dua puluh satu

815 124 0
                                    

Taehyung's

Aku memasukkan kata laluan di peti pasaword pintu rumah aku. Seusai itu pintu terus terbuka untuk aku.

Seperti biasa , suasana gelap gelita menyambut kedatangan aku.

Aku memerhatikan sekeliling sebelum mengangkat tangan aku yang memegang erat telefon pintar aku.

Skrin telefon dibuka dan jam yang dipapar di skrin telefon aku tatap. Dah pukul 3 pagi rupanya.

"Ji Eun dah tidur ke ?" aku mengumam perlahan.

Skrin telefon ditutup semula. Tangan aku mula menanggalkan kedua dua belah kasut Adidas yang aku pakai ini untuk masuk ke dalam.

Aku boleh je sebenarnya tidur dekat rumah aku dengan ahli yang lain. Tapi aku cuma tak nak.

Kalau aku buat macam tu , nanti Ji Eun sorang sorang.

Aku mula berjalan masuk ke dalam rumah. Beg galas berwarna hitam yang aku bawak bersama aku tinggalkan di sofa ruang tamu.

Begitu juga dengan cap hitam dan mask hitam yang aku pakai turut ditanggalkan dan diletakkan di atas meja ruang tamu.

Aku pandang sekeliling buat seketika sebelum berjalan masuk ke dalam bilik tidur aku.

Melihatkan sahaja sesusuk tubuh seorang gadis sedang terbaring di atas katil sambil diselimuti dengan selimut , aku tersenyum.

Aku berjalan menghampiri katil. Aku berdiri betul betul di sebelah Ji Eun yang sedang terbaring di atas katil.

Lampu kecil yang terbuka di atas meja sisi katil itu menarik perhatian aku. Bukannya lampu tu yang menjadi tatapan aku sekarang ni.

Tapi plastik ubat ubatan yang bersepah di atas meja itu.

Dahi aku berkerut. Apahal pulak ada plastik plastik ubat ni ?

Telapak tangan aku terus sahaja diletakkan di atas dahi milik Ji Eun. Mata aku membulat. Dahi dia panas sangat.

Satu badan dia dah berpeluh peluh teruk ni. Melihatkan Ji Eun yang mengerutkan dahinya menahan sakit itu buatkan aku rasa risau.

Aku terus mengambil plastik plastik ubat di atas meja itu.

Mata aku membulat.

Ubat ubat ni semua dah habis.

Aku terus berlari ke arah dapur. Kabinet yang aku simpan ubat ubatan aku mula selongkar.

Namun tiada satu pun ubat yang tinggal. Semuanya dah habis.

Aku memukul meja dapur itu kuat.

"Fuck"

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthOù les histoires vivent. Découvrez maintenant