dua belas

963 136 6
                                    

"Auch !"

Taehyung mengaduh sakit sambil kedua dua tangannya mengusap pipi kanannya yang baru je kena tampar dengan aku.

"Apa auch auch ? Tula pervert lagi"

Tak pasal pasal bahu Taehyung dijadikan mangsa cubitan aku. Dia menjerit sakit dan matanya dijengilkan ke arah aku.

"Uyowww pedihnya cubitan kesayangan aku ni UWWOOWWW !"

Aku tergelak kecil melihat reaksi wajahnya yang over itu. Macam macam budak ni. Ada yang kena tampar lagi karang.

Kami berdua terus menikmati sarapan yang aku baru sahaja sediakan untuk kami berdua.

Tak banyak bahan makanan ada dekat dapur Taehyung ni jadi aku mampu buat Nasi Goreng Kimchi je.

Tapi Taehyung tak kisah pun. Dia makan dengan penuh berselera lagi adalah.

"Harini ada class tak ?" Taehyung menyoal sambil mulutnya mengunyah nasi.

Aku tergelak kecil melihat dia yang makan comot comot tu. Dengan nasi sampai ke pipi tu dah kenapa ?

Tisu di atas meja terus aku ambil dan lempar ke mukanya membuatkan dia terkejut memandang aku.

"Nah lap segala comot mak nenek kau tu"

"Tak nak"

"Ha biar lah nanti semut datang gigit pipi tu karang haaa tak tahu" aku tergelak.

"Kalau macam tu Eun lapkan lah"

Dia mula meletakkan chopsticknya di atas meja. Wajah aku ditatapnya dengan mata yang tak henti henti dikerdipkan seolah meminta simpati.

"Eeee pikir comel ke ?"

"Kim Taehyung tak pernah tak comel" dia jelir lidah.

Aku tergelak kecil. "Mengade"

"Biarlah. Mengade dengan dia je pun"

Aku ketawa lagi. Tapi tangan aku masih malas nak lap pipi dia tu. Dah dia ada tangan pergi lah lap sendiri kan.

"Dah ah payah ah ceni nak manja pun tak boleh"

Taehyung memuncungkan mulutnya tanda protes. Tisu itu diambil laju dan dilapnya kesan comotan itu kasar.

Aku hanya tersenyum.

"Tak jawab lagi soalan Tae"

"Apa ?" aku mengangkat kening.

"Harini ada class ke tak ?"

Aku terdiam.

Kalau lah aku jujur kat dia yang sebenarnya aku masih highschool student , dia percaya tak ? Tak , kau tak patut jujur macam ni Ji Eun.

"Takde"

"Okay cun !"

Sebelah kening aku terangkat ke atas memandang wajahnya. Pelik.

"Harini Kim Taehyung nak spend time dengan kesayangan dia"

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now