BAB 4

1.5K 158 36
                                    

''Aisyah. Kenapa tak siap lagi ni? Nanti lambat pulak,'' tanya Tengku Aminah sambil melurutkan tangannya pada rambut lurus Aisyah. Lembut dan beralun.

''Ermm...Tengku. Kal...kalau Aisyah tak pergi tak boleh ke? Aisyah rasa Aisyah tak layak lah nak kerja kat situ.'' Dia bermain-main dengan hujung baju kurung.

''Lah, kenapa pulak? Aisyah kan datang sini memang nak cari kerja?'' soalnya kepada Aisyah. Dari raut muka Aisyah dia sudah mengagak yang gadis itu tak mahu ke syarikatnya. Mungkin dia sudah terdengar perbualan mereka anak beranak semalam.

''Tapi, Tengku Rayyan tak suka Aisyah muncul depan dia. Nanti dia marahkan tengku lagi. Aisyah tak nak jadi punca tengku anak-beranak bergaduh,'' jelas Aisyah. Dia cuba memilih kata yang sesuai untuk menjelaskan perkara sebenar.

''Rayyan tu luaran je garang tapi In Shaa Allah dalamnya dia baik. Lagipun, ada sebab dia jadi macam tu. Kamu tak nak cuba nasib dulu?'' Pancing Tengku Aminah buat kali terakhir. Manalah tahu gadis di depannya akan berubah fikiran.

Aisyah serba-salah. Pandangan mengharap dari figura di depannya membuatkan dia berfikir semula. Tengku Aminah sudah banyak menaburkan budi untuknya, masakan dia hendak menolak?

''Tak apa lah. Aisyah try dulu. Tapi Tengku jangan lah berharap sangat. Aisyah tak pandai macam orang lain tengku. SPM pun tak sempat nak ambil,'' jawabnya lemah. Lagipun tak salah kan untuk dia mencuba. Lagi cepat dia bekerja lagi cepat dia keluar dari rumah agam ini.

''Bagus. Ni ada tudung bawal. Boleh pakai untuk interview nanti. Mak Mah yang hadiahkan pada kamu. Saya rasa sesuai sangat dengan baju kurung yang kamu pakai tu.'' Tengku Aminah menghulurkan tudang bawal bewarna turquoise itu kepada Aisyah.

''Terima kasih Tengku. Saya dah banyak susahkan Tengku. Susahkan Mak Mah,'' jawabnya serba salah sambil menunduk memandang tudung itu.

''Mana ada susahkan. Sekaramg bangun pergi bersiap. Saya dah mintak Pak Mat hantarkan kamu. Nanti lambat mengamuk pulak Rayyan,'' arah Tengku Aminah. Mendengar sebaris nama itu saja sudah mampu menyeramkan dia. Bingkas dia bangun menuju ke meja solek.





''Nanti balik Pak Mat jemput,'' pesan Pak Mat setelah mereka sampai di syarikat milik Tengku Aminah.

''Eh tak apa lah Pak Mat. Saya balik dengan teksi je.'' Dia menolak lembut. Tidak mahu menyusahkan Pak Mat.

''Lagipun, saya pun tak tahu bila interview ni habis,'' sambungnya lagi.

''Hmmm kalau kamu dah cakap macam tu, nah ambil duit ni.'' Duit not 100 ringgit dihulurkan kepada Aisyah.

''Eh tak payah lah Pak Mat. Nanti pandai-pandailah Aisyah nak balik," tolak dia lembut.

''Dah tak payah bagi alasan. Kamu ambik ajelah. Ke kamu nak Pak Mat ambik kamu balik nanti?" Pancing Pak Mat. Bukan dia tak kenal orang yang macam Aisyah ni. Segan nak terima pertolongan orang lain kerana takut menyusahkan.

Kepala digeleng dan duit yang dihulur bertukar tangan. Kesian pulak nanti Pak Mat nak ulang-alik.

''Kalau macam tu, Aisyah masuk dulu lah. Pak Mat doakan tau.'' Senyuman dimaniskan.

''In Shaa Allah jangan risau. Mak Mah dengan Tengku, semua orang doakan kamu. Kami doakan semoga urusan kamu dipermudahkan." Ayat dari Pak Mat menenangkan dirinya yang sedang berdebar. Dalam diam dia berharap ibu pun akan doakan dia jugak.

''Haih termenung pulak dia. Dah pergi masuk,'' arah Pak Mat. Boleh pulak dia termenung tengah-tengah panas ni.




Kaki diatur masuk ke syarikat itu. Tiba di lobi, dia bertanyakan tempat interview diadakan. Sesampainya dia di situ, dia melilau ke kiri dan kanan. Tiada siapa pun di situ melainkan dirinya. Pekerja di situ juga tidak kelihatan.

''Pekerja tengah meeting kot,'' desis hatinya.

10 minit kemudian, kelihatan pekerja di syarikat itu berpusu-pusu keluar dari bilik mesyuarat. Hanya senyuman diberikan. Hendak bertegur sapa dia tidak kenal. Kelibat Rayyan dan seorang perempuan yang baru keluar membuatkan dia automatik bangun. Kepala ditundukkan sedikit tanda hormat.

Rayyan hanya menjeling dan berlalu pergi. Tak kuasa dia nak menegur.

Setibanya di bilik,

''Bos, bukan ke waktu interview pukul 3.00 petang? Kenapa ada yang datang awal?'' tanya Shila pelik. Kalau tak silap masa untuk interview bos yang ubah semalam. Katanya tidak mahu menganggu mesyuarat di waktu pagi.

''Dah biarkan je minah tu. You can go now,'' arah Rayyan.

''Okey bos.'' Shila terus keluar bila diarah. Soalanya hanya dibiarkan sepi.

Di kerusi itu, Rayyan hanya tersenyum kemenangan. ''Aku ingatkan perempuan ni dah mengalah tapi masih lagi nak berjuang. Good. Lets see how far you can go, Aisyah.'' Gelak jahat memenuhi ruang biliknya. Tak sabar rasanya hendak mengenakan gadis itu. Otaknya sudah merencanakan kejutan buat gadis itu.




Aisyah memerhatikan panel yang berada di depannya. Hanya Rayyan yang menjadi panel mereka. Di sebelah kanan Aisyah terdapat lagi 2 orang yang turut datang mencuba nasib. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

''Shall we start our interview?'' tanya Tengku Rayyan.

''Yes sir,'' jawab mereka serentak dengan bersemangat.

''Okay, good. Lets start with you. Briefly explain about yourself.'' Soalan pertama ditujukan kepada lelaki yang duduk di hujung kanan. Lelaki itu menjawab soalan yang diajukan dengan penuh yakin.

"Fuhh hebatnya dia. Lancar je speaking," puji Aisyah di dalam hati.

''Okay good. Next, why should we hire you?'' soalan seterusnya ditujukan kepada orang di sebelahnya. Aisyah mula rasa nervous. Tak lama lagi giliran dia pula.

''...Saya cuma berharap dapat berkhidmat di syarikat tengku. Macam yang saya cakapkan tadi, bekerja di syarikat ni merupakan cita-cita saya. Saya akan buat yang terbaik kalau diberikan peluang,'' jawab perempuan yang berada di sebelah kanan Aisyah dengan penuh yakin walaupun tanpa sedar dia sudah mencampur adukkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

''Bagus. Semangat ni yang perlu ada dalam diri semua orang. Good,'' puji Tengku Rayyan.

Dada Aisyah sudah mula berdup-dap-dup-dap tatkala sepasang mata berwarna hazel itu memandang dirinya.

''Okay, for the last person. So, boleh ceritakan sedikit kenapa you dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney?'' Soalan maut yang diutarakan oleh Tengku Rayyan melumpuhkan seluruh saraf. Walaupun dia tak sempat duduki SPM tapi dia masih mampu memahami maksud kepada pertanyaan Rayyan.

Dia terkedu dengan soalan yang dilontarkan. Soalan yang tiada jawapan. Tatkala melihat senyuman sinis beserta jelingan maut dari sepasang mata yang berada di depannya tahulah dia bahawa lelaki itu memang hendak mengenakannya. Lama dia terdiam memikirkan jawapan kepada soalan itu. Dua pasang mata yang memerhatikannya dari tepi hanya diabaikan. Kepala ditundukkan sambil memandang tangan yang berada di atas riba. Sungguh dia rasa hendak menangis.

''Padam muka kau perempuan. Tak sedar diri sangat kan. Rasakan,'' sindir Tengku Rayyan di dalam hati.

#guys sorry la kalau english kami agak ke laut sebab kami memang lemah sikit.Hahaha...Harap hangpa semua enjoy. Jangan lupa vote dan komen..

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Where stories live. Discover now