BAB 25

1.3K 99 30
                                    

Rayyan melangkah lesu ke dalam ruang pejabatnya. Macam-macam yang dipersoalkan di dalam mesyuarat tadi.

"Kenapa projek di Kota Bahru tak de sebarang perkembangan? Saya melantik kamu dan Tengku Syazwani bukan untuk goyang kaki. Ahli lembaga pengarah semua sibuk nak tahu pasal perkembangan projek kita kat sana." Soalan berbaur sindiran yang ditanya bagai peluru tadi masih terngiang-ngiang dalam kotak fikirannya.

Sejak Aisyah koma, hidupnya berantakan. Buat itu tak kena buat ini tak kena. Mata dipejam dan dia cuba mengusir semua yang berada di minda. Pesanan dari Aisyah kepada Adib beberapa hari sebelum kejadian kemalangan itu berlaku datang menerpa.

"Kalau kita tengah serabut dengan masalah kat dunia ni, berhenti sekejap daripada terus fikirkan masalah tu. Sedut nafas dan hembus perlahan-lahan. Lazimkan bibir ni untuk ucap kalimah suci LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNIKUNTU MINADZOLIMIN. Kalau masih rasa tak tenang jugak, ambik wuduk dan solat sunat dua rakaat. Mengadu pada Allah itu lebih baik." Nasihat Aisyah kepada Adib.

Rayyan cuba melakukan apa yang dipesan. Kemudian, dia melangkah keluar dan destinasinya ialah surau. Lagi 30 minit sebelum waktu rehat. Bolehlah dia menunaikan solat sunat dua rakaat dulu sebelum menunaikan solat Zohor.


Aisyah memandang pelik baju yang dipakai olehnya saat ini. Baju jubah putih serta tudung putih yang dikenakan pada tubuh dipandang. Dia berjalan perlahan tanpa arah tuju. Penat dia mencari jawapan di mana dia berada ketika ini.

"Aisyah." Panggilan dari arah hadapan mematikan langkah Aisyah. Raut wajah yang dirindui selama tiga tahun kini ada di depannya.

"Dian," gumamnya perlahan. Kaki mengorak langkah laju dan lantas dia memeluk tubuh itu.

"Ya Allah, rindunya aku dekat kau. Kau janganlah tinggalkan aku lagi." Aisyah merintih. Tubuh Dian dipeluk erat bagi melepaskan rindu yang menggunung.

"Aku pun rindukan kau. Kau nak ikut aku tak?" Pelukan dileraikan Dian.

"Nak." Aisyah menjawab persis anak kecil yang baru berjumpa dengan si ibu.

"Jom." Dian menarik lembut tangan Aisyah dan mereka berdua beredar dari situ. Tempat yang asing bagi Aisyah tapi tidak bagi sahabatnya Dian.

Mak Temah mengelap tangan Aisyah menggunakan tuala basah. Hari ini genap seminggu Aisyah ditahan di hospital. Tiada langsung tanda-tanda dia akan sedar.

"Ibu doakan semoga Aisyah cepat sembuh. Ibu tahu anak ibu ni kuat orangnya. Jangan risau pasal ibu. Ibu kat sini ramai yang tolong jagakan. Rehatlah sayang." Mak Temah bersembang dengan Aisyah seperti hari-hari sebelumnya. Itulah rutin harian jika dia menjaga Aisyah. Kadang-kadang dia ditemani si kecil Adib. Anak kecil itu dengan soalannya.

"Bila ummi nak bangun. Adib rindu sangat dengan ummi. Kenapa ummi tidur lama sangat nenek?" Tanya Adib polos. Kadang-kadang dia juga tidak mempunyai jawapan kepada soalan anak kecil itu.

Bila terpandang wajah Adib, terimbau  kenangan bersama suami tercinta semasa mereka bersama-sama menjaga Aisyah pada waktu kecik dahulu. Persis Adib. Bermacam-macam soalan yang ditanya sampai kadang-kadang dia pening mahu mengarang jawapan.

Lamunan terhenti tatkala mendengar orang memberi salam.

"Assalamualaikum." Salam diberi oleh Tengku Aminah. Di tangannya terdapat bekal makanan yang dibawa dari rumah.

"Waalaikumussalam." Mak Temah menjawab salam dan tangan dihulur untuk bersalaman dengan Tengku Aminah. Di belakangnya ada Adib yang sedang memegang beberapa patung dinasour. Minat betul dia dengan makhluk yang dah hidup beratus tahun dahulu.

Tengku Aminah membalas huluran dan wanita tua yang berada di depannya itu dipeluk dan pipi mereka berlanggar seperti rakan lama.

"Akak makan tak lagi? Saya ada bawakkan bekal ni." Tengku Aminah bersuara.

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang