BAB 2

1.8K 181 37
                                    

Pak Mat melangkah keluar dari kereta. Pintu di sebelah penumpang belakang dibuka oleh Pak Mat. Aisyah hanya mengikut keluar. Rumah banglo mewah yang tersergam indah di depannya dipandang dengan penuh teruja.

''Cantik," gumamnya perlahan.

''Mak Mah, tolong tunjukkan budak ni bilik tetamu. Saya nak naik atas rehat jap,'' arah Tengku Aminah.

''Baik, Tengku. Mari Mak Mah tunjukkan bilik,'' ujar Mak Mah. Aisyah hanya menurut sambil membawa beg pakaiannya.

''Tok ma''. Suara jeritan yang didengar dari arah tangga membuatkan dia tersenyum.

''Comel,'' getus hatinya.

''Adib," seru Tengku Aminah kepada budak kecil itu. Tangan didepa dan badan Tengku Aminah dipeluk laju oleh budak berumur 5 tahun itu. Tengku Adib Sufian. Cucu tunggal dalam keluarga ini.

''Rindu betol tok ma dengan Adib tau,'' luah Tengku Aminah.

''Adib pon rindu tok ma. Tok ma jangan la pergi lama-lama. Adib bosan la sorang-sorang,'' balas Adib seakan berjauh hati.

''Ala tok ma pergi kerja la sayang,'' jawab Tengku Aminah sambil mengusap lembut rambut Adib.

Aisyah melambaikan tangannya ke arah Adib tatkala wajah itu memandangnya. Adib membalas dengan lambaian. Senyuman dipamerkan dan menampakkan barisan gigi putih yang dijaga dengan cantik.

''Tok ma, siapa tu?'' bisik Adib di telinga Tengku Aminah apabila matanya menangkap figura Aisyah yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka.

''Itu Kak Aisyah. Dah la tok ma naik bilik dulu. Nak rehat. Adib jangan nakal-nakal tau,'' pesannya kepada Adib. Risau pula dia kalau Aisyah tidak selesa nanti. Tengku Aminah menapak ke arah tangga dan mendaki naik ke atas. Penat menghadiri meeting tadi tak hilang lagi. Dia hanya sempat berborak ringkas dengan gadis itu dalam kereta tadi.

''Jom Aisyah Mak Mah tunjukkan bilik tetamu,'' ajak Mak Mah.

Aisyah hanya menurut. Kaki dihayun mengikuti langkah Mak Mah yang naik ke tingkat 2 dari belakang.

''Haa ni bilik tetamu untuk Aisyah. Rehat lah dulu. Mak Mah nak turun sediakan makan malam. Telekung, sejadah dengan tuala semua ada dalam almari tu,'' beritahu Mak Mah.

Dia hanya mengangguk.

''Terima kasih, Mak Mah,'' ucap Aisyah disertakan dengan satu senyuman manis.

''Eh, Adib buat apa terhendap-hendap kat sini? Nak kawan dengan Kak Aisyah eh?'' sakat Mak Mah kepada Adib.

Adib hanya tersenyum dan mengangguk. Ala kantoi dah.

Aisyah hanya tersenyum. ''Adib, meh sini,'' panggil Aisyah. Tangan digamit memanggil Adib datang kepadanya.

Adib hanya menurut. Dah la comel. Haih la. Mesti mak ayah dia pun hensem dan cantik. Adib memandangnya malu-malu. Dia tersenyum melihat anak kecil itu. Sebelum menunggu Maghrib masuk sempat dia berborak dengan Adib. Anak kecil itu memang banyak mulut. Seronok dia berceloteh bila ada orang yang melayan. Tapi, Aisyah suka. Sekurang-kurangnya dia tidaklah merasa segan di rumah ini.


Usai makan malam, Tengku Aminah mengajak Aisyah ke ruang tamu. Ada perkara yang hendak ditanyakan kepada gadis itu.

''Sebenarnya, Aisyah ni bawak beg besar nak ke mana? Nak cari kerja ke?'' tanya Tengku Aminah memulakan bicara.

Liur diteguk. Dia takut sekiranya figura di depannya ini menghalaunya keluar dari sini setelah dia menceritakan hal yang sebenar. Tapi, dia bertindak menceritakan hal yang sebenar kepada Tengku Aminah. Tengku Aminah nampaknya sedikit terkejut dengan pengakuan gadis itu. Siapa sangka seraut wajah ayu di depannya ini memiliki masa lalu yang cukup tragis.

''Kalau tengku nak saya keluar dari sini pon boleh tapi saya mintak tolong sangat tolong jangan halau saya dari rumah ni malam ni. Saya janji esok awal pagi lagi saya akan keluar,'' rayu Aisyah. Mana dia mahu pergi jika dihalau pada waktu begini. Dia bukan tahu selok belok jalan di tempat ini.

''Saya tak sekejam yang kamu sangkakan Aisyah. Mungkin kamu pernah duduk kat dalam tu tapi saya yakin yang kamu dah berubah. Manusia boleh berubah kan? Jangan bimbang. Duduklah di rumah ni selama yang kamu nak,'' tutur Tengku Aminah. Masakan dia tergamak mahu menghalau gadis itu. Lagipun dia sedang dilanda kesusahan.

''Ya Allah, terima kasih tengku. Hanya Allah ja yang mampu membalas semua jasa baik tengku. Terima kasih sangat-sangat.'' ucap Aisyah terharu.  Air mata bahagia yang mengalir disapu perlahan. Sejak keluar dari tempat itu di memang mudah menangis. Terharu dengan jasa baik tengku di depannya yang sanggup membantu dia walaupun mereka tak saling mengenali.

''Terima kasih Ya Allah.''




Pagi itu dia turun ke dapur setelah solat subuh. Hendak menolong apa-apa yang patut. Lagipun dia hanya menumpang di rumah ini. Segan pulak hendak duduk bergoyang kaki.

''Selamat pagi, Mak Mah. Ada apa-apa yang boleh saya bantu tak?'' tanya Aisyah. Dia menyapa Mak Mah yang nampaknya sedang kelam kabut menyediakan sarapan untuk seisi rumah itu.

''Haishh kamu ni Aisyah. Terkejut Mak Mah tau," seloroh Mak Mah. Dada diurut perlahan untuk mengurangkan rasa terkejut tadi. 

''Lah Mak Mah terkejut ke? Maafkan Aisyah. Ada apa-apa tak yang Aisyah boleh tolong?'', ulangnya lagi. Dia mempelawa dirinya untuk menolong.

''Kalau Aisyah nak tolong, ermmm..." ayatnya tergantung di situ sambil matanya memandang ke arah meja.

"Tolong kupaskan telur dan potong timun boleh? Mak Mah nak masak sambal untuk nasi lemak,'' sambung Mak Mah.

''Boleh Mak Mah,'' jawab Aisyah. Tangannya ligat mengupas kulit telur dan meletakkan ke dalam bekas di depannya. Timun yang telah dibasuh diambil dan dipotong menggunakan pisau. Setelah siap, dia berjalan ke arah Mak Mah yang sedang sibuk mengacau sambal di dalam kuali.

''Dah siap ke?'' tanya Mak Mah. Aisyah mengangguk dan tersenyum.

''Mak Mah nak minta tolong kamu gorengkan ikan bilis jugak boleh? Terlupa pulak tadi nak goreng dulu,'' pinta Mak Mah.

''Boleh. Nak goreng semua ke ikan bilis ni?'' tanyanya setelah melihat ada sebekas ikan bilis yang terletak di atas meja di ruang dapur itu.

''Haah. Goreng semua tu. Mak Mah dah basuh dah tadi. Tinggal nak goreng aje,'' terang Mak Mah.

''Okey Mak Mah.''

Ikan bilis di atas meja diambil dan dimasukkan ke dalam kuali setelah minyak panas. Mak Mah hanya memerhati. Gadis itu langsung tidak kekok melakukan kerja dapur. Bertuah ibu bapanya mendapat anak seperti gadis itu.

''Nanti kalau dah siap kamu letakkan dalam pinggan ni dan bawak ke meja depan eh. Mak Mah nak susun makanan kat meja jap,'' pesan Mak Mah.

''Baik Mak Mah,'' jawab Aisyah menurut arahan.

Tangan ligat mengacau ikan bilis yang digoreng di dalam kuali. Tiba-tiba dia teringat pada ibu. Ibu pun suka kalau buat nasi lemak, ikan bilis akan digoreng dulu dan diasingkan dari sambal. Apa khabar ibu di kampung? Dah makan ke belum? Adakah ibu juga sedang memikirkan dia sama seperti dia teringat akan ibu?

''Eh Aisyah dah bangun? Kenapa Aisyah sediakan sarapan? Aisyah kan tetamu kat rumah ni,'' bebel Tengku Aminah saat terpandang gadis itu sedang menyusun makanan di atas meja.

''Saya tolong sikit ja tengku. Mak Mah bagi kerja ringan-ringan je,'' jelas Aisyah. Dah la dia cuma menumpang di rumah ini. Takkan nak duduk saja goyang kaki.

''Dah jom kita makan sekali. Mak Mah pergi panggil Pak Mat. Adib tak bangun lagi. Nanti saya suruh dia sarapan dengan Rayyan je,'' arah Tengku Aminah.

''Baik tengku,'' jawab Mak Mah. Kaki melangkah ke luar rumah. Suaminya dipanggil untuk makan sarapan bersama.

Guys, tq sesangat sebab sudi baca wattpad kami(gelaran diri) yg tak seberapa ni. Kami baru ja try nak berjinak-jinak dalam ni. Kalau ada pendapat, boleh share di ruang komen. Tq...

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Where stories live. Discover now