BAB 15

1.3K 125 18
                                    

Malam itu, usai menunaikan solat Isyak, Aisyah merebahkan diri di atas katil. Hari ini, macam-macam yang berlaku dalam hidupnya.

Ting

Bunyi menandakan mesej whatsapp masuk ke dalam telefon bimbit pemberian Syafiq petang tadi.

Aku lupa nak bagitau kau satu hal lagi.

Aisyah berkerut. Hal apa pulak?

Hal apa weh?

Kau ni buat suspen aku je

Mesej dibalas. Tekun dia menanti Syafiq yang sedang typing. Harap-harapnya hal yang baik-baik lah.

Ting

Mesti kau cuak kan?

Hahahahahha

Lah itu je dia balas? Kurang asam punya Syafiq. Aku punyalah bersungguh tunggu dia typing alih-alih itu je yang dibalas.

Baik kau bagitau aku cepat

Kang tak pasal-pasal aku tarik balik statement aku untuk maafkan kau.

😌

Mesej dihantar.

Ala ugut pulak kau ni!🙄

Hari tu aku ada pergi rumah kau. Mak kau suruh aku pujuk kau untuk balik.

Balik lah wei

Aisyah tersentak. Berkali-kali jugak dia membaca mesej itu. Dia tak salah baca kan?

Kau biar betul?

Ibu dah tak marahkan aku ke? 😳

Syafiq membalas.

Entah

Tapi, aku rasa okey dah kot. Ibu mana je yang tak sayangkan anak kan ?

Aisyah mengeluh perlahan. Betul jugak apa yang Syafiq cakapkan tu. Dia pun dah lama sangat tak balik rumah. Rindu kepada si ibu yang nun jauh di sana sudah berbakul-bakul ditahan.

Kau nak aku teman kau balik kampung ke?😆😆

Mesej yang masuk menyentakkan lamunan Aisyah. Keningnya bertaut.

Dah kenapa kau nak teman aku?

Aku balik jumpa ibu aku je pun

Bukan orang lain

Syafiq membalas.

Well, manalah tahu ibu kau berkenan ke nak buat aku sebagai menantu?🤣

Hahahahaha

Aisyah tergelak perlahan sambil menggeleng kepala.

Banyak lah kau punya menantu

Bukan menantu, tapi hantu👻

Hahahaha

Ralit dia berbalas whatsapp dengan Syafiq sampai tak sedar jam sudah menginjak ke pukul 12 tengah malam.

Badan ditegakkan dan dibetulkan sedikit urat-urat yang sengal. Lama gila dia berwhatsapp sampai tak sedar dah tengah malam. Lantas kaki diatur keluar dan ingin memastikan semua tingkap dan pintu di dalam rumah itu berkunci. Adib pula mesti dah tidur dengan Tengku Aminah.



Jam 2 pagi Aisyah terbangun dari tidur. Dia terjaga kerana dahaga.

''Dah alang-alang bangun baik aku buat tahajjud terus,'' fikirnya. Lagipun, mesti ada sebab bila Allah kejutkan hambaNya waktu tengah sedap tidur kan? Lampu bilik dibuka dan dia menuju ke bilik air.

Usai menunaikan solat sunat tahajjud, dia bangun berdiri untuk menunaikan solat hajat pula. Doanya semoga ibu dapat memaafkan semua kesalahannya selama ini dan dapat menerima dirinya semula.

Belum sempat mengangkat takbir, dia terdengar seperti ada derap tapak kaki seseorang sedang berjalan. Dada mula berombak kencang. Nasihat dari Syafiq petang tadi kembali menerjah di minda. Tidak mahu bermain dengan perasaan sendiri, dia berlalu ke arah pintu bilik dan cuba mengintai jika ada kelibat yang cuba memecah masuk.

Sinaran bulan yang menombros masuk dari tingkap dapur memperlihatkan bayangan seseorang. Aisyah mengecilkan mata.

''Kau cari kat atas, aku cari kat bawah. Tapi, ingat. Kita cuma nak cari perempuan tu.'' Salah seorang dari lelaki itu berpesan kepada kawannya.

Kalau diikutkan bayang-bayang yang Aisyah nampak, kelihatannya seperti ada 2 orang lelaki yang cuba memecah masuk ke dalam rumah agam itu. Tidak menunggu lama, Aisyah masuk semula ke dalam bilik tidurnya dan mengunci pintu. Lantas telefon bimbit di tepi lampu tidur dicapai. Number dua di bahagian panggilan ditekan laju.

''Hello,'' suara serak Syafiq kedengaran.

''Hel...Hello, Syafiq. Weh, ak...aku rasa ada orang pecah masuk dalam rumah ni." Aisyah cuba memperlahankan suaranya sehabis mungkin. Bimbang orang di luar sana menyedari kelakuannya.

Spontan mata Syafiq terbuka luas. Dia terus terbangun dari tidur. Kantuknya juga seperti sudah hilang dek terkejut dengan khabar dari Aisyah. Nampaknya mereka memang nekad nakkan Aisyah.

''Kau duduk diam-diam kat situ. Cari apa-apa je yang boleh dijadikan senjata pelindung. Kejap lagi aku sampai.'' Talian terus dimatikan oleh Syafiq. Dia bergegas turun dari katil dan menukar seluar. Kunci kereta dicapai.

''Hello, polis.''

Aisyah menukar kain terlekung yang dipakai dan diganti dengan tudung sauk. Bibirnya dari tadi tidak berhenti mengucapkan kalimah suci. Sesekali diganti pula dengan doa pelindung diri dan ayat kursi. Pintu yang cuba dibuka dari luar menyentakkan Aisyah dan terus dia terbangun dari katil. Dia bersembunyi di belakang pintu. Tangan masih setia mengengam batang penyapu.

Klik

Pintu dibuka dari luar dan perlahan-lahan lelaki itu melangkah masuk. Dia merenggus geram tatkala melihat tiada sesiapa di atas katil di bilik itu. Cadar yang tidak cekang menandakan ada seseorang yang menghuni bilik itu dan dia yakin orang itu sudah menghidu kehadiran mereka.

''Aisyah. Where are youuu?'' suara dileretkan persis seorang psiko.

''Aku cuma nakkan kau je. Kalau kau ikut aku, aku janji takkan sakitkan kau. Hahahahah.'' Lelaki itu ketawa kuat. Sengaja dia berbuat demikian. Ingin menimbulkan rasa takut kepada penghuni di bilik itu.

Aisyah rasa ingin menangis. Seumur hidup, ini kali pertama dia berdepan dengan situasi cemas seperti ini. Peluh yang merecik di dahi dibiarkan. Dada dari tadi berdenyut laju.

''Chak! Gotcha.'' Pintu bilik ditarik kasar dan lelaki yang bertopeng itu sudah tersenyum senang.

Simple sangat. Tak ada adventure langsung. Aisyah sudah terkaku sendiri. Seluruh sendi dirasakan bagai tidak berfungsi. Lelaki yang bertopeng separuh itu diamatinya. Sepasang mata biru yang dimiliki oleh lelaki itu beserta satu senyuman sinis menghiasi wajah itu. Bagaikan tersedar dari merenung lelaki itu, dia menghayunkan penyapu yang digengam tadi ke arah lelaki itu. Tapi, dengan mudahnya ditepis oleh lelaki itu. Penyapu itu ditarik dan dilempar jauh.

''Wau, menarik. Aku suka kalau kau melawan. Barulah mencabar sikit,'' sinis nadanya dan kemudiannya ketawa. Lebih kuat dari tadi.

Aisyah menelan air liur.

''Hanya kepada-Mu aku berserah dan hanyalah kepada-Mu jualah aku memohon pertolongan.''

#nah hadiah kepada readers yang setia membaca 😘

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Where stories live. Discover now