BAB 5

1.4K 152 34
                                    

Puas hatinya memandang figura yang asyik menunduk itu. "So, I assume that you don't have any answer yet.'' bidas Tengku Rayyan. Dilihatnya Aisyah masih lagi diam dan berada dalam dunianya.

''Next week, syarikat kami akan hubungi orang yang paling layak untuk pegang jawatan ni. You may dismiss and good job.'' Senyuman manis diberikan kepada dua orang yang berada di depannya. Dia hanya membiarkan wajah yang menunduk itu.

''You deserves it, Aisyah,'' bisik satu suara jahat di pendengarannya.

Setelah kedua-dua calon interview itu keluar, dia juga menapak keluar. Tak kuasa hendak melayan figura yang masih menunduk itu. Bunyi pintu yang tertutup menyentakkan Aisyah yang sedang menunduk. Dia bagaikan baru keluar dari dunianya. Air mata yang mengalir di pipi dibiarkan sepi.

''Kuatkan aku, Ya Allah,'' adunya kepada Yang Maha Esa. Sudahlah berjam-jam dia tunggu di syarikat ini untuk ditemu duga. Perut yang berkeroncong tanda lapar membuatkan dia melangkah keluar. Tidak betah hendak berlama di syarikat itu. Mungkin bukan rezekinya hendak bekerja di situ. Lantas kakinya diatur keluar.

Dalam pukul 5 petang, Aisyah sampai di rumah agam itu. Kereta Audi yang berwarna biru laut itu menunjukkan kehadiran Rayyan di situ.

Dia mengeluh lagi. ''Kuatkan Aku Ya Allah.'' Risau jika air mata akan jatuh di depan lelaki itu.

Saat kaki melangkah masuk ke dalam, dia ternampak Tengku Aminah sekeluarga sedang menikmati minum petang. Tak dilupakan juga Mak Mah dan Pak Mat yang turut serta.

''Eh, Aisyah... dah balik pun. Meh minum petang sekali,'' ajak Tengku Aminah.

''Tak apa lah tengku. Tengku sekeluarga makanlah. Saya dah makan kat luar tadi. Saya nak solat asar kejap. Saya naik dulu," jawabnya memberikan alasan. Wajah yang muram cuba diloretkan dengan senyuman.

''Maafkan aku, Ya Allah.'' Dia terpaksa menipu.

Sudahlah hari ini dia dikerjakan cukup-cukup oleh Tengku Rayyan. Sebelum menutup pintu bilik, dia terdengar suara seseorang ketawa berdekah. "Happy betul dia. Seronok agaknya dapat kenakan aku," getus hatinya.

Keesokkan harinya, 

Semasa sedang menemani Adib mewarna, Aisyah ternampak kelibat Mak Mah dan Pak Mat yang sedang mengangkut beg-beg masuk ke dalam bonet kereta milik mereka.

''Pak Mat dan Mak Mah nak ke mana?'' ujarnya pelik. Pantas kaki diatur ke arah mereka.

''Dah siap semua ke?'' tanya Tengku Aminah dari dalam.

''Dah tengku. Saya nak ucapkan terima kasih dekat tengku sekeluarga sebab selama kami bekerja di sini macam-macam tengku dah tolong kami. Anak saya yang sulung pun dah ada kerjaya sendiri. Kami sekeluarga terhutang budi sangat dengan tengku. Hanya Allah yang dapat membalasnya.'' Pak Mat bersuara.

Di sisinya kelihatan Mak Mah yang mengelap air mata yang mengalir di pipi tuanya. Aisyah yang baru tiba di situ hanya terpingga-pingga. Ada apa-apa yang dia terlepas ke?

''Pak Mat dan Mak Mah nak ke mana?'' tanya Aisyah kebingungan.

''Aisyah, tolong jagakan tengku untuk kami tau. Minggu depan kami dapat peluang ke Mekah untuk menunaikan umrah,'' jawab Mak Mah sambil memeluk Aisyah.

Aisyah yang mendengar jawapan mengalirkan air mata. Sepanjang dua tiga hari dia tinggal di sini orang yang paling ambil berat tentang dirinya melainkan Tengku ialah pasangan suami isteri ini.

''Dah, jangan menangis. Pak Mat dengan Mak Mah bukan duduk sana terus pun. Nanti kami dah sampai Malaysia jemput datang ke rumah. Ajak tengku dengan Adib sekali tau,'' seloroh Pak Mat. Mak Mah sudah menangis teresak-esak di dalam pelukan Aisyah.

''Pak Mat dengan Mak Mah pun janji akan jaga diri elok-elok tau. Nanti dah balik Malaysia jangan lupa bagitau,'' pesan Aisyah sambil menyapu air mata.

''Baiklah. Kamu pun jaga diri elok-elok. Jangan bagi muka sangat dekat orang. Nanti mereka boleh pijak kepala kita. Kesannya nanti diri sendirilah yang sakit,'' pesan Mak Mah.

Hanya anggukan yang diterima. Mata ni pun dah start nak keluarkan air mata balik. Ishh...Dia memang tak boleh tengok orang menangis. Lemah.

Belum sempat Pak Mat memandu keluar dari rumah itu, kereta Tengku Rayyan terlebih dahulu menghalang laluan keluar. Dia keluar dan terus menerpa ke arah Pak Mat yang keluar dari bahagian pemandu.

''Tak sabar betul Pak Mat nak tinggalkan rumah ni kan?'' Rayyan bersuara tatkala dirinya sudah selamat berada dalam pelukan Pak Mat.

''Apa pulak cakap macam tu. Dah kamu lambat sangat.'' Pak Mat bersuara sambil menepuk lembut belakang badan Tengku Rayyan.

Mah Mah yang berada tidak jauh dari mereka menapa mendekati Rayyan. Rayyan terus memeluk Mak Mah. Tak salah sebab Mak Mah ialah ibu susuannya.

''Mak ni nak tinggalkan Ayyan ke?'' tanya Rayyan sedih.

''Aduh.'' Dia mengaduh kecil tatkala merasa lengannya dikepit.

''Kamu tu yang lambat, nasib baik kami tak pergi lagi.'' Mak Mah membela diri.

Aisyah hanya tersenyum. Dia seperti ternampak sisi lain Tengku Rayyan. Pandai pulak dia melawak dengan orang yang lebih tua daripadanya.  Tanpa sedar bibirnya tersenyum.

#jangan lupa vote dan komen..

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Where stories live. Discover now