BAB 17

1.3K 122 27
                                    

''Bro, aku nak mintak tolong kau boleh?'' tanya Rayyan sambil menyentuh bahu Syafiq.

''Tolong apa?'' soal Syafiq.

Aisyah membuka pintu kereta dan keluar dari kereta milik Syafiq. Dia membuka kunci pintu pagar dan menuju ke sebuah pasu bunga yang berada di sebelah pintu masuk rumah sewanya. Tangan meraba di sebalik rimbunan pokok bunga hiasan dengan bantuan flashlight.

Setelah membuka pintu, dia memberi ruang untuk Syafiq masuk sambil mendukung tubuh kecil Adib yang sedang lena diulit mimpi. Elok saja dia melentok kepala di bahu sasa Syafiq.

''Letak je Adib kat sofa. Nanti aku kejut dia naik bilik,'' arah Aisyah.

Setelah meletakkan Adib di atas sofa, Syafiq membetulkan urat-urat badannya. Lenguh pulak rasa badan ni.

''Sorry la dah susahkan kau pagi-pagi buta macam ni.'' Kendur saja suara Aisyah. Dia rasa bersalah kerana terpaksa menyusahkan lelaki itu.

''No hal la. Aku kan kawan kau. Apa guna kawan kalau tak boleh nak tolong kan? Esok nak pergi hospital tak?'' soal Syafiq.

''Pergi tapi lewat sikit kot. Sekarang ni pun dah pukul berapa.'' Sempat dia melirik ke arah jam. Jam sudah menginjak ke angka 6 pagi. Rasanya elok dia subuh siap-siap. Kang terbabas tak pasal-pasal tanggung dosa free.

''Alright. Nak pergi nanti jangan lupa whatsapp aku. Aku ambik kau then kita pergi sekali,'' putus Syafiq.

''Eh tak payah la. Aku boleh pergi sendiri la. Kau dah banyak tolong aku,'' cantas Aisyah. Sudah banyak pertolongan yang Syafiq hulurkan.

''Kau lupa ke apa yang anak majikan kau pesan sebelum kita balik tadi?'' soal Syafiq selamba.

Aisyah menggeleng lemah. Memorinya merakam kembali moment di hospital tadi apabila Rayyan meminta tolong Syafiq untuk menjaga dia dan Adib.

''Okey, good girl. Aku nak balik dah ni. Kau jangan lupa kunci pintu pulak. Ada benda pelik-pelik jadi lagi, terus call aku.'' Sempat lagi Syafiq berpesan.

Hampir nak tercabut jantungnya apabila menerima panggilan telefon daripada Aisyah beberapa jam yang lalu. Alhamdulillah, Allah hadirkan dia untuk membantu gadis itu tepat pada masanya.

''Okey bos.'' Aisyah hanya mengiyakan arahan dari Syafiq.

Syafiq menyuruh Aisyah memasuki rumah terlebih dahulu sebelum dia menekan pedal kereta dan keretanya laju menelusuri jalan.

''Adib, bangun sayang solat subuh,'' panggil Aisyah sambil menepuk lembut lengan Adib.

Adib memisat matanya. Aisyah tersenyum senang melihat Adib yang sudah bangun dari tidurnya. Adib memang budak yang baik.

''Kena solat subuh ke ummi?'' Tanyanya perlahan. Suara serak-serak gitu. Comel.

''Mestilah. Nak masuk syurga kan?'' tanya Aisyah sambil mengusap perlahan kepala Adib.

Adib mengannguk perlahan.

''Kalau nak masuk syurga, kenalah rajin solat. Lepas solat, kena minta kat Allah supaya masukkan kita semua ke dalam syurga. Kita doakan juga semoga tok ma cepat sembuh, okey?'' jawab Aisyah.

''Okey ummi,'' balas Adib patuh.

''Good boy. Jom kita ambik wudhuk dulu,'' ajak Aisyah. Kedua-dua mereka berjalan beriringan masuk ke dalam bilik air.


Di hospital, 

Aisyah memimpin tangan Adib dan pada masa yang sama dia menjinjit bekal makanan untuk Tengku Aminah dan Rayyan. Syafiq ada juga tadi menghulurkan bantuan untuk membawa bekal itu tapi ditegah olehnya.

''Ummi, kita nak pergi melawat tok ma ke?'' tanya Adib polos.

''Ye sayang,'' jawab Aisyah.

''Apasal dia panggil kau ummi?'' soal Syafiq pelik.

''Saja. Sibuk je kau ni,'' usik Aisyah.

Syafiq mencebik. Akalnya mendapat satu idea.

''Adib, uncle baik tak?'' tanya Syafiq bersama satu senyuman.

''Baik,'' jawab Adib polos. Jawapan Adib membuatkan Syafiq tersenyum senang. Well, budak-budak tak pandai menipu.

Syafiq tersenyum senang. Aisyah sudah membuat mata ke atas. Ada lah tu agenda dia.

''Kalau uncle baik, Adib nak tak panggil uncle walid?'' tanya Syafiq.

Kening Aisyah bertaut. Pelik-pelik je Syafiq ni.

''Kau ni jangan mengarut boleh tak? Dia dah ada papa tau. Baik kau kahwin  kalau nak anak,'' bebel Aisyah. Ketika ini mereka sedang menunggu waktu untuk melawat Tengku Aminah.

''Eh suka hati lah. Sibuk je kau ni'' Syafiq menjawab. Siap dengan pakej jelingan maut lagi.

''Uncle dengan ummi janganlah gaduh. Nanti Allah tak bagi masuk syurga, kan ummi?'' tanya Adib. Dia masih lagi ingat akan pesan Aisyah semasa mereka menonton drama melayu beberapa bulan lalu. Ketika ada scene pelakon sedang bergaduh, dia sempat berpesan kepada Adib. Cakap Aisyah kalau kita bergaduh sampai tak bertegur selama tiga hari, nanti berdosa besar. Nanti mati masuk api neraka.

Aisyah mahupun Syafiq masing-masing terdiam. Kan dah kena.

''Haah betul. Ummi bangga la dengan Adib.'' Jemarinya mengelus lembut rambut Adib. Adib tersenyum senang dipuji begitu. Syafiq pula menggosok belakang leher dengan janggalnya.

''Walid pun bangga sangat dengan Adib. Kalau macam ni, walid nak kahwin cepat-cepat la. Nak ada anak yang bijak macam Adib ni," ujar Syafiq. Dia bukan jenis lelaki yang rapat sangat dengan budak-budak. Lagipun, dia anak tunggal.

''Walid kahwinlah cepat. Tapi, walid tak boleh kahwin dengan ummi tau.'' Mulut kecil itu berceloteh. Sempat dia titipkan pesanan pada Syafiq.

Kening Aisyah dan Syafiq masing-masing bertaut. Mereka berpandangan sesama sendiri.

''Aikk, kenapa pulak ummi tak boleh kahwin dengan walid?'' Soalan itu meluncur keluar dari mulut Aisyah. Syafiq sudah ketawa sendiri. Tadi, acah sangat tak bagi Adib panggil dia walid.

''Sebab ummi dah ada papa,'' jawab Adib dengan cerianya. Amboi sukanya dia.

Wajah Aisyah sudah bertukar rona. Syafiq pula hanya mempamerkan wajah kelat setelah mendengar jawapan dari Adib.

''Dah sampai waktu melawat ni. Jomlah kita naik,'' ujar Aisyah. Dia cuba mengubah topik.

''Yeay, yeay jumpa tok ma,'' ujar Adib sambil memegang sebelah tangan milik Aisyah dan sebelah lagi tangan milik Syafiq. Syafiq masih lagi diam sejak menerima jawapan dari Adib. Aisyah hanya tergelak kecil melihat telatah Adib. Aisyah perasan Syafiq diam. Nanti lah dia tanya Syafiq kenapa lelaki itu diam.


Alhamdulillah Tengku Aminah dah pun sedar. Di bilik itu juga terdapat dua orang pegawai polis yang ingin mendapatkan keterangan berkaitan denagn kejadian malam semalam.

''Tengku ada ingat apa-apa tak sebelum kejadian tu berlaku,'' tanya Inspektor Hanif.

''Saya cuma ingat yang saya ditolak ke tepi sebelum perompak tu melarikan diri inspektor. Saya takut dia cuba nak apa-apakan cucu saya. Saya tak cam sangat rupa penjahat tu sebab dia pakai topeng. Lagipun waktu tu cuma lampu tidur je yang menyala," terang Tengku Aminah.

''Okey. Cik Aisyah, awak pun ada juga kan semasa kejadian tu berlaku?'' tanya Inspektor Hanif kepada Aisyah. Kesemua yang berada di situ memandang Aisyah.

Dia mengangguk perlahan sebelum menjawab soalan yang ditanya tadi.

''Malam kejadian tu berlaku, ada sorang lagi perompak yang masuk ke dalam bilik saya. Tapi, saya pelik sebab dia tak mengapa-apakan saya cuma dia ada bagi saya satu pesanan.'' Aisyah berkata.

Semua yang ada di situ pelik. Kenapa dia tak apa-apakan Aisyah sedangkan dia adalah perompak? Lagipun, mesti dia tak nak kegiatannya diketahui oleh penghuni di dalam rumah itu.

''Apa yang dia pesan pada cik?" tanya seorang lagi anggota polis yang dari tadi setia mencatat setiap butir maklumat yang dikongsikan.

#terima kasih kerana sudi baca... 😘
#kepada silent reader,  jangan lupa vote jugak tau kalau story ni best lah. Hehe🙃

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Where stories live. Discover now