BAB 11

1.3K 121 4
                                    

Setelah beberapa kedai mereka masuk, Tengku Aminah mengajak Aisyah dan Adib ke food court. Aisyah meletakkan beberapa beg plastik yang dijinjit ke lantai. Matanya ralit memerhatikan orang ramai yang beratur untuk memesan makanan. Hanya tinggal beberapa sahaja meja yang belum penuh.

Ada yang dating, ada yang datang dengan keluarga. Pelajar sekolah pun ramai. Mesti outing. Aisyah duduk di sebelah Adib. Matanya memandang kanak-kanak itu yang sedang menikmati ais krim yang dibeli tadi. Bukan main suka dia.

''Comotnya sayang.'' Aisyah mengelap wajah yang comot itu dengan tisu.

''Terima kasih, kak Aisyah. Kak Aisyah nak? Adib suapkan,'' pelawa Adib. Aisyah mengambil peluang itu. Lama jugak dia tak makan ais krim. Mulutnya dibuka dan pantas tangan kecil itu menyuap sesudu ais krim ke dalam mulutnya.

''Tok ma nak?" pelawa dia kepada Tengku Aminah pula. Tengku Aminah hanya menggeleng. Usia macam dia kalau makan ais krim, mesti nyilu gigi nanti.

''Sorry ma, Rayyan lambat.'' Rayyan menarik kerusi di sebelah mamanya dan dia duduk bertentangan dengan Aisyah. Aisyah buat-buat sibuk berbual dengan Adib.

''Mengelak la tu,'' omel Rayyan dalam hati. Sempat dia menjeling ke arah Aisyah tadi.

''Tak de lah lewat sangat. Alang-alang kamu dah sampai pergilah order. Nanti ramai pulak,'' arah Tengku Aminah.

Rayyan hanya menurut. Dia bangun dan beratur di belakang beberapa pelanggan yang sedang beratur. Aisyah hanya diam memerhati. Oleh kerana dia duduk menghadap kaunter, dapatlah dia melihat belakang lelaki itu.


10 minit kemudian, Rayyan mengamitnya dari tempat dia beratur. Dia meluruskan tangan dan jari telunjuk digerakkan untuk memanggil Aisyah. Aisyah blur.

"Dia panggil aku ke?" gumamnya perlahan.

Dia pusing ke belakang tapi tiada orang. Mana ada orang sebab mereka duduk dekat dengan dinding.

"Aisyah, pergi tolong Rayyan kejap. Dia nak suruh kamu bawakkan makanan tu,'' pinta Tengku Aminah kerana ternampak bahasa isyarat Rayyan.

Aisyah mengangkat punggung dan berjalan ke arah Rayyan.

''Nah, ambik ni.'' Satu tray berisi nasi ayam dan dua gelas air minuman dihulur kepada Aisyah.

''Nasib baik sempat sambut,'' omel Aisyah. Melihat Rayyan yang hendak membuka mulut, terus dia berlalu dari situ. Malas dia nak tadah telinga.

''Ish, minah ni kan. Sengaja tak nak dengar aku bebel.'' Dia mengutuk Aisyah. Setibanya Rayyan di meja itu, semua orang diam dan menikmati makanan masing-masing.




Tangan kanan Aisyah memimpin tangan Adib dan sebelah tangan lagi menjinjit beberapa beg plastik berisi barangan yang dibeli tadi.

Sesampainya di tempat parking, dia memasukkan beg-beg itu ke dalam bonet kereta.

''Eh, ini Aisyah kan?'' Sapa seseorang dari arah belakang.

Dia mengangkat muka dan memandang lelaki itu. Macam kenal. Melihat gadis itu yang seperti terpinga-pinga dengan kehadirannya, Syafiq lantas memperkenalkan diri.

''Aku lah Syafiq. Kau Aisyah kan?'' balas Syafiq setelah melihat gadis itu seperti cuba mengingatinya.

''Syafiq? Syafiq 5 Geografi?'' tanya dia untuk meminta kepastian.

''Ya, akulah. Ingat lagi eh kau kat aku?" Syafiq berseloroh.

''Eh alamak sorry lah aku tak boleh lama ni. Aku kena teman mama aku beli barang kat atas. Kau bagi nombor phone boleh? Boleh kita jumpa lagi nanti,'' ujar Syafiq.

''Alamak, sorry Syafiq. Aku mana ada telefon bimbit. Tak apa lah kau pergi lah teman mama kau. In Shaa Allah ada masa nanti kita jumpa lagi,'' jawab Aisyah.

''Lah ye ke? Erm okey la kalau macam tu. Aku berharap sangat dapat jumpa kau lagi. Okey lah aku gerak dulu. Assalamualaikum.'' Usai memberi salam, Syafiq menghilangkan diri ke dalam mall.

''Alhamdulillah, kau dah makbulkan doa aku Ya Allah.'' Dia berharap akan ada pertemuan antara mereka lagi selepas ini.

Aisyah meboloskan diri ke dalam kereta.

''Kawan kamu ke tadi?'' tanya Tengku Aminah.

''Aah tengku. Kawan masa sekolah menengah,'' balas Aisyah sambil memakai tali pinggang keledar.

''Ouh,'' ujar Tengku Aminah sepatah.

Kereta Tengku Aminah dipandu menuju ke rumahnya.

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum