat apa sebenarnya dekat sini ?

"Han Ji Eun"

Pantas kepala aku ditolehkan ke arahnya dan mata aku membulat memandang wajah Taehyung.

Ma-macam mana dia tahu nama aku ?

Aku tergamam apabila dia menyentuh sisi kepala aku dengan kedua dua belah tangannya dan menarik kepala aku dekat dengannya.

Mata aku sekali lagi membulat apabila dia tiba tiba sahaja mengucup dahi aku lembut dan hadiahkan aku senyuman manisnya.

"Good morning Ji Eun !"

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now