BAB 14

1.3K 122 11
                                    

Aisyah meletakkan dulang berisi dua gelas air oren di atas meja.

''Jemputlah minum,'' pelawa Aisyah.

''Terima kasih.'' Syafiq mengoyakkan senyuman buat Aisyah. Lega dia melihat Aisyah baik-baik saja.

Tadi semasa di pejabat, ada orang upahannya memberitahu ada orang sedang mengintip Aisyah. Orang yang sama yang telah menolongnya untuk mencari maklumat berkenaan keberadaan Aisyah di rumah ini.

''So, macam mana kau boleh tahu aku kerja kat sini?'' soal Aisyah pelik.

Syafiq berdehem perlahan sebelum menjawab pertanyaan Aisyah.

''Aku rasa aku patut berterus terang je dengan kau. Ada orang inform aku yang kau dalam bahaya. So, aku datang ni nak bagi kau warning siap-siap supaya lebih berhati-hati selepas ni,'' ujar Syafiq.

Aisyah terpempan mendengar penjelasan dari Syafiq.

''Kenapa pulak aku dalam bahaya? Aku bukannya ada duit pun Syafiq. Lagipun, aku tak rasa yang aku ada sakitkan hati mana-mana orang melainkan...'' Ayatnya terhenti di situ.

''Melainkan kejadian 3 tahun lepas. Tapi, aku pun dah dapat balasan kan? Apa lagi yang mereka tak puas hati?'' sambungnya lagi.

''Itu kata kau. Kita tak boleh nak ambik mudah je benda macam ni. Mungkin jugak motif orang yang intip kau tu sebab nak balas dendam.'' Syafiq menyangkal pandangan Aisyah berkaitan perkara itu.

''Kalau pun betul diorang tak puas hati, aku tak rasa diorang patut buat macam tu. Lebih baik datang je terus jumpa aku depan-depan. Nak suruh aku melutut merayu sekalipun aku sanggup lah asalkan diorang tak kacau hidup aku.'' Perlahan saja ayat yang dituturkan. Tidak cukupkah tiga tahun dia dimasukkan ke dalam Sekolah Henry Gurney? Bukan itu sahaja. Ibu juga sudah tidak mahu mengaku dia sebagai anak.

''Aku tak tahu Aisyah. Walau apa pun yang terjadi, aku cuma nak ingatkan kau untuk sentiasa berhati-hati.'' Dia risau. Dia risau andai dendam yang dipendam selama tiga tahun sudah bakal dilunaskan. Entah bila dia juga tidak tahu.

''Sebenarnya, aku ada benda nak bagi kat kau,'' ujarnya sambil menghulurkan sesuatu. Sebuah kotak yang dibalut dengan kertas hadiah diletakkan di hadapan Aisyah.

''Apa ni?'' Tiba-tiba je bagi dia hadiah. Hari ini bukan hari lahir dia pun.

''Bukalah dulu,'' pelawa Syafiq.

Tangan Aisyah mengambil hadiah itu dan membukanya. Saat semua kertas hadiah itu dilucutkan dari kotak putih itu, tingkahnya terhenti.

''Telefon?" tanyanya tak percaya.

''Aku risaukan keselamatan kau. Lagipun, kau memang tak ada phone pun kan?"

''Tapi, mahal ni. Aku memang nak beli cuma...'' Aisyah mencipta alasan.

''Dah tak payah nak membazir. Dalam tu aku dah letakkan kad sim. Kalau ada kecemasan tekan je nombor dua kat speed dial,'' arah Syafiq.

''Tapi, aku pelik lah. Kenapa kau tolong aku eh? Setahu aku kita tak ada lah rapat mana pun. Aku kenal dengan kau pun sebab kau pengawas dan sebab kita sekelas.'' Aisyah bertanya.

Syafiq terkelu. Bibirnya terkunci rapat. ''Perlu ke aku bagitau dia kebenaran sekarang?'' bisik hatinya.

Kebenaran yang telah lama disimpan kemas daripada pengetahuan sesiapa pun kecuali mak Aisyah.

Nafas dihela perlahan. Dia cuba mengumpulkan kekuatan.

''Se...sebenarnya aku ada waktu kejadian tu berlaku. Cuma aku tak sempat tengok sampai habis je," ujarnya perlahan.

Sekali lagi Aisyah terkejut. Aku tak salah dengar kan? Kalau betul Syafiq Syafiq ada di situ, jadi dia adalah saksi kepada kejadian hitam itu. Tapi, kenapa dia tak tampil memberikan kenyataan semasa aku dihadapkan ke mahkamah dulu?

''Aku tahu kau terkejut dengan semua ni. Aku mengaku aku bersalah. Aku tak kisah kalau kau bencikan aku tapi aku...'' Jeda.

''Kau pentingkan diri sendiri!" Aisyah menempik kuat. Air mata mulai merembes jatuh ke pipi. Maksudnya betullah apa yang diujarkan oleh lelaki itu.

''Disebabkan sifat kau yang satu tu, aku kehilangan kawan baik aku. Aku kehilangan kasih sayang ibu aku. Kau tahu tak!'' tengking Aisyah.

''Maafkan aku, Aisyah. Aku bersalah dalam hal ni. Dan aku tahu kebenarannya. Walaupun aku tak saksikan peristiwa tu sampai habis tapi aku yakin bukan kau yang bunuh Dian.'' Lemah saja pertuturannya. Aisyah memang pantas memarahinya. Sampai ke saat ini, dia juga tidak dapat memaafkan dirinya sendiri.

''Kau baliklah Syafiq. Ambil balik hadiah kau ni. Aku tak hadap dengan bantuan kau tu. Kalau tiga tahun lepas, kau boleh pentingkan diri sendiri, kenapa sekarang baru kau nak muncul untuk tolong aku?'' templak Aisyah.

Air mata yang masih setia mengalir diseka kasar. Dia nak masuk. Penat sudah menghadap kebenaran yang tersingkap hari ini. Baru tadi dia teruja bila Syafiq datang seolah-olah begitu risau akan dirinya tapi semua rasa itu hilang bila dia mengetahui kebenaran yang sebenar.

Aisyah bangun dari duduk. Tanpa sebarang pamitan, kaki diatur untuk melangkah masuk. Tidak betah untuk berlama di situ.

Syafiq melepaskan keluhan.

''Kalau kau kehilangan kasih sayang ibu waktu dimasukkan ke dalam sekolah tu, aku rasa kau lagi beruntung dari aku Aisyah. Sekurang-kurangnya ibu kau masih hidup. Tapi, aku...''
katanya terhenti di situ. Begitu perit rasa yang dipendam selama ini.

Langkah Aisyah terhenti. Dia memusingkan badan menghadap Syafiq. Dia tersentak. Lelaki itu masih menunduk dan tangannya menyeka air mata. Syafiq menangis?

''Aku kehilangan papa pada hari yang sama Dian meninggal. Pesawat yang papa aku naik terbabas dan hilang kawalan. Memang hari tu aku ada nak pergi jumpa kau, nak bagitau perkara yang sebenar tapi siapa yang nak jaga mama aku? Mama aku hampir nak bunuh diri waktu tu Aisyah. Aku buntu sangat waktu tu. Atas nasihat pak long, kami berpindah ke London. Dan, tahun lepas baru lah mama ada kekuatan untuk balik semula ke sini. Sejak dari haritu, aku cuba cari kau.''

''Percayalah cakap aku. Tak pernah sekali pun aku hidup tenang lepas dapat tahu kau dimasukkan ke sekolah tu,'' tambah Syafiq lagi.

Allahuakbar. Bersalahnya dia kerana menuduh Syafiq. Lelaki itu juga menanggung beban malahan beban itu lebih berat dari apa yang ditanggungnya.

''Syafiq, ak...aku mintak maaf, ak...'' Dia sudah kehilangan kata.

''Takpe Aisyah. Aku tak kisah pun. Kiranya kau maafkan aku lah kan?'' tanya Syafiq. Dia tersenyum nipis.

Aisyah mengganguk perlahan.

Syafiq menghembus nafas lega. Akhirnya penantian sebuah kemaafan dari Aisyah yang ditunggu selama ini tidak sia-sia.

Betullah apa yang didengarnya sepanjang mereka sekelas dulu. Aisyah yang peramah. Aisyah yang tak suka bergaul dengan budak-budak lelaki. Dan, Aisyah yang mudah memaafkan.

''Aku pun nak minta maaf juga. Aku dah tengking kau tadi.'' Dia juga bersalah. Bersalah kerana tidak mendengar habis cerita yang disampaikan Syafiq. Pengajarannya, dengar dulu baru judge.

''No hal lah. So, kita kawan kan?'' ujar Syafiq.

Aisyah hanya mengganguk perlahan sambil tersenyum.

#selamat membaca😘

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang