BAB 26

1.3K 106 20
                                    

"Aisyah, kau tak nak balik ke?" Dian bertanya. Soalan itu membuatkan Aisyah jadi sedih. Baru berjumpa takkan dah nak berpisah?

"Kau tak suka ke aku ada kat sini?" Aisyah memulangkan semula soalan.

"Tempat kau bukan kat sini. Ramai yang nak kau bangun, sihat macam dulu." Dian menjawab lembut.

"Aku rindu dengan kau. Kau dah tak sayang aku ke?" Beberapa mutiara jernih mengalir di lekuk pipi.

"Aku pun rindukan kau. Cuma tempat kau bukan kat sini." Dian memujuk.

"Kenapa semua orang yang aku sayang tinggalkan aku? Aku tak layak ke nak bahagia?" Esakan semakin jelas kedengaran.

"Siapa kata semua orang tinggalkan kau? Kau ada Allah, ibu, abah, aku tapi bezanya cuma aku dengan abah kau dah tak boleh nak jumpa kau macam dulu-dulu. Kau masih boleh sedekahkan al-Fatihah pada kami." Dian masih setia memujuk.

Air mata semakin lebat menuruni pipi.

"Janji dengan aku bila kau dah bangun nanti, jangan jadi lemah. Kau kena kuat. Kau dipilih untuk lalui semua ni. Aku yakin kau boleh." Ujar Dian memberikan semangat.

"Aku tak kuat Dian. Aku lemah," rintih Aisyah.

"Allah takkan bebani kita dengan sesuatu yang kita tak mampu nak lalui. Kau selalu ingatkan aku dulu," senyum Dian.

Aisyah terdiam. Dulu, dia selalu sematkan ayat itu di dalam hati. Penguat semangat untuk dia menepis pandangan serong orang sekeliling. Kini, ayat itu bagaikan telah terkubur. Benarlah, iman seseorang itu ada pasang surutnya.

"Ya Allah, maafkan aku kerana mempersoalkan takdir-Mu," rintihnya di dalam hati.







Haidar melangkah masuk ke dalam MVD Sdn. Bhd. dengan senang hati. Alhamdulillah, dia telah dibebaskan oleh pihak polis kerana bukti yang dijumpai tidak merujuk kepadanya. Kes penemuan mayat di dalam longkang seminggu sudah mengukuhkan lagi bukti apabila mayat yang mati ditemukan itu ialah Ihsan. Cap jari yang ditemukan pada kereta Proton Saga juga tidak sepadan dengan cap jari miliknya tetapi sepadan dengan Ihsan.

Pintu bilik Chief Executive Officer (CEO) diketuk perlahan. Tak sabar dia hendak berjumpa dengan bos besar a.k.a 'tuan' yang selama ini membantu pihak polis untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah.

"Masuk." Laungan dari dalam bilik kedengaran. Tombol pintu dibuka dan terpampang wajah bos besar dan seorang lelaki asing.

"Oh, Haidar. Silakan duduk." Tuan Haji Mazlan menjemput pekerjanya duduk. Sudah hampir 5 tahun Haidar bekerja dengannya dia syarikat penyiasatan persendirian ini.

MVD Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan bodyguard dan juga penyiasat persendirian. Kebanyakkan client adalah dari golongan politik dan orang kaya yang berpengaruh di Malaysia.

"Terima kasih tuan." Haidar mengucapkan terima kasih seraya duduk. Dia duduk bertentangan dengan seorang lelaki yang asing tadi.

"Haidar, kenalkan ini Rayyan, anak buah saya. Rayyan, kenalkan ini Haidar, pekerja kesayangan pak long." Tuan Haji Mazlan memperkenalkan mereka berdua. Rayyan menghulur tangan dan disambut oleh Haidar.

"Tuan, saya nak ucapkan terima kasih sebab tuan dah bersihkan nama saya," luah Haidar.

"Sama-sama. Bukan salah kamu pun. Dah alang-alang kamu masuk ni, saya ada misi baru untuk kamu," ujar Tuan Haji Mazlan.

"Misi apa tuan?" tanya Haidar sambil berkerut.

Tuan Haji Mazlan tersenyum dan memandang Rayyan penuh makna.

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Where stories live. Discover now