BAB 9

1.3K 132 16
                                    

Rayyan melangkah masuk ke dalam Syarikat Bernama Holding Sdn. Bhd. Doanya semoga syarikat keluarganya mampu mendapatkan tender kali ini. Sebaik saja hendak menolak pintu utama, badannya dirempuh dari belakang. Fail dan barang-barang milik orang yang merempuhnya sudah selamat mendarat di atas lantai.

''Oh My God. I am so sorry,'' pinta wanita tu. Sudahlah dia hendak cepat, boleh pulak terlanggar orang. Habis fail yang dipegangnya jatuh berterabur.

''Its ok.'' Rayyan menjawab ringkas. Badan direndahkan seraya cuba menolong wanita itu mengutip kertas-kertas yang sudah terkeluar dari fail.

Semasa sedang menolong, dia ternampak perkataan proposal di hadapan salah satu kertas yang berterabur itu.

''You pun nak proposed kat company ni ke?'' Tanyanya sambil menghulurkan kertas itu kepada wanita tadi.

''Aah. Anyway thanks
sebab dah tolong I. Sorry, I got to go.'' Usai mengutip semua kertas, dia melarikan diri ke dalam. Sudahlah jam lupa dipakai, telefon bimbit pula habis bateri. Dia takut sudah terlewat. Kalau lewat maksudnya rugilah syarikat atuk nanti.

Rayyan hanya tergelak kecil. Macam lipas kudung dah dia tengok. Dia ketawa kecil dan turut melangkah masuk ke dalam. Terhibur dia dengan telatah wanita itu.





Semua yang berada di situ menanti dengan penuh debar keputusan dari pihak Syarikat Bernama Holding Sdn. Bhd. Projek ni saja sudah mencecah sepuluh juta ringgit. Untung bagi mana-mana syarikat yang terpilih untuk bekerjasama dengan mereka. Mereka sedang memilih syarikat yang terbaik untuk bekerjasama bagi membangunkan sebuah hotel di Kota Bahru.

''Setelah bermesyuarat, pihak kami sudah sebulat suara memilih Tengku Rayyan dari HR Holdings dan Tengku Syazwani dari Teguh Holdings untuk bekerjasama bagi menjayakan projek ini. Kami berharap kedua-dua pihak ini dapat memberikan kerjasama bagi memastikan projek yang bakal dilaksanakan ini dapat disiapkan mengikut tarikh yang sudah dipersetujui. Sekian terima kasih.'' Wakil yang bercakap bagi pihak syarikat itu turun dari pentas dan mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

Rata-rata pesaing yang hadir menepuk tangan sebagai ucapan tahniah.

''Wait a minute. Kalau I tak silap you yang kat depan tadi kan?'' tanya Wani.

''Yup. So, I am Tengku Rayyan. You can call me Rayyan. And you?'' Tangan dihulur untuk berjabat dengan Wani. Dia hanya menyambut mesra.

''My name is Tengku Syazwani. You can call me Wani.'' Muka dimaniskan tatkala memandang lelaki itu. ''Handsome,'' bisik hatinya.

''By the way, selamat bekerjasama. Hopefully, we can get along sepanjang projek ni disiapkan,'' tambah Rayyan.

''Hopefully. So, kiranya kita setaraf la kan?'' Nampaknya dia sudah tertarik dengan lelaki itu.

Pada pemerhatiannya, lelaki ini bukan sahaja kacak malahan juga gentleman. Lagipun, keluarganya memang sangat menitikberatkan pangkat dan darjat dalam perhubungan.

''Tak ada apa pun dengan pangkat tu Wani. Kalau tak ada apa-apa, I balik dulu. Nice to meet you,'' balas Rayyan senada.

''Nice to meet you, too." Senyuman manis menghiasi wajahnya. Nampak macam tak layan perempuan but its ok. Aku Tengku Syazwani la. Apa yang aku nak aku akan cuba untuk dapatkan. Just wait and see, Tengku Rayyan.'' Wani berkata dengan bangganya. Pelbagai cara akan dia gunakan untuk mendapatkan lelaki itu. Pasti.

#nmpaknya ada watak baru lagi...
#jangan lupa vote... Drop komen kalau ada yg perlu diperbaiki.
#terima kasih sudi baca 😘

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ