dua puluh tiga

801 122 0
                                    

Ji Eun's

Perlahan lahan mata aku terbuka.

Kepala aku yang terasa berat dan sakit ini menyukarkan aku untuk mengangkat kepala dan bangun daripada posisi baring aku.

Mata aku mula meliar memandang sekeliling. Sesekali aku cuba untuk memperbetulkan penglihatan aku yang menjadi kabur.

Mata aku yang tadinya sepet terus terbuka luas apabila menyedari satu kepala yang sedang terbaring di atas katil ini.

Ianya Taehyung.

Dia duduk bersila di lantai sambil kepalanya didaratkan di atas katil ini. Tangannya pula mengenggam tangan aku erat.

Aku tersenyum segaris.

Aku cuba untuk bangun dari katil dan melepaskan tangan aku dari genggamannya.

Baru sahaja aku ingin beredar meninggalkannya , tangan aku ditariknya laju membuatkan mata aku membulat.

"Tae-Taehyung..."

"Tidurlah. Aku mengantuk lah"

Kepalanya bergerak gerak sedikit. Matanya pula dipejam erat sahaja.

Aku mengeluh.

Aku mula mengalihkan pandangan. Pandangan aku akhirnya jatuh pada ubat ubatan yang ada di atas meja sisi katil.

Taehyung yang sedang lena dibuai mimpi itu aku pandang semula. Jangan cakap yang dia pergi beli ubat untuk aku.

Sebab ubat dekat rumah ni semua dah habis.

Aku mula membaringkan kepala aku semula di atas katil. Jarak wajah aku dan wajah Taehyung tidak lah terlalu jauh.

Aku menguntumkan senyuman dan memerhatikan setiap inci wajah lelaki kacak ini.

Perlahan lahan tangan aku diangkat dan aku mula mengusap rambutnya lembut.

"Mianhaeyo , Taehyung-ah"

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now