dua

1.4K 171 11
                                    

"Kenapa kau sia siakan nyawa yang Tuhan beri , hm ?"

Mata aku terus terbuka luas di saat suatu suara masuk ke dalam gegendang telinga.

Buka sahaja mata , aku mendapati bahawa aku sedang duduk di atas lantai rooftop ini.

Bukan aku dah jatuhkan diri dari rooftop ke ?

Aku pandang sekeliling dengan perasaan keliru. Pergerakan aku terhenti apabila pandangan aku jatuh pada seseorang di hadapan aku.

Seorang wanita.

Rambutnya berwarna emas sutera dan dia hanya menyarungkan dress putih paras peha sahaja.

Mata aku membulat memandang dia yang berdiri tegak di hadapan aku. Sejak bila dia ada di sini ?

"Jangan takut , aku bukannya datang untuk cederakan kau"

Sebelah kening aku terangkat.

"Selamat berkenalan. Aku Lily. Guardian angel kau"

Dahi aku berkerut memandang dia.

"Kau mengalami hari hari yang teruk kan selama kau hidup ?"

Aku hanya diam.

"Omma dan appa kau tak pernah pedulikan kau. Mereka biarkan kau tinggal seorang diri"

Mata aku membulat memandang dia.

"Kawan kawan kau pula tikam kau dari belakang dan mereka kutuk kau , bukan ?"

"Dalam hidup kau , kau tiada siapa siapa untuk kau bergantung. Kau keseorangan dalam dunia yang kejam ini"

"Kau hidup tanpa menerima sebarang kasih sayang kan , Han Ji Eun-sshi ?"

"Tu-tunggu , macam mana kau tahu nama aku ?"

Pantas sahaja aku bangun untuk berdiri di hadapannya. Wajah keliru dan pelik aku paparkan kepadanya.

Dia hanya tersenyum segaris. Tidak menjawab langsung soalan yang aku tujukan kepada dia.

Betul ke dia merupakan guardian angel aku ?

Tak , ini semua mustahil !

"Nak buat satu perjanjian dengan aku ?"

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now