BAB 3

1.6K 152 34
                                    

''Kau siapa?'' Aisyah memalingkan badannya ke belakang setelah mendengar soalan itu.

Seorang lelaki sedang memandangnya  berserta kerutan di dahi. Pelik dengan kehadirannya di situ. Mak Mah pula waktu itu sedang berbual dengan Tengku Aminah di bilik kerja wanita itu. Maka tinggallah dia di sini seorang diri di dapur.

''Erk, saya Aisyah. Encik ni?'' Soalan dibalas soalan kepada lelaki yang berada didepannya. Yang tengah pandang dia dengan pandangan menyampah, barangkali.

''Oh my God. Seriously kau tak kenal aku siapa? Kau maid baru dalam rumah ni ke? Sebab tu tak kenal aku?'' tanya Rayyan angkuh.

Aisyah hanya mengangguk. Malas mahu menafikan apa yang keluar dari mulut lelaki itu. Karang berjela pula dia kena terangkan.

''Aku ni Tengku Rayyan. Anak tunggal dalam keluarga ni dan papa kepada Adib. Faham?'' tanyanya kepada gadis itu.

''Faham Tengku.'' Dia hanya mengangguk dan memandang ke lantai.

''Dah aku lapar. Cepat siapkan makanan kat meja. 5 minit lagi aku datang, aku nak semuanya dah siap. Kau faham?'' gertak Rayyan. Dia perhatikan Aisyah yang suka sangat menunduk. Entah apa yang menarik sangat dekat lantai tu pun dia tak tahu. Muka aku tak hensem ke apa?

''Baik tengku. Saya siapkan sekarang.'' Badan dipusing semula menghadap sinki dan dia mempercepatkan tangan membasuh pinggan yang berbaki. 



Tengku Rayyan mendukung Adib dan menuju ke ruang tamu. Memang dijadikan rutin mingguannya untuk meluangkan masa dengan keluarga pada hujung minggu. Dia tidak tinggal di banglo ini setelah dia bercerai dengan isterinya. Terlalu banyak kenangan dengan bekas isterinya di dalam rumah itu. Mereka bercerai selepas sebulan Adib dilahirkan. Sampai sekarang dia tidak tahu sama ada bekas isterinya itu hidup ataupun tidak. Tidak pernah sekali Anita menelefon atau menjenguk Adib. Bila Adib bertanya pasal mamanya, dia hanya menjawab mama Adib sibuk dengan kerja. Alasan yang sama digunakan sehingga kini.

''Jemput makan Tengku.'' Aisyah mempelawa jejaka itu makan. Kerusi ditarik untuk menolong Adib duduk. ''Kak Aisyah dah makan?'' tanya Adib lembut.

''Dah sayang. Adib makanlah dengan papa.'' Wajah dimaniskan dan tanganya naik mengusap lembut kepala Adib. Belum sempat dia melangkah ke dapur suara Rayyan singgah di telinga. Arahan yang sinis.

''Kau nak kemana? Ada aku suruh kau pergi? Nasi aku siapa nak letakkan? Kau nak makan gaji buta ke apa?'' Bertubi-tubi soalan dilontarkan.

Tanpa sebarang rungutan, dia menghampiri tempat duduk Rayyan. Bekas nasi lemak dicapai dan disendukkan ke dalam pinggan Rayyan. ''Cukup tengku?'' tanyanya lembut.

''Dah. Dah pergilah ke dapur. Menyemak je kau kat sini,'' usir Tengku Rayyan.

Adib hanya diam menikus. Mungkin kanak-kanak itu sudah faham benar dengan sikap papanya. Marah tak tentu pasal.

''Period ke apa?'' kutuk Aisyah perlahan. Mahunya ditengking kalau didengar Tengku Rayyan.





Usai melakukan kerja di dapur, dia melangkah ke ruang tamu. Dilihatnya Adib sedang mewarnakan sesuatu. Khusyuk betul. Kalau Tengku Rayyan ada sekali memang tak lah dia nak ke situ.

''Amboi cantiknya Adib. Meh kak Aisyah nak tengok sikit. Adib lukis apa ni sayang?'' tanya Aisyah lembut. Persis ibu-ibu.

''Adib lukis rumah. Pastu Adib lukis papa, tok ma, Pak Mat dengan Mak Mah.'' Ringan saja mulut itu menjawab. Anak kecil itu mudah betul mesra dengan orang di sekeliling. Agaknya mewarisi genetik mamanya. Yang pasti bukan papa.

''Ouh. Yang ni pulak siapa?'' tanyanya selepas ternampak seorang lagi orang lidi perempuan yang baru dilukis oleh Adib. Dia agak saja itu perempuan sebab ada rambut panjang di tepi kepala.

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Where stories live. Discover now