Bab 25 [EDIT]

519 48 0
                                    

Votelah duluuu😉💫

Sudah hampir 3 minggu Zara dalam keadaan koma. Harris dan Hilmi sentiasa menemani Zara. Syamim pun tidak kurangnya. Zara beruntung kerana mempunyai pelindung dan penjaga yang sangat setia pada dirinya.

Zara memerhati keadaan sekeliling. Alhamdulillah! Setelah 3 minggu dirinya terlantar di hospital Zara sudah membuka matanya.

"Syamim."

Itu perkataan pertama yang keluar daripada mulutnya. Rindu yang amat mungkin pada suaminya.

Syamim yang baru sahaja selesai menunaikan solat isyak langsung pergi ke bilik Zara. Syamim terkejut kerana Zara sudah membuka matanya.

"Sayang dah sedar?"

Air matanya mengalir. Begitu juga Zara. Tangan mulus Zara dipegang lalu dikucupnya.

"Sayang, abang rindu sangat dekat sayang. Terima kasih, ya Allah Engkau makbulkan doaku ."

Betapa bahagianya hati Syamim ketika ini Allah saja yang tahu. Orang yang paling disayanginya sudah sedar.

Zara hanya tersenyum nipis. Tenaga yang ada belum cukup untuk digunakan. Dalam pada itu, Zara memegang perutnya. Risau akan khalifahnya itu. Syamim turut memegang di bahagian yang sama.

"Sayang jangan risau ya. Khalifah kita selamat."

Syamim mengucup rahim Zara.

"Assalamualaikum, anak ayah. Anak ayah apa khabar harini? Sihat? Ibu dah bangun, sayang. Sekarang ni, ibu dan ayah akan tunggu sampai khalifah kami ni keluar bertemu dunia. Anak ayah bertahan, ya?"

Zara yang melihat adegan itu tersentuh. Sangat besryukur. Bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada dirinya untuk memelihara anugerah ini.

"Abang, Zara haus."

Air mineral yang berada di atas meja diambil. Straw diletakkan bagi memudahkan Zara untuk minum.

"Dah berapa lama Zara kat sini?"

"Dekat tiga minggu. Kenapa sayang tanya?"

"Zara rasa macam dah lama tak jumpa abang."

Syamim hanya tersenyum.

"Abang hari-hari jumpa sayang. Tapi muka saja. Abang rindu nak dengar suara sayang yang manja, yang sweet bila cakap dengan abang. Sekarang ni, abang nak sayang sihat dulu. Lepas saja sayang keluar dari sini, abang akan jaga sayang, jaga baby. Okay?"

"Okay."

Tenaga yang Zara ada tidak cukup untuk membalas kembali kata-kata Syamim. Rindu untuk bergurau senda bersama suami tercinta. Dia harus sembuh dahulu. Barulah kehidupan boleh kembali normal.

***

"Pak long! Pak long kena tolong aku! Polis tengah cari aku sekarang ni!"

Shafiq hanya menerpa rumah Jaafar. Sejak peristiwa dia menculik Zara, Shafiq menjadi buruan polis. Sekarang ni, dia cuma mempunyai Jaafar. Hanya Jaafar yang mampu membantunya ketika ini.

"Hesy kau ni! Aku suruh kau culik dia saja. Bukannya pukul dia! Dah! Aku taknak terlibat lagi dengan kau! Tak pasal-pasal aku masuk dalam sekali. Dah! Keluar kau dari rumah aku!"

Shafiq dihalau. Dia sudah tiada hala tuju. Kini, dalam fikirannya cuma satu.

Aku kena cari Aliya dan Iman. Mereka je boleh tolong aku.

...

"Iman! Dah siap ke belum tu? Dah lambat ni nak interview kerja!"

Iman bergegas ke hadapan. Iman berpakaian sangat kemas. Sut biru gelap itu sangat sesuai dengan kulitnya yang cerah. Aliya tersenyum bangga.

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now