BAB 34 [TAMAT]

2K 98 46
                                    

Rayyan hanya menghadiahkan satu senyuman hambar kepada Haidar. Lantas kepalanya ligat berfikir untuk mencari topik lain untuk mengelak daripada menjawab soalan Haidar.

"Bahagia kau dah ada depan mata. Jangan terlalu terpengaruh dengan cakap orang. Aku tak nak kau sia-siakan dia disebabkan kau cemburu," pesan Haidar sambil menepuk bahu Rayyan lembut. Dia tidak mahu Rayyan terlalu memikirkan apa yang pernah dicakapkan oleh Wani dahulu.

Haidar menggeleng kepala dengan reaksi kaku Rayyan. Langsung tidak beriak tapi dia tahu apa yang sedang difikirkan oleh lelaki itu.

"Kau pula macam mana? Lepas kahwin dengan Alisa, tak berenggang eh korang berdua?" usik Rayyan kepada Haidar cuba mengusir rasa kekok yang mulai bertandang. Terus dia lari topik.

"Aku? Happy gila bro. Tak sangka betul aku waktu aku melamar dia haritu, dia boleh pulak terus bagi jawapan. Mati-mati aku ingat kena reject," seloroh Haidar. Mereka ketawa bersama-sama.

"Alhamdulillah, aku tumpang gembira untuk kau. So lepas ni, masih nak teruskan kerja undercover tu ke?"

"Tak nak lah aku. Aku sekarang ni dalam proses nak dapatkan pinjaman bank untuk mulakan bisnes. Lagipun, aku risau dengan keselamatan bini aku," jawab Haidar yakin. Misi menyelamatkan Aisyah merupakan misi terakhir yang dia jalankan sebagai pekerja di syarikat bapa saudara Rayyan.

"Elok lah kalau kau fikir macam tu. Eh, aku naik dulu lah. Nak solat zohor kejap. Kau pergilah temankan Alisa makan," ujar Rayyan untuk meminta diri. Jam di tangan sudah menunjukkan jam 2.30 petang. Penat memandu dari Kuala Lumpur ke rumah ibu Aisyah untuk menghadiri kenduri arwah dia letak ke tepi lantaran tanggungjawab sebagai seorang hamba masih belum dijalankan. Dia membuat keputusan untuk tidak singgah di mana-mana R&R kerana ingin cepat sampai.

"Ye lah," balas Haidar pendek.

Langkah dituju ke khemah yang menyediakan makanan untuk tetamu. Usai mengambil nasi dan lauk untuk Alisa, dia mengambil pula cawan untuk permaisuri hati. Air Oren yang disediakan untuk tetamu yang hadir dipandang lama dan dia tergelak kecil. Disebabkan peristiwa itu, dia mula suka melihat wajah cemberut Alisa. Nampak comel sangat. Ada ke patut Alisa kenakan dia dengan menyediakan air minuman yang diletakkan garam? Alisa, Alisa...

"Amboi, senyum sampai telinga," tegur Alisa apabila memandang wajah Haidar yang sedang tersenyum seorang diri.

"Eh siapa suruh sayang bangun? Kan abang dah cakap tunggu situ. Tengah isi air ni ha," ujar Haidar sambil mengangkat gelas di tangan. Degil betul Alisa ni.

"Ala abang lambat sangat. Manalah tahu ada tersangkut dengan mana-mana gadis kampung ke," perli Alisa selamba.

Dari tadi dia ternampak ada dua tiga perempuan yang memandang suaminya sambil tersenyum penuh makna. Ada hati nak kacau suaminya. Langkah mayat aku dulu.

"Apa pula cakap macam tu. Dah jom pergi makan. Abang lapar dah ni," ajak Haidar.

Disebabkan mereka tersalah masukkan alamat pada waze, kereta yang dipandu tersilap masuk ke kampung lain. Kebetulan pula kampung yang dituju itu turut mengadakan kenduri cuma bezanya ialah kenduri kahwin manakala ini pula ialah kenduri arwah. Nasib baik Aisyah sempat menghubungi mereka.

"Eh tak makan lagi?" tanya Aisyah kepada pasangan itu.

"Belum. Tunggu encik suami ambil makanan punyalah lama," jawab Alisa sambil menjeling Haidar.

"Mana ada lama. Abang sembang dengan Rayyan tadi. Itu yang lambat, Ala yang sorry lah," ucap Haidar sambil mengerdipkan matanya berkali-kali.

Nasib baik tangannya penuh dengan pinggan dan gelas. Kalau tak mesti dia dah cantumkan kedua-dua belah tangan supaya nampak lebih ikhlas.

"Eh Rayyan dah sampai? Tak perasan pula. Dia pergi mana?" soal Aisyah sambil memandang ke arah Haidar.

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Where stories live. Discover now