Karya Baru

1K 49 2
                                    

Tajuk: SWITCH
Genre: Fantasy Romance

Nur Rabiatul- Seorang gadis kampung yang hidup dalam serba kekurangan. Dia bakal mengambil SPM tidak lama lagi. Namun, kerana kemiskinan yang melanda, dia terpaksa bekerja sambilan di sebuah kafe di bandar untuk membayar yuran SPM.

Siti Adawiyah- Seorang gadis bandar yang hidup dalam kemewahan. Tiada apa yang perlu dia risaukan untuk masa hadapan. Di sekolah, dialah ketua bagi kumpulan Diva Eva. Kumpulan yang terdiri daripada empat orang pelajar perempuan dan digeruni oleh semua pelajar.

Pertemuan antara mereka mengubah segala-galanya. Kerana tablet ciptaan manusia, roh mereka berdua tertukar. Apa yang lebih merumitkan keadaan, punca roh mereka bertukar jasad adalah angkara Profesor Iqbal, bapa saudara kepada Adawiyah. Kerana ingin melarikan diri daripada pihak musuh, dia terpaksa menyembunyikan segala hasil penyelidikannya. Adakah pihak musuh akan mengetahui hal yang sebenar? Bagaimana pula Rabiatul dan Adawiyah hendak menyesuaikan diri untuk menjalalani kehidupan mereka seperti sebelum ini? Mampukah mereka?

'Aku tengah mimpi ke sekarang ni?' - Rabiatul

'Ni semua pak su punya pasal! Tak pasal-pasal kami kena hadap benda ni'- Adawiyah

'Baik kau mengaku, siapa kau yang sebenarnya?'- Aniq Mikail

'Aku perlukan penjelasan dari kau Rabiatul'- Farhan


      'Kau dan Aku saling melengkapi'

#jemput baca, komen dan vote🙈💓💓💓

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang