BAB 32

1.3K 105 30
                                    

Maafkan author sebab lambat update 😭😭 ...jemput baca 😚

Syafiq terbatuk kecil apabila sebaldi air yang disimbah kepadanya mula memasuki rongga mulut dan hidung.

"Syafiq," panggil Aisyah yang duduk tidak berjauhan dari situ.

Syafiq terkejut dengan kehadiran Aisyah. Wajah sahabatnya itu sedang dibasahi dengan air mata. Hujung bibir gadis itu berdarah. Tudung yang dipakai sudah juga sudah senget.

"Kau buat apa pada dia hah!" herdik Syafiq kepada mereka. Tangan dan kaki yang terikat kemas tidak mampu dia rungkaikan. Wani dan konco-konconya hanya ketawa.

"Hero Malaya baru bangun ke?" ejek salah seorang konconya.

"Syafiq, Syafiq. Kenapalah kau bodoh sangat tolak pelawaan aku untuk musnahkan perempuan ni dulu? Kalau lah kau ikut cakap aku, mesti kau ada sebelah aku sekarang ni. Bersama kita saksikan penderitaan perempuan ni," ungkit Wani.

Dia menceritakan hal yang pernah berlaku tiga tahun lepas kepada Aisyah. Tergamam gadis itu apabila Wani membuka mulut kenapa Syafiq tidak menjadi saksi sedangkan dia ada semasa kejadian itu berlaku.

Selepas Aisyah dituduh kerana membunuh Dian tiga tahun lepas, Wani ada berjumpa dengan Syafiq dan cuba memujuk jejaka itu supaya tidak menjadi saksi kepada kes kematian Dian. Malangnya, Syafiq berkeras menolak.

Punca kemalangan papa Syafiq yang sekaligus menyebabkan trauma kepada mamanya adalah rancangan Wani sendiri. Dek kerana takut mama pula yang diapa-apakan, dia membuat keputusan untuk membawa mama ke luar negara. Tapi, sungguh dia tidak menyangka bahawa Wani masih belum mahu melepaskan Aisyah.

"Baguskan dia? Tapi, aku masih tak faham kenapa dia bersungguh sangat nak lindungi kau? Omaigod! Dia sukakan kau kot?" Wani buat-buat terkejut saat menuturkan ayat itu.

Aisyah dihimpit rasa bersalah. Terasa seperti ada sebuah batu besar yang sedang menghempapnya. Dulu, dia pernah menyalahkan Syafiq dan menuduh lelaki itu pentingkan diri sendiri.

"Kenapa kau tak bagitau aku hal yang sebenar?" lirih Aisyah. Air mata semakin lebat menuruni pipi. Syafiq mula rasa bersalah. Inilah puncanya mengapa dia terpaksa memilih untuk merahsiakan hal yang sebenar daripada pengetahuan Aisyah. Gadis itu pastinya tidak akan menerima bantuan daripadanya.

"Maafkan aku," pohon Syafiq dari jauh. Luluh hatinya melihat Aisyah dalam keadaan seperti itu. Dia gagal melindungi insan yang dia pernah sayang. Dulu, dialah yang selalu memberikan bunga ros putih kepada Aiyah. Disebabkan pada waktu itu dia masih tiada keberanian untuk melafazkan rasa yang terbuku di hati, dia memilih untuk memberikan bunga itu kepada Aisyah secara sembunyi. Namun, siapa sangka perbuatannya itu membawa kemusnahan kepada gadis yang dia cinta.

Aisyah menggeleng perlahan. Dia penat. Sampai bila perkara ini akan terus menghantui hidupnya dan membahayakan insan-insan yang dia sayang? Nafas disedut dan dihembus perlahan. Mungkin ini waktu yang terbaik untuk dia menceritakan semula peristiwa yang pernah berlaku pada tiga tahun lepas.

"Wani, aku tahu kau nak hancurkan aku. Tapi, ada satu benda yang perlu kau tahu. Bukan aku yang bunuh Dian," ujar Aisyah sambil memandang Wani.

"Sebenarnya..."

Tiga tahun lepas

"Dian, aku ada benda nak cakap dengan kau. Tolonglah jangan mengelak lagi," rayu Aisyah.

Sudah beberapa hari mereka tidak bertegur sapa. Dian terus melancarkan perang dingin terhadapnya selepas dia tertangkap dengan Aisyah kerana mengambil bunga ros putih yang selama ini dikirimkan kepada Aisyah.

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Where stories live. Discover now