BAB 20

1.4K 119 29
                                    

Dari jauh kelihatan seorang wanita sedang ralit menyapu daun-daun kering di bawah pokok rambutan. Aisyah yang berdiri tidak jauh dari situ tersenyum melihat belakang ibu yang begitu ralit membuat kerja. Kalau dulu, balik sekolah terus dia peluk ibu. Tapi, sekarang semuanya dah berubah. Dia teringin sangat hendak memeluk ibu. Teringin sangat-sangat.

Setapak

Dua tapak

Hanya berbaki beberapa tapak yang memisahkan jarak antara mereka. Aisyah berdiri betul-betul di belakang ibu. Matanya dibanjiri dengan air mata. Sikit lagi pasti akan jatuh ke pipi.

"Ibu," panggil Aisyah.  Lembut saja dia menutur memanggil ibu.

Tangan Mak Temah yang sedang menyapu sampah terhenti. Dia mendengar seseorang memanggilnya dengan gelaran ibu. Seseorang yang dia nantikan selama ini. Seseorang yang sentiasa berada di dalam doanya siang dan malam. Badan dikalihkan ke belakang dengan berhati-hati. Mak Temah takut itu cuma khayalan sama seperti sebelum ni. Penyapu yang berada di tangan jatuh menyembah bumi. Tubuh genit Aisyah ditarik rapat ke pelukn sebekum sempat Aisyah memanggilnya buat kali kedua.

"Aisyah, anak ibu. Betulkan ni Aisyah? Ibu tak bermimpi kan?" Tanya Mak Temah tidak percaya.

Aisyah hanya mampu menggeleng. Allah sudah memakbulkan doanya selama ini. Dia bersyukur kerana penantian selama ini tidak sia-sia. Alhamdulillah.

"Ibu rindukan Aisyah. Rindu sangat-sangat." Pelukan semakin dieratkan. Tangan ibu naik mengusap belakang badan. Rindu sangat dengan pelukan hangat ibu. Rasa tenang dan selamat.

Air mata mengalir deras di pipi. Bukan air mata kesedihan tetapi air mata kesyukuran kerana selama ini doanya telah diperkenankan.

"Ibu sihat?" Aisyah memulakan perbualan. Air milo sejuk kesukaannya disisip perlahan. Masih sedap macam dulu.

"Ibu sihat. Ibu nak minta maaf dengan Aisyah atas apa yang dah terjadi sebelum ni. Ibu gagal jadi ibu yang baik buat Aisyah. Ibu gagal menjadi pelindung Aisyah."

"Bu, Aisyah dah lama maafkan ibu. Aisyah cuma ada ibu je kat dunia ni. Ibu janganlah rasa bersalah lagi." Keda-dua belah tangan tua ibu dielusnya.

"Macam mana ibu tak rasa bersalah, nak? Ibu gagal menjaga satu-satunya amanah arwah abah kamu. Ibu ingat lagi pesanan arwah abah, abah ada pesan supaya kita saling melindungi bila dia dah tiada kat dunia ni lagi. Tapi, disebabkan sikap ibu yang..." Ayat itu tergantung apabila Aisyah sudah menyampuk.

"Bu, biarlah benda tu menjadi kenangan. Aisyah happy sangat sekarang ni sebab Aisyah dapat peluk ibu, dapat berborak dengan ibu. Kita lupakan apa yang dah jadi sebelum ni eh?" Dia memujuk.

Mak Temah mengangguk perlahan. Anaknya memang berhati mulia. Mujurlah Allah mengaturkan pertemuannya dengan Syafiq tempoh hari. Jika tidak, sampai sekarang di masih dengan amarahnya.



Pagi itu, Aisyah menolong ibunya di dapur. Dia tidak dapat menyembunyikan keseronakan yang bertandang. Wajahnya dihiasi dengan senyuman. Sungguh dia tidak menyangka hari ini dia dapat memasak semula dengan ibu seperti waktu dulu.

"Kamu kenapa tersengih-sengih ni? Pakwe telefon ke?" Ibu mengusik.

Aisyah menarik muka cemberut.

"Aisyah mana ada pak we la ibu. Aisyah senyum sebab Aisyah rasa macam dalam mimpi je dapat jumpa dengan ibu. Dapat berborak dan memasak dengan ibu." Punya lah teruja dia bercerita untuk mengambarkan perasaannya ketika ini.

"Syukur alhamdulillah. Ibu pun bersyukur sangat dapat berjumpa semula dengan kamu. Dah jom kita sarapan. Nanti sejuk pulak nasi lemak kegemaran kamu ni." Mak Temah bersuara.

Doa makan dibaca dan mereka menikmati sarapan dengan berseleranya.

"Kamu dengan Syafiq tu ada apa-apa hubungan ke?" Soalan dituju buat Aisyah.

Dek kerana tidak menjangka soalan itu akan keluar dari mulut ibu, Aisyah tersedak. Dah la sambal nasi lemak pun boleh tahan pedasnya.

"Ya Allah budak bertuah ni, tersedak pulak. Nah minum air ni." Mak Temah menyuakan gelas kepada Aisyah.

Gelas disambut dan dia meneguk air dengan rakus. Perit betul tekak.

"Aisyah dengan dia kawan je lah ibu. Tak lebih pun daripada tu" Setelah rasa perit beransur pergi, dia membuka mulut memberi jawapan kepada pertanyaan ibu tadi.

"Ouh. Masa dia datang jumpa ibu haritu, bersungguh sangat dia yakinkan ibu yang kamu ni tak bersalah. Ibu ingatkan kamu dengan dia ada apa-apa hubungan," balas ibu tenang.

"Mana ada lah ibu. Orang dengan dia kawan je. Lagipun, dia cuma rasa bersalah sebab tak tolong Aisyah 3 tahun lepas. Itu je. Lagipun Aisyah muda lagi lah ibu. Banyak lagi impian yang Aisyah belum tercapai." Nafi Aisyah.

"Ibu tak kisah dengan siapa pun kamu nak berkawan. Cuma, ibu nak pesan tolong jaga diri kamu elok-elok. Ibu tak nak apa yang dah jadi tiga tahun lepas berulang semula. Kamu faham kan?" Tanya ibu. Ada sedikit ketegasan dalam ayat itu. Dia tidak mahu pisang berubah dua kali.

"Aisyah faham bu. Ibu janganlah bimbang. In Shaa Allah, Aisyah akan jaga diri Aisyah baik-baik. Ibu jangan lupa terus doakan Aisyah tau." Pinta Aisyah.

"In Shaa Allah. Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk anak ibu sorang ni" 

Aisyah tersenyum senang. Siapa saja yang tidak akan trauma jika kawan baik sendiri menikam kita dari belakang. Cukuplah satu peristiwa itu. Hanya disebabkan seorang lelaki, mereka berdua bergaduh dan akhirnya kejadian hitam itu berlaku. Sekelip mata dia kehilangan semuanya.

#selamat membaca dan jgn lupa vote dan komen😘

#apa benda pelik yg hngpa semua pernah buat?
#kalau sudi balaslah🙈

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang