BAB 24

1.3K 104 28
                                    

Alisa berjalan mundar mandir di depan bilik ICU. Bibirnya dibasahi dengan zikrullah. Cuba menenangkan diri sendiri. Doanya semoga Aisyah dapat diselamatkan. Hampir terputus nyawanya apabila diberitahu oleh salah seorang jiran bahawa Aisyah terlibat dalam satu kemalangan. Dilanggar oleh pemandu mabuk pulak tu.

Dua tiga hari ini, memang banyak sangat kes kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu mabuk.

"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa. Berikan hambaMu kekuatan untuk menghadapi saat ini. Selamatkanlah Aisyah, sahabatku Ya Allah. Aku masih belum puas untuk bersamanya." Alisa merintih. Dia hanya membiarkan titisan air mata yang turun mengalir di pipi.

"Kalaulah tadi aku teman dia, semua ni mesti takkan jadi. Ya Allah, aku takkan maafkan diri aku kalau ada apa-apa yang berlaku pada dia. Aku yang salah." Bisikan kejahatan membuatkan Alisa terus-menerus menyalahkan dirinya.

Rayyan melangkah laju ke dalam hospital. Dari jauh, dia ternampak kelibat Alisa yang sedang menangis sedirian.

"Alisa, macam mana dengan keadaan Aisyah? Dia ok kan? Apa yang doktor cakap?" Bermacam-macam soalan yang ditanya mengambarkan kebimbangan di hati.

"Tak tahu. Doktor tak keluar lagi. Cu...cuma tadi saya terdengar yang Aisyah mengalami pendarahan kat kepala." Alisa bersuara sambil menyapu juraian air mata yang degil untuk berhenti mengalir.

"Awak dah bagitau ibu dia pasal hal ni?" tanya Rayyan.

Alisa hanya mengangguk. Rayyan turut memandang pintu bilik kecemasan yang memisahkan ruang dia di mana dia berdiri dengan Aisyah yang sedang dirawat.

"Ya Allah, selamatkanlah dia. Seseungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang," doanya di dalam hati.

30 minit kemudian, doktor yang merawat Aisyah keluar.

"Boleh saya tahu siapa waris kepada pesakit Nur Aisyah Mohamad?" Tanya doktor itu.

"Saya kawan baik dia. Yang ni pulak majikan dia. Ibu dia dalam perjalanan dari kampung. Doktor, macam mana dengan kawan baik saya? Dia selamat kan?" tanya Alisa laju.

"Aisyah mengalami kecederaan pada bahagian kepala atau lebih tepat di bahagian bawah otak. Saya rasa mungkin waktu kemalangan dia ada terhentak pada objek yang keras. Alhamdulillah nasib dia baik sebab darah beku yang terbentuk di kepala dia dapat dikeluarkan. Cuma..." ayat doktor yang berumur dalam linkungan 40-an itu terhenti di situ.

Alisa dan Rayyan berpandangan sesama sendiri.

"Cuma apa doktor?" tanya Alisa.

Wajah keruh yang dipamerkan oleh doctor yang memakai tag nama Mohsin itu dipandang.

"Cuma, pesakit mungkin akan koma kesan dari kemalangan tu." Jawapan yang diberikan menyesakkan dada.

Air mata Alisa sekali lagi turun menodai pipinya. Kakinya tiba-tiba lembik. Nasib baik tangan sempat berpaut pada dinding. Jawapan yang didengarinya berulang berkali-kali dalam kotak pemikirannya.

"Bila dia akan sedar doktor?" kali ini Rayyan pula yang bertanya.

"Bergantung kepada pesakit tu sendiri. Kita sama-sama doakan yang terbaik untuk dia. Dia pun kena kuat untuk hadapi ujian ni," jelas Doktor Mohsin lagi.

"Kalau takde apa-apa, saya mintak diri dulu." Doktor Mohsin meminta diri usai menjelaskan keadaan Aisyah.







Haidar memandang lesu pegawai polis yang dari tadi memandangnya dengan tajam.

Bukan aku yang melakukan semua itu. Bukan aku. Sumpah bukan aku. Sudah berapa kali dia mengulang ayat itu tapi tiada siapa pun yang percaya.

Seorang anggota polis masuk ke dalam bilik itu dan membisikan sesuatu kepada pegawai polis yang berada di situ.

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang