BAB 1

2.5K 187 76
                                    

"Alhamdulillah. Terima kasih atas nikmat-Mu Ya Allah.'' Aisyah mengucapkan rasa syukur. 3 tahun dia di sini dan hari ini dia masih diberi peluang untuk menikmati kehidupannya yang masih tersisa di dunia ini.

Persoalannya dapatkan orang di luar sana menerima dirinya? Masih adakah tempat buatnya di dunia ini? Masih adakah orang yang akan mengambil dirinya bekerja? Penat menghadap semua persoalan yang menerjah minda, dia berjalan sendirian sambil menjinjit beg pakaiannya. Tujuannya hanya satu. Ingin bertemu ibu.

"Maafkan Aisyah ibu. Aisyah tak dapat nak jaga ibu. Aisyah jahat ibu. Jahat sangat," lirihnya di dalam hati. Air mata yang mengalir dibiarkan sepi. Doanya ibu masih mahu berjumpa dengannya selepas apa yang sudah terjadi.

''Assalamualaikum,'' dia memberi salam.

Pintu dibuka dari dalam. Seraut wajah yang dirindui menyapa matanya.

''Ibu, ni Aisyah bu. Aisyah rindukan ibu. Tolong maafkan Aisyah ibu,'' ujarnya sambil menangis. Ibu hanya mempamerkan riak selamba di muka pintu.

''Anak aku dah lama mati. Kau ni siapa? Kau boleh berambus dari sini.'' Mak Temah kembali menutup pintu. Badan yang disandarkan di pintu melorot jatuh.

Memang betul dia benci dengan Aisyah kerana perbuatannya yang satu itu. Sanggup Aisyah menconteng arang di mukanya sehingga dia disindir oleh penduduk kampung. Dikutuk kerana tidak mampu menjaga anak. Tapi, dia juga rindukan Aisyah. Masakan tidak. Aisyah itu satu-satunya anak yang dia ada. Anak tunggalnya. Anak yang dia kandungkan selama sembilan bulan. Aisyah yang manja, periang dan buah hati pengarang jantungnya selepas suaminya meninggal.

''Bu, bagi Aisyah masuk bu. Aisyah rindukan ibu. Rindu sangat-sangat. Aisyah dah tak ada siapa-siapa kat dunia ni. Tolong Aisyah bu. Ibu,'' dia menangis buat kesekian kalinya. Tangannya masih setia mengetuk pintu rumah. Namun,  tiada tanda-tanda yang ibu akan membuka pintu. Ibu tak salah. Dia yang salah.

''Maafkan Aisyah bu. Aisyah bukan anak yang baik. Ibu jaga diri baik-baik. Aisyah janji akan balik semula satu hari nanti. Tolong doakan Aisyah,'' pintanya.

Usai berbicara, dia mengangkat beg bajunya dan mula beredar dari situ. ''Ya Allah, bantulah hamba-Mu. Tolong jagakan ibu untukku Ya Allah.''

Apabila tidak mendengar lagi suara tangisan anaknya, Mak Temah membuka pintu dari dalam. Kelihatannya Aisyah sudah beredar dari situ. Mulut ingin sekali memanggil Aisyah namun akalnya keras melarang. Lantas pintu ditutup kembali. ''Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pelindung. Bantulah anakku Ya Allah.''

   Aisyah meletakkan begnya di bawah. Punggung dilabuh di atas sebuah bangku panjang yang disediakan di tempat menunggu bas. Sesekali dia memanjangkan lehernya untuk melihat kenderaan yang lalu lalang. Beberapa orang lelaki yang sedang melepak tidak jauh dari situ memandang wajahnya dengan sengihan nakal. Dia hanya berdoa semoga semuanya selamat dan bas cepat sampai. Hendak berjalan dia tidak tahu ke mana lagi dia harus pergi.

''Hai adik manis. Seorang je? Nak abang temankan ke?'' ucap salah seorang antara mereka.

Dia hanya diam. Dalam hati tak puas berdoa semoga bas cepat sampai.

''Weh dia bisu la. Lagi senang kerja kita. Hahahaha.'' Mereka ketawa berdekah. Entah apa yang lawak dia pun tidak tahu. Dia menepis tatkala ada tangan yang cuba mencuit bahunya.

''Kau orang ni kenapa!'' jeritnya sehingga suaranya bergema.

''Lah, ada mulut rupanya. Hahahahha,'' ujar salah seorang daripada mereka. Mereka ketawa geli hati dan diselangi dengan sengihan nakal.

   Pak Mat yang memandu kereta yang dinaiki oleh Tengku Aminah sempat memerhati beberapa orang lelaki sedang menggangu seorang perempuan di perhentian bas itu. Dia memperlahankan kereta.

''Tengku. Cuba tengok tu. Saya rasa budak perempuan tu kena kacau Tengku,'' ucap Pak Mat.

Tengku Aminah memanjangkan leher dan memandang ke depan.

''Pergi tolong dia Mat. Saya rasa dia kena kacau tu,'' arah Tengku Aminah.

''Baik Tengku,'' balas Pak Mat menurut arahan.

Signal sebelah kiri diberi dan kereta yang dipandu diberhentikan di tepi jalan. Pak Mat melangkah ke arah mereka. Ada yang mencuit budak perempuan itu. Walaupun ditepis berkali-kali mereka tetap mengganggu.

''Hoi! Korang buat apa ni hah? Dah takde kerja lain ke? Baik korang berambus sebelum aku telefon polis,'' ugut Pak Mat.  Telefon bimbit dikeluarkan dari poket dan nombor didail.

"Weh dah. Blah, blah,'' arah salah seorang daripada mereka. Semua remaja itu lari bertempiaran. Kang tak pasal-pasal malam ni tidur lokap.

''Adik. Okey tak?'' tanya Pak Mat prihatin.

''Terima kasih encik. Kalau takde encik, tak tahu la apa yang akan jadi,'' ujar Aisyah berterima kasih.

''Pak Mat, ajak dia naik dengan kita. Dah senja ni. Nanti budak-budak jahat tu datang balik,'' arah Tengku Aminah. Haih, budak remaja zaman sekarang ni. Kerja malas. Sanggup buat kerja tak berfaedah.

''Jom dik ikut saya. Yang tadi tu Tengku Aminah. Dia majikan pak cik. Boleh la panggil pak cik ni Pak Mat,'' pelawa Pak Mat kepada Aisyah. Aisyah serba salah. Nak ikut ke tak eh?

''Tapi saya ni tak susahkan tengku dan Pak Mat ke?'' tanyanya serba salah. Dia risau jika dirinya akan menyusahkan mereka.

''Tengku dah pelawa tadi. Dah jom. Nak maghrib dah ni,'' balas Pak Mat sambil berjalan ke arahnya. Pak Mat menjinjing beg baju milik Aisyah dan meletakkannya di dalam bonet.

Pintu bersebelahan Pak Mat dibuka. ''Maafkan saya Tengku sebab dah susahkan Tengku,'' tutur Aisyah.

''Saya cuma tolong apa yang patut. Pak Mat jom gerak. Nanti lambat sampai kita. Tak sabar nak jumpa dengan Adib ni. Rindu dengan dia.'' Tengku Aminah kembali melelapkan mata.

''Baik Tengku,'' jawab Pak Mat sambil menekan pedal pemecut.

Kereta meluncur pergi membelah jalan. 30 minit kemudian, kereta itu sampai ke destinasi yang disebutkan tadi.

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang