BAB 31

1.3K 92 16
                                    

Alisa membawa masuk dua palstik karipap daging yang telah dipaket ke dalam saiz yang kecil yang dibeli tadi ke dalam rumah. Kecur air liur dibuatnya.

"Apa benda yang kamu pegang tu Alisa?" soal Mak Temah sambil matanya memandang ke arah plastik makanan yang dipegang oleh Alisa.

"Karipap daging. Bau dia...fuhh mengancam. Mak cik duduklah dulu. Saya naik atas kejap nak panggil Aisyah turun makan sekali," jawab Alisa. Belum sempat Alisa melangkah pergi, Mak Temah sudah menghalang terlebih dahulu.

"Eh tak payah. Aisyah tak boleh makan daging. Dia alergik dengan daging," maklum Mak Temah.

"Ouh ye ke? Saya tak tahu lah pula. Kalau dia tersalah makan, apa jadi mak cik?" celah Alisa sambil meletakkan karipap daging tadi ke dalam pinggan.

"Badan dia nanti mulalah naik tompok-tompok merah. Kadang-kadang sampai penuh satu badan. Pernah juga dulu dia ada tersilap makan daging waktu dia belajar di sekolah menengah. Balik dari sekolah, dia mengadu susah nak bernafas. Badan dia masa itu penuh dengan tompok-tompok merah. Lepas mak cik bawa di ke klinik, doktor yang rawat dia bagitau yang Aisyah sebenarnya ada alergik dengan daging," jelas Mak Temah. Rasanya kalau waktu itu dia tidak membawa Aisyah ke klinik, sampai ke hari ini dia takkan tahu yang Aisyah alergik dengan daging.






Aisyah merenung perbualan di aplikasi whatsapp. Last seen Syafiq ialah dua hari lepas.

Hati-hati

Hanya itu sahaja ayat yang dihantar kepadanya. Sudah berpuluh kali dia cuba menghubungi Syafiq namun semuanya tidak dijawab. Risau. Hanya perkataan itu yang dapat mengambarkan perasaannya ketika ini. Dia takut andai apa yang berada di fikirannya benar-benar terjadi. Syafiq ada pada waktu kejadian tiga tahun lepas dan ada kemungkinan Wani akan berbuat sesuatu kepada Syafiq sama seperti apa yang dia alami.

Ting

Bunyi mesej yang masuk menghentikan lamunan Aisyah. Matanya bersinar tatkala melihat ada satu mesej yang masuk dan dihantar oleh Syafiq.

Malam ni aku datang rumah kau

Jangan keluar pergi mana-mana

Pesanan dari Syafiq dia baca. Biasanya Syafiq takkan hantar mesej yang serius macam ni. Tangannya ligat menaip sesuatu.

Kenapa?

Kalau aku keluar juga kau nak buat apa?

Mesej berbaur usikan itu hanya bertanda bluetick tapi tidak dibalas. "Agaknya dia sibuk kot. Tunggu je lah malam ni. Mungkin ada hal mustahak yang dia nak bagitau kau," katanya pada diri sendiri. Untuk menyedapkan diri sendiri sebenarnya.





Aisyah setia menanti kedatangan Syafiq di ruang tamu. Jam di dinding sudah menunjukkan jam sepuluh malam. Ibu dan Alisa awal-awal lagi sudah masuk ke kamar untuk tidur. Mungkin mereka berdua penat terpaksa menjaganya. Sebenarnya, dia ada rasa ragu-ragu terhadap mesej daripada aplikasi whatsapp petang tadi. Mujurlah ada Haidar yang sedang melindunginya dari luar rumah. Kalau ada perkara buruk yang berlaku dia yakin Haidar tidak akan berdiam diri. Ketukan di pintu bertalu-talu menyentakkan Aisyah. Kaki melangkah ke pintu dan sebaik saja pintu dibuka, matanya membesar.

Belum sempat dia hendak menutup pintu, kaki figura yang bertandang ke rumahnya sudah menyekat pintu menyebabkan daun pintu tidak dapat ditutup. Aisyah lantas memusingkan badan ingin berlari masuk ke dalam rumah tetapi tidak sempat kerana terhidu bau kloroform dan dia pengsan di situ.



Aisyah membuka matanya perlahan-lahan.

"Aku kat mana?" tanyanya sambil memerhatikan keadaan sekeliling yang gelap gelita. Kepalanya terasa pening kesan daripada kloroform semalam. Kaki dan tangganya terikat menyukarkan dia untuk bergerak.

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Where stories live. Discover now