Bab 2 [EDIT]

1.1K 92 4
                                    

Votelah duluuu💞😉

Pagi ini, Raja Zulkarnain masuk ke pejabat dan bertemu dengan cucu-cucunya.

Masak!

“Kenapa kamu tak pantau apa yang Zara buat ni, Harris?! Kenapa kamu bertiga suka sangat buat atuk sakit kepala?! Nak atuk mati cepat ke?!” 

Raja Zulkarnain membentak Harris. Harris pula hanya mendiamkan diri. Takkanlah dia mahu meninggikan suara kembali kepada atuknya sendiri.

Dalam jerkahan yang Raja Zulkarnain lempar kepada Harris, dia sangat  sayang pada cucu-cucunya. Bukan niat mahu menjerkah tanpa sebab tetapi perkara ini tidak boleh dibiarkan.

Apakan daya jika Raja Zulkarnain mempunyai cucu yang sering menimbulkan masalah dan memeningkan kepalanya?

Hentam sajalah labu.

“Atuk! Projek tu atuk dah serahkan pada Zara seratus peratus. Kenapa atuk tiba-tiba marahkan abang? Kalau atuk nak marah, marahlah Zara!” 

Zara bersuara ketika dia melihat Harris  dimarahi sebegitu. Walaupun  Harris sering tidak berpuas hati ketika Zara membuat keputusan sendiri apabila melibatkan syarikat, Zara tahu tiada sekelumit rasa benci pun dalam hati  untuk abangnya itu. Cuma, kadang-kadang penat juga nak tahan telinga.

Harris dan Hilmi terkejut melihat tindakan Zara. Baru kali ini mereka lihat Zara berani meninggikan suaranya pada Raja Zulkarnain.

Ketika itu, Hilmi juga memberanikan  diri untuk bersuara.

“Betul  tu atuk. Lagi pun,  abang tak perlu  kawal apa yang adik nak buat. Adik dah besar lah, tuk. Adik tahu apa yang dia buat.” 

 Hilmi bersuara dengan teragak-agak. Takut juga kalau nak berdebat dengan lelaki yang umurnya sudah memcecah 60-an ini.

“Betul cakap Abang Hilmi. Zara bukan budak kecil yang selalu  kena pantau!”

Zara menambah lagi kata-kata Hilmi bagi meyakinkan Raja Zulkarnain.

“Sebab kau ni dah besar lah, aku suruh abang kau ni jaga kau. Tiadalah kau  buat kerja gila macam ni!  Ini tak, abang kau orang pun  sama saja. Tak boleh diharap!” 

ZAP!

Pedih mat telinga!

Mendengar apa yang Raja Zulkarnain berkata, Hilmi dan Zara semakin panas. 

“Atuk! Kalau atuk hina Harris, maknanya atuk hina kita orang sekali! Atuk tiada hak pun nak nilai Harris macam tu! Lagi pun, keputusan adik tu mencapai kata sepakat semua pihak  dan tidak merugikan syarikat kita.”

Tahap  kesabaran Hilmi meledak apabila melihat saudara kembarnya sendiri dihina sebegitu. Penjelasan disertakan bagi membuka minda Raja Zulkarnain supaya menerima hakikat.

“Betul tu atuk! Atuk selalu nak salahkan Abang Harris! Semua kesalahan kita orang, atuk letak pada Abang Harris! Kesalahan kita orang, atuk marahlah kita orang, bukan abang! Pasal keputusan Zara tu. I  did  it because it was the best  decision.  Atuk  nak ke kita rugi  sebab kena bayar dua kali ganda dari harga asal kepada setiap syarikat yang terlibat?”

Zara menyambung kemarahan Hilmi.  Nak sekolahkan lebih-lebih, lelaki lebih separuh abad inilah yang banyak berjasa kepada mereka bertiga selepas kematian ibu bapa mereka.

Harris yang memerhati sudah melepasi tahap kesabarannya. Tidak sanggup melihat pertengkaran ini.

“Ish! Dah lah tu, atuk! Harris penatlah dengan semua ni! Atuk, cuba atuk letak kepercayaan pada adik. Adik dah matang!  Dah boleh fikir sendiri! Harris pantau sikap adik, tapi bukan semua perkara!”

Hilmi  dan Zara  tercengang.  

Apa kena dengan Harris ini? Semalam bukan main marah tapi hari ini membela. Pening  kepala macam ni. Kadang-kadang tiada siapa dapat membaca rentak fikiran Harris. 

“Habistu? Apa jaminan bahawa perkara  macam ni tak berlaku lagi? ”

Keadaan sepi sebelum Zara menyambung bcara.

“Zara akan bincang segala keputusan yang Zara akan ambil di masa akan datang. Tapi,  atuk tetap kena percaya pada Zara sebab Zara pun tak pernah ambil keputusan yang merosakkan nama  syarikat.”

Belum sempat Raja Zulkarnain membuka bicara, Harris laju mencelah.

"Tapi atuk pun kena faham kami adik-beradik. Harris dan Hilmi dah  mmampu untuk buat keputusan  tanpa persetujuan atuk. Adik pulak sepatutnya tiada larangan  ke atas dia untuk membuat keputusan sebab kita semua tahu kelebihan adik.”  

Harris cuba memahamkan atuknya. Susah  untuk mengendalikan syarikat jika keputusan tidak boleh dilakukan dan asyik perlu mendapatkan persetujuan Raja Zulkarnain sedangkan dia sendiri tidak  selalu ada di pejabat .

Hilmi  dan Zara memandang Raja Zulkarnain lalu memeluknya. Harris hanya memerhati gelagat adik-adiknya.  .

“Atuk,  Zara dengan abang takkan buat atuk stress lagi. Atuk dah banyak berjasa demi membangunkan  syarikat ni. And, Atuk  yang gantikan tempat mama dengan  papa dalam hidup kami.” 

Zara  menyatakan perasaannya sambil  menahan sebak.

Raja Zulkarnai melihat Harris dengan penuh kasih  sayang. Dengan spontan, Raja Zulkarnain mendepakan  tangannya. Harris membalas dengan pelukan. Mereka tiga  beradik berada di dalam pelukan Raja Zulkarnain. Raja Zulkarnain  merindui saat ini. Saat mereka berempat masih akrab.

XXX

"Kasih sayang terlalu luas untuk dikecilkan sebagai satu kategori. Letakkan kasih dan sayang itu pada tempat yang sepatutnya. Kalau salah, jangan pernah serik untuk mencuba kerana dunia ini adalah percubaan."

-💜miszhann-

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now