BAB 10

1.4K 134 7
                                    

Aisyah dan Adib berjalan beriringan turun menggunakan tangga. Hari ini, Tengku Aminah mengajaknya membeli barang-barang rumah.

''Dah siap?'' tanya Tengku Aminah yang sudah pun menunggu di ruang tamu.

''Dah Tengku,'' jawab Aisyah. Senyuman manis dikoyakkan buat Tengku Aminah.

''Yeay, tok ma bawak jalan-jalan. Tok ma, nantikan kita pergi kedai yang papa bawak haritu tau. Adib nak beli mainan,'' pinta Adib. Dalam fikirannya sudah terbayang mainan di dalam tangannya.

Aisyah hanya tersenyum dan menggeleng. Budak-budak dan mainan memang tak boleh dipisahkan, kan?

''Boleh sayang. Dah jom kita gerak. Nanti lewat susah nak cari parking,'' ajak Tengku Aminah.

Biasanya kalau hujung minggu macam ni memang mall dibanjiri dengan ramai manusia. Kebetulan pulak harini gaji kebanyakan pekerja masuk.

Kereta milik Tengku Aminah meluncur laju membelah jalan raya. Semasa sedang memandu, telefon bimbit milik Tengku Aminah berbunyi minta diangkat.

''Aisyah, tolong angkatkan phone saya. Ada dalam beg tu,'' ujarnya sambil mulutnya menjuih menunjukkan kedudukan beg tanganya.

Tangan Aisyah menyeluk masuk ke dalam beg itu dan mengambil telefon bimbit yang berbunyi. Tertera nama Rayyan dari panggilan masuk tersebut.

''Alamak, kenapa dia pulak yang telefon?'' gumamnya perlahan. Kening tak gatal digaru perlahan.

''Kenapa kamu tak angkat?'' soal Tengku Aminah. Pelik kerana telefonnya masih berbunyi.

''Bismillah...'' Dia membaca basmallah.

''Biasa hijau baikkan. So mesti nak angkat kol. Merah jahat so mesti reject kan?'' fikir dia sendiri. Jari tunjuk dilarikan di atas skrin tu. Telefon dilekapkan ke telinga kanan.

''Assalamualaikum.'' Aisyah memberi salam. Dia menanti jawapan dari sebelah sana.

''Waalaikumussalam. Kau Aisyah ke?'' tebak Rayyan. Mana pulak mama pergi sampai minah ni yang angkat phone. Ke dia dah curi phone ni?

''Hoi! Kau curi phone mama aku eh?'' suara tengkingan dari Rayyan membingitkan telinga. Automatik tangannya menjauhkan phone itu dari telinga.

''Siapa?'' tanya Tengku Aminah. Pelik dengan reaksi gadis itu yang menjauhkan telefon bimbit dari telinga.

''Tengku Rayyan,'' jawab Aisyah.

''Kamu bukak loud speaker. Rayyan ni pun satu. Masa macam ni la jugak dia nak kol,'' bebel Tengku Aminah.

''Hah sudah. Mana pulak aku nak tekan ni. Banyak button option yang terpapar di skrin. Kang salah tekan mengamuk pulak tengku singa tu.'' Dia bermonolog sendiri.

Tanpa sengaja, ibu jarinya jatuh dan menekan button bewarna merah. Klik. Panggilan dimatikan.

''Eh, apasal ni?'' Dia gelabah. Kalau dah buta IT tu, memang kelaut la jawabnya bila nak guna teknologi canggih macam ni. Mana dia pernah ada telefon bimbit.

Sekali lagi telefon itu minta diangkat. Suara selawat syifa alunan kumpulan nasyid terkenal, Hijjaz bergema lagi.

Tengku Aminah ketawa perlahan. Agaknya Aisyah tak tahu guna telefon miliknya. Butang hijau yang sama seperti tadi dilarikan menggunakan jari.

''Adib, tolong Kak Aisyah tekan loudspeaker kejap.'' Tengku Aminah meminta tolong Adib yang bermain dengan patung dinasournya di belakang.

''Baik tok ma,'' jawab Adib. Badan didekatkan dengan Aisyah yang berada di sebelah bahagian pemandu.

''Hoi, apasal kau tutup? Kau curi phone mama kan? Aku dah agak dah kau ni ada niat jahat. Eiii geramnya aku dengan kau ni.'' Panjang lebar Rayyan membebel dan ditambah juga dengan menuduh. Memang tak ada kerja lain agaknya.

''Ehem...'' Tengku Aminah berdehem.

''Kamu dah kenapa Rayyan? Asyik nak marah je memanjang. Kenapa pulak Aisyah nak curi phone mama?'' bebel Tengku Aminah.

''Manalah Rayyan tahu mama ada sekali. Rayyan nak bagitau yang Rayyan balik rumah hari ni. Lepas zohor nanti Rayyan balik. Ma tolong suruh Adib bersiap. Rayyan ingatkan nak bawak dia jalan-jalan kat mall. Nak belikan dia mainan sekali.'' Rayyan menyuarakan rancangannya. Rindunya dengan Adib.

''Yeay, sayang papa.'' Adib yang berada di bahagian belakang kereta sudah menjerit kesukaan.

''Tak payah. Mama memang dah on the way bawak Adib dengan Aisyah pergi mall. Kamu balik makan kat rumah ke? Mama ingatkan nak bawak Aisyah dengan Adib makan dekat food court je. Kesian Aisyah nak balik masak. Penat dia nanti.''

"Ala," keluh Adib. Muncung ditarik. Kalau bab belikan mainan Rayyan tak berkira sangat. Apa sahaja yang dia hajati, pasti dibelinya. Kalau tok ma, mesti cari yang murah-murah je.

Aisyah hanya setia mendengar. Boleh je kalau lepas balik terus masak. Tak de lah penat sangat kalau shopping. Melainkan satu mall tu mereka pusing. Mahu tercabutnya kaki.

''Ala mama ni. Suka sangat manjakan dia. Bukannya dia yang drive pun,'' rungut Rayyan.

''Kan dah cakap. Memang tak lah si bapak singa tu nak lepaskan aku,'' desis hati Aisyah.

''Dah tak payah nak banyak songeh. Kamu datang lunch dengan kami je lah senang. Lagipun, hari ni kan weekend. Kerja tu kalau dikejar sampai bila pun tak habis Rayyan. Datang awal sikit. Kita lunch sekali,'' putus Tengku Aminah.

''Dah mama tutup dulu. Mama tengah memandu ni. Jumpa kat sana,'' sambung Tengku Aminah.

Rayyan memandang skrin yang sudah gelap.

''Mama kalau dah guna kuasa veto dia, tak de sapa boleh lawan,'' rungut Rayyan.

Tak sabar nak share berita gembira dengan mama. Mesti mama happy. Kunci kereta di atas meja diambil dan dia melangkah keluar dari pejabatnya.

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora