BAB 13

1.3K 131 17
                                    

''Mama.'' Adib meracau-racau memanggil mamanya. Aisyah terkedu. Apa yang perlu dia lakukan sekarang?

Adib membuka matanya perlahan-lahan. Dia sudah tersebek-sebek mahu menangis dan memanggil mamanya. Aisyah buntu. Tidak tahu nak bereaksi bagaimana. Ini kali pertama dia mendengar Adib memanggil mamanya.

''Kak Aisyah, Adib nak mama. Mana mama? Kenapa mama tinggalkan Adib?'' Bertalu-talu soalan yang ditanya. Aisyah sudah mati kata. Air mata sudah memenuhi kolam mata milik Adib. Belum sempat dia hendak melangkah untuk menenangkan Adib, Rayyan masuk menghampiri mereka dan memujuk Adib. Aisyah hanya setia memerhati Adib yang menangis di dalam pelukan papanya.

''Shhh, dah jangan nangis. Papa kan ada,'' pujuk Rayyan.

Rasa hiba mulai bertandang. Adib yang masih kecil itu sudah diuji dengan ketiadaan mama di sisinya. Di saat dia sedang membesar. Air mata bertakung di tubir mata. Rindu pulak dengan ibu. Moga dia sempat berjumpa dan meminta maaf dengan ibu.



Sudah 2 hari Rayyan ke Kota Bahru atas urusan kerja. Katanya ada masalah sedikit dengan tapak projek di sana. Oleh itu, dia dan Wani diarahkan untuk turun ke Kota Bahru bagi memantau dan menyelesaikan masalah yang timbul sekaligus memantau perkembangan projek kerjasama mereka.

''Ummi, Adib nak video call dengan papa boleh?'' pinta Adib. Aisyah menghadiahkan satu senyuman manis beserta dengan satu anggukan. Dia bangun dari sejadah dan melipat serta meletakkan di sebuah penyidai khusus untuk sejadah usai menunaikan solat Isyak.

''Assalamualaikum papa.'' Suara teruja Adib kedengaran.

''Waalaikummussalam sayang. Kenapa tak tidur lagi ni?" Rindunya dia pada Adib. Kalau dulu semasa di apartment, rasa rindunya tidaklah sekuat ini tapi sekarang kalau boleh dia tak nak langsung berenggang dengan Adib.

''Adib baru lepas solat Isyak. Papa bila nak balik? Adib rindulah..." Suaranya dileretkan untuk meminta simpati papanya.

''Iye? Papa pun rindu sangat dengan Adib, dengan tok ma," balas Rayyan.

''Dengan ummi tak rindu ke papa?'' soal Adib.

Aisyah yang mendengar soalan itu pantas menggeleng tanda dirinya tidak patut terlibat dengan perbualan mereka anak beranak.

''Ummi?'' Rayyan bertanya. Siapa pulak ummi?

''Ummi tu kak Aisyah lah papa. Papa tau tak, kak Aisyah suruh Adib panggil dia ummi,'' jawab Adib. Aisyah sudah bercekak pinggang.

Bila ketikanya aku suruh? Okey memang betul dia yang suruh. Sebenarnya dia jatuh kesian pada Adib selepas kejadian tempoh hari jadi dia pun mencadangkan idea untuk Adib memanggilnya dengan gelaran ummi. Tapi itu pun bersyarat. Syaratnya Adib tidak boleh memanggil dia dengan panggilan ummi di depan Rayyan. Agaknya Adib terlupa lah tu. Adib kan budak-budak. Budak-budak mana pandai menipu.

''Alamak. Adib lupa lah ummi. Adib kan dah janji takkan panggil ummi depan papa. Sorry ummi,'' pinta Adib. Muka comel ditayangkan agar Aisyah tidak memarahinya.

Aisyah menepuk dahi perlahan. Alamak, sudah kantoi nampaknya.

''Ouh, ummi suruh rahsiakan dari papa eh? Cuba Adib panggil ummi,'' arah Rayyan. Rindu pulak dia nak mengusik dan membuli Aisyah. Entah kenapa, bila berjauhan sebegini dia rindu untuk menatap wajah gadis itu. Melihat wajah gadis itu yang terkulat-kulat ketika dimarahi merupakan hobinya yang baru.

Nak tak nak Aisyah hanya menurut. Dengan telekung yang masih tersarung pada tubuh, dia naik ke katil. Badan disandarkan pada kepala katil bersebelahan dengan Adib.

''Erk maaf la Tengku. Saya saja je suruh Adib panggil saya ummi,'' lafaz Aisyah dengan rasa bersalah. Raut wajah tanda bersalah ditayangkan. Redha je lah kalau kena sound pun.

''Terima kasih, Aisyah. Kau dah banyak tolong aku jagakan Adib dengan mama.'' Rayyan menuturkan kata itu beserta dengan satu senyuman manis.

Banyak sudah kebaikan yang Aisyah lakukan buat mereka sekeluarga. Kalau orang lain, confirm dah angkat kaki awal-awal bila selalu kena buli dengan Rayyan. Mungkin dah tiba masanya dia berbaik-baik dengan Aisyah.

Aisyah diam tak terkata. Rasanya dia tak salah dengar kan? Serius la bapa singa tu ucap terima kasih?

''Ummi, papa panggil tu,'' panggil Adib. Tangan yang digoncang lembut oleh Adib mematikan lamunan Aisyah. Dia termalu sendiri.

''Dah pergi lah tidur. Nanti jangan lupa kunci semua tingkap dengan pintu. Kalau ada benda pelik-pelik yang berlaku, terus call polis,'' pesan Rayyan. Pesanan yang sama dititipkan sebelum dia berangkat ke Kota Bahru beberapa hari lepas.

''Baik, Tengku,'' tuturnya sambil kepala dijatuhkan.

Selepas talian dimatikan, Aisyah melangkah keluar dari bilik untuk memastikan semua tingkap dan pintu dikunci. Dia tersenyum sendiri bila teringat akan ucapan terima kasih dari Rayyan sebentar tadi. Again. Dia ternampak sisi baru Tengku Rayyan. Seseorang yang menghargai.



Keesokan harinya,

Aisyah membuka kepala paip air untuk menyiram pokok bunga yang ditanam di hadapan rumah agam itu. Semasa sedang ralit menyembur air, dia terperasan akan kereta proton saga merah yang elok terparkir di seberang jalan. Setahunya, jiran-jiran di sini semuanya duduk agak berjauhan dari rumah milik Tengku Aminah. Merasakan mereka diperhatikan, kereta proton saga itu bergerak dan meninggalkan rumah itu.

''Perasaan aku kot,'' ujar Aisyah. Dia meneruskan kerja yang terhenti tadi.


Bunyi ketukan beserta salam yang kedengaran dari pintu utama mematikan kelakuan Aisyah yang sedang mengeluarkan barang-barang yang akan dimasak dari peti ais.

''Tengku dah balik ke?'' Berbunga pula rasa hati apabila memikirkan kemungkinan besar Rayyan yang mengetuk pintu. Kalau tak silap harini atau esok Rayyan akan pulang. Mentang-mentang lah semalam kena puji terus rasa happy.

Setelah pintu dibuka, matanya dijamu dengan kunjugan mengejut Syafiq. Lelaki itu lengkap berpakaian dengan baju kemeja gelap, dipadankan dengan tie yang tersarung kemas di leher dan seluar slack hitam. Dari pejabat agaknya.

''Syafiq?'' soal Aisyah pelik.

''Macam mana kau tahu aku kerja kat sini?'' tanya Aisyah kebingungan.

#km nk ucapkan tq kepada yg masih setia baca dr awal smpai sekarang, yg sudi vote dan komen..
#nk ckp jgn lupa doakan utk km teruskan jugak menulis cerita ni smpai habis...hahhahah
#sorryla klau cerita ni agak bosan

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang