BAB 8

1.4K 147 11
                                    

''Tengku, Aisyah ada benda nak bincangkan dengan tengku. Boleh Aisyah bercakap dengan Tengku sekejap?'' pinta Aisyah selepas menghidangkan minuman petang kepada keluarga itu.

Tengku Aminah sedang ralit memerhatikan telatah Adib yang sedang bermain dengan permainannya. Rayyan pula dah balik ke apartmentnya semalam.

''Ada apa yang Aisyah nak bincangkan dengan saya?'' ujar Tengku Aminah sambil meletakkan majalah yang dibaca tadi di tepi minuman buatan Aisyah.

''Erm kalau tengku tak keberatan, Aisyah nak mintak izin tengku untuk bekerja kat sini boleh?'' Pertanyaan dari Aisyah menarik perhatian Tengku Aminah.

''Tapi, Aisyah. Kamu kan muda lagi. Kamu boleh bekerja mengikut apa yang kamu minat ataupun kamu boleh juga sambung belajar. Sekurang-kurangnya kamu boleh kejar semula cita-cita yang kamu impikan,'' jelas Tengku Aminah.

Perjalanan gadis itu masih jauh. Masakan dia nak suruh gadis itu bekerja sebagai orang gaji dalam rumah itu. Pertemuaan awal antara mereka telah menjadikan dia jatuh sayang pada Aisyah. Lagipun, dia dah anggap Aisyah tu macam anak dia sendiri.

''Tengku, bagi Aisyah cita-cita untuk bekerja dalam bidang yang Aisyah impikan dah tak penting. Sekarang ni, kalau boleh Aisyah nak kumpul duit dan Aisyah nak pujuk ibu. Kalau dah cukup duit nanti, Aisyah teringin nak bawak ibu pergi umrah. Aisyah nak sangat bahagiakan ibu. Buat masa sekarang ni biarlah Aisyah ketepikan dulu cita-cita Aisyah tu.'' Dia cuba menjelaskan apa yang terbuku di hati.

Dia cuma mahu ibu menerima dirinya semula. Kalau nak sambung belajar, mesti akan guna duit. Takkan nak suruh ibu yang menyara kehidupannya.

''Masya Allah. Saya kagum dengan niat baik kamu tu Aisyah. Tapi, betul ke keputusan kamu nak bekerja di rumah saya ni? Mana la tahu kamu masih boleh dapat peluang yang lebih baik kat luar sana tu.'' Tengku Aminah cuba memujuk. Sayang sekali jika gadis itu mensia-siakan masa remajanya.

Dia tahu yang Rayyan memang tak kan ambil Aisyah untuk berkerja di syarikat mereka. Alasannya, ada yang lebih layak untuk bekerja di situ. Dan, dia hanya akur. Sebab dia risau jika dia terlalu mendesak, kesannya akan dirasai oleh Aisyah nanti.

''Tengku jangan bimbang. Aisyah dah fikir masak-masak. Kalau Aisyah kerja kat sini, bolehlah Aisyah tengok-tengokkan tengku dengan Adib. Mak Mah dah pesan kan haritu. Lagipun, Aisyah dah banyak terhutang budi dengan Tengku. Tengku anggaplah apa yang Aisyah buat selepas ini untuk membalas semula budi baik Tengku selama ini.'' Aisyah memujuk lagi.

''Kalau kamu dah cakap macam tu, baiklah saya hormati keputusan kamu. Tapi, izinkan saya untuk bayar setiap penat lelah kamu membersihkan rumah saya ni. Kalau kamu sudi, saya nak mintak tolong jagakan Adib jugak. Tolong ajarkan juga Adib pasal agama. Saya berharap Adib dapat membesar dengan mengenali Islam. Pasal bayaran, kamu jangan risau. Saya akan bayar lebih.'' Tengku Aminah meminta tolong dari Aisyah.

Dia yakin Aisyah merupakan orang yang boleh mendidik Adib. Nak diharapkan Rayyan, entah bila. Asyik sibuk dengan kerja memanjang sampai terlupa bahawa dia yang bertanggungjawab mencorakkan masa depan Adib ke arah yang lebih baik.

''Tengku jangan bimbang. Saya dah anggap Adib tu macam anak saya sendiri. Pasal bayaran tu saya tak kisah pun berapa yang Tengku nak bayar. Tapi kalau Tengku tak kisah boleh saya tanya satu soalan?'' pinta Aisyah. Bukan dia nak menyibuk tapi hanya sekadar mahu bertanya.

''Tanyalah.'' Tengku Aminah memberi kebenaran kepada Aisyah untuk bertanyakan soalan.

''Adib dah berumur 6 tahun kan? Kenapa dia tak ke tadika?'' Biasanya budak-budak kalau 5 dan 6 tahun dah masuk tadika kan.

''Sebenarnya, dulu masa dia tinggal dengan Rayyan, memang dia pernah masuk ke sekolah tadika. Tapi, seminggu selepas tu dia menangis tak nak pergi tadika. Puas kami semua pujuk tapi dia tak nak. Pernah sekali, Rayyan malas nak ikutkan sangat kerenah dia tu, Rayyan tinggalkan je Adib di tadika. Entah macam mana, Adib boleh keluar dari tadika tu dan dia hampir saja kemalangan. Mujurlah kenderaan tu sempat brek. Selepas tu, saya dah tak yakin untuk hantar dia ke tadika. Saya tak nak perkara yang sama berulang lagi Aisyah. Adib tu lah satu-satunya cucu yang saya ada. Penyambung kepada keturunan saya ni,'' panjang lebar Tengku Aminah menceritakan semula kejadian yang pernah berlaku.

Air mata mengalir di pipi diseka dengan tangan tuanya. Sebak pula bila teringat akan kisah itu. Aisyah yang melihat itu berasa serbasalah.

''Tengku, maafkan Aisyah. Aisyah tak sepatutnya tanya soalan macam tu,'' pujuknya sambil menunduk memandang jari. Tak pasal-pasal Tengku Aminah berasa sedih kerana terpaksa membuka semula kisah lama.

''Saya tak kisah pun Aisyah. Lagipun masa tu Adib baru berumur 5 tahun. Dah setahun pun perkara tu berlaku. Alhamdulillah Allah masih berikan saya peluang untuk melihat dia membesar di depan mata saya. Dan, saya yakin Allah hadirkan kamu ke dalam keluarga saya ni bukannya hanya suatu kebetulan. Saya yakin kamu mampu bimbing Adib. Saya percayakan kamu Aisyah,'' balas Tengku Aminah. Begitu besar harapan yang wanita itu letakkan kepada Aisyah.

''Moga aku mampu pikul amanah yang besar ini, Ya Allah.'' Doanya dalam hati.

''Tok ma, kenapa menangis ni?'' Adib yang baru saja selesai bermain pelik melihat tok manya yang sedang mengelap air mata.

Aisyah memandang wajah kanak-kanak itu yang sudah bertakung dengan air mata. Satu perkara yang baru dia tahu tentang Adib ialah dia tak boleh melihat orang yang dia sayang menangis. Nanti mulalah dia mata dia pun berair. Pintar betul Adib. Beruntung Tengku Aminah mempunyai cucu seperti Adib.

''Tok ma tak nangis lah sayang. Mata tok ma masuk habuk.'' Tengku Aminah ketawa kecil di hujung ayat.

''Tok ma jangan lah sedih-sedih. Nanti Adib pun sedih jugak. Adib sayangkan tok ma,'' ucap anak kecil itu seraya memeluk tubuh tok manya.

''Ya Allah, budak sekecil ini juga mampu memahami apa yang dirasai oleh orang kesayangannya. Kau berikanlah kebahagiaan buat keluarga ini dunia dan akhirat. Aminn.'' Dia mengaminkan doa yang dipanjatkan kepada Ilahi.

#selamat membaca... Maaflah kalau hambar... Huhu

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Where stories live. Discover now