BAB 6

1.4K 155 58
                                    

''Tengku nak makan?'' tanya Aisyah tatkala melihat gerangan lelaki itu sedang elok menyandar di kabinet dapur. Dia pulak baru nak ambil air dari peti sejuk. Dahaga pulak. Telekung pun dia tidak sempat nak tanggalkan lagi lepas solat isyak tadi.

''Aku nak makan kau boleh?'' usik Rayyan senada. Amboi dah berani nampak?

PAP

Botol air sejuk yang baru dikeluarkan dari peti ais jatuh. Nasib baik tak jatuh atas kaki. Terkejut dengan jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu.

Botol yang terjatuh diambil semula dan diletakkan di dalam peti. Hilang terus dahaga yang menyapa tekaknya. Usai menutup pintu peti ais, terus dia meluru ke tangga. Tak betah dia hendak berlama-lama di dapur.

''Hoi, kau nak kemana tu?'' suara sergahan dari Tengku Rayyan membantutkan niatnya. Nak tergelak dengan telatah Aisyah yang terburu-buru hendak naik ke bilik. Dengan telekung putihnya tak tanggal lagi. Kalau malam memang aku cakap kau pontianak dah. Tapi, pontianak yang cantik kot.

''Aku lapar. Hidangkan nasi,'' arah Rayyan. Kerusi di meja makan ditarik. Dia melabuhkan duduknya di situ. Aisyah sudah hilang ke dapur. Langsung tiada sebarang bantahan dari gadis itu. Dia bukannya lapar sangat tapi niat nak menyakat Aisyah yang lagi kuat sebenarnya. Seronok pula kalau tengok gadis itu dalam keadaan kelam kabut.

''Kau ingat aku teringin sangat ke nak makan kau? Kalau bagi free pun aku tak hadap la. Entah dari mana kau muncul pun aku tak tahu,'' ejek Tengku Rayyan. Sempat lagi dia mengutuk Aisyah.

Aisyah yang mendengar dari dapur hanya diam. Tipu kalau dia cakap dia tak terasa. Tipu kalau cakap dia tak terkesan dengan sindirin pedas Rayyan. Tapi, dia malas melayan. Layan pun buat sakit hati lagi adalah.

Aisyah datang ke arah meja makan sambil membawa mangkuk nasi dan sepinggan sambal udang. Kaki melangkah semula ke dapur untuk mengambil ayam masak lemak cili api dan sayur bayam goreng yang masih berbaki selepas makan tengah hari tadi. 

Tidak dilupakan juga air oren yang diletakkan di dalam peti. Kain telekung yang dipakai menyukarkan dia untuk melangkah. Menyesal pulak tak tukar tadi.

Usai meletakkan nasi ke dalam pinggan lelaki itu, dia dah berura-ura hendak naik ke atas.

''Hoi! Nak ke mana tu? Ada aku suruh kau naik atas?'' Rayyan bertanya.

Aisyah hanya menggeleng. ''Apa lagi lah dia ni?'' omelnya perlahan.

Kerusi di sebelah di tarik dan tempat duduknya ditepuk lembut. ''Sini. Buangkan kulit udang ni untuk aku. Susah nak makan,'' adu Rayyan. Bukan nada mengajak tetapi arahan.

''Tengku, saya naik tukar telekung dulu boleh? Takut kotor pulak nanti.'' Aisyah cuba bertanya.

''Tak payah. Nanti kau tak nak turun dah kan? Alasan.''  Dia menolak permintaan Aisyah. Dia yakin sangat bahawa Aisyah hanya memberikan  untuk melepaskan diri.

Sebenarnya dia sengaja nak bercakap dengan Aisyah. Semenjak kejadian di syarikat tempoh hari, dia dah jarang berjumpa dengan gadis itu. Bukan dia tak perasan yang Aisyah asyik mengelak dari berjumpa dengannya. Baru hari ini dia ternampak kelibat gadis itu di dalam rumah ini. Terus akalnya berfungsi.

"Aku kasar sangat ke?" getus hatinya.

Aisyah hanya menurut. Nak menolak dia tak mampu. Karang dihamburkan kata-kata sindiran lagi. Penat dia nak hadap.

Mangkuk udang diambil dan beberapa ekor udang disendukkan ke dalam pinggan. Tangan yang sudah dibasuh pantas melakukan kerja.

Tengku Rayyan sesekali memerhati gadis yang berada di sebelahnya. Kali pertama berjumpa dengan gadis itu, dia kelihatan biasa-biasa saja. Tapi hari ini, gadis itu nampak lebih comel bila mengenakan telekung ke tubuhnya. Nampak suci dan bersih.

''Kak Aisyah... Adib pun nak makan nasi jugak,'' pinta Adib yang sudah berdiri di sebelah Aisyah. Entah bila dia turun pun tak sedar. Rayyan terus menyuap nasi ke mulut. Udang yang telah dikopek dimasukkan ke mulut.

''Sedap pulak,'' desis hatinya.

''Lapar ke? Adib tunggu kejap.'' Aisyah berjalan ke dapur dan mengambil lagi satu pinggan.

Setelah meletakkan nasi, dia suakan pinggan itu kepada Adib dan siap dilengkapi dengan senyuman manis. Rayyan yang memandang hanya mencebik. Kalau dengan aku memang tak la nak senyum. Dengan Adib boleh pula boleh dia tersenyum manis. Dengan anak pun nak cemburu.

#Jangan lupa vote dan komen.  😆

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang